Thursday, November 21, 2013

Percutian 3D 2N

Salam dan hai.

Percutian bersama keluarga suami. Percutian singkat yang cukup padat dan super penat. Tapi sangat best! Bermula dari Kuantan-Johor-Singapore-Melaka-Kl-Kuantan. Fuhh!


Pagi Sabtu 16/11 after subuh sekitar jam 7:30am bertolak dari Kuantan ke Kluang, nak attend kenduri kahwin kawan suami. Memang dah rancang nak g this week sebab dah alang-alang duk Johor terus rancang g Singapore. Breakfast cuma makan roti sardin yang mak mertua buat, bawak bekal makan dalam kereta so jimat tang situ, hehehe. Sampai Kluang sekitar jam 11:30am, dah elok sangat majlis kenduri mula jam 11am. Terus kami lunch kat situ, ok jimat lagi untuk makan tengahari.


After makan kat kenduri terus gerak ke JPO (Johor Premiun Outlet). JPO kat Kulaijaya, tak jauh pun dari Kluang. First time kami semua datang sini. Syokk jugak ke sini, sebab ada certain barang branded yang jauh lebih murah dari Kuantan. Macam Levis, Original Perfume, Carlo Rino dll. Jakun jap tapi tak shopping pun sebab plan kami datang situ sebab nak kenal tempat. Ok, dah bincang ngan hubby next time boleh consider datang sini, simpan duit bebanyak dulu, tehehehe. Tapi...tapi...aku sempat jugak rembat satu purse Carlo Rino, dah harganya separuh dari harga kat Kuantan maka grab la lelaju. Kekeke.


Tak duk lama kat JPO, sebab nak cepat2 cari dan sampai kat hotel. Nak rehat, badan dah penat sangat. Lagipun nak pakai tenaga untuk berjalan dan bermain dalam USS esoknya. Kami stay kat New York Hotel, Jb. Hotel tu include pakej yang nak masuk ke USS, sarapan pagi pun dorang provide dalam pakej tu. Memang berbaloi la. Hubby cakap next time boleh consider datang untuk pakej camni tapi tunggu Zara besar. Universal Studio Singapore dah cukup best bagi kami.


Lewat petang tu keluar lagi sebab nak g makan malam dan jalan-jalan kat Kompleks Zon bebas cukai. Nak kenal tempat kata orang dah alang-alang datang. Kecewa pulak datang situ, xda apa pun. Pergi Danga Bay nak cari makan, hampa jugak kedai melayu xjumpa, banyaknya kedai makan cina. At last g makan kat Restoran Singgah Selalu sebelah jalan dengan Danga Bay, itupun after aku tanya kawan kat situ. Dah buntu tak tahu nak g makan katne. Bapakk mahal makan situ, nasib baik air Epal Asam Boi nya sedappp! Grrrrr!!


After makan malam terus balik hotel, masing-masing dah nak tidur. Aku terus kemas beg baju, sebab esok pagi-pagi dah nak checkout. Pastu terus Zzzzz....


Ahad, 17/11..Turun sarapan 7:30am. Settle checkout, angkut beg baju ke kereta. Kereta still parking kat hotel ye. 8:30am bas datang. Asalnya pakej tu nak angkut kami ke Singapore pakai van, tapi sebab ramai group lain maka naik bas la kami. Kang cuti sekolah dah mula, maunya tak ramai. Bertolak dari hotel hampir jam 9am then sampai Singapore hampir jam 11am. Uwaaa kemain lama kan? Problem nya kat Singapore imigresen. Haishh. Stay dalam USS sampai pukul 7pm hingga la bas datang jemput kami semula. Cerita kat USS entri lain ye.


Malam tu sampai semula kat New York Hotel nak ambil kereta. Pastu terus gerak ke Melaka jam 10:30pm, dah book homestay kat sana. Sampai Melaka 2:15am. Fuhh rabak mata, aku tak tapi suami la, kesian di yang drive T__T.


Esoknya memasing dah terbungkam bangun kul 9:30am. Kena bangun awal jugak sebab nak checkout homestay sebelum pukul 12pm. Makan pagi sekali harung lunch, pastu jalan-jalan kat Bandar Melaka, beli cencalok dll. After Zohor terus gerak ke KL, nak singgah Ikea sebelum gerak balik Kuantan. Aku yang request nak g Ikea sebab xpernah sampai, lol. Sampai kat Ikea pun jakun, semua barang banyak nak rembat. Fikirkan banyak duit dah abis so tahan je nak shopping. Tapi ada la jugak beli perkakas dapur yang berkenan dek hati. Nak merasa meatball Ikea pun tak nyempat, sobs!


After Ikea, g makan kat Kampung Baru, KL. Lepas makan jam 8:30pm terus gerak balik ke Kuantan. Alhamdulillah jam 12am selamat sampai Kuantan.

posted from Bloggeroid

4 comments:

Wawa Yusoff said...

bestttttt...!!

Cik Puan Rara said...

bestnya bercuti.huaaaa nk g bercuti gakkkk!

- AZIE - said...

gmbr plz...

Umi Qi said...

Umi QI teringin nak pi JP gak tau...sonok yer pi holiday mcm nih...x amik gambar ke?