Monday, August 26, 2013

Pindah rumah lagi!


Salam dan hai!
Tab aku bengong gamaknya, hari ni tetiba dua entri kosong terpublish, kat mana aku ter enter taktau la.
Stress!!
Dah la hampir dua minggu tak dapat  update entri dengan tab. Godek-godek taktau apa problem. virus gamaknya. Sebab tu blog aku sepi. 
Double stresss!!
Sekarang update pakai laptop, takleh lelama sebab Zara nak kacau kerjanya. Dengki ibu tak layan dia, haha. Tak suka online pakai laptop sebab gedabak besar, malas nak on. Alasan.

Aku pindah rumah lagi. Habis pantang bulan 3 ritu baru je pindah kat Indera Mahkota, Kuantan.
Tempat dah strategik, dekat ngan bandor tapi tetap nak pindah.
Alasan suami jauh dari tempat kerja katanya. Indera Mahkota - Gebeng.
Sekarang pindah ke Balok, Kuantan. Haa puas hati suami xda nak rushing ke tempat kerja.
Penat oi pindah ni, paling tak suka nak kemas baju bajan dan periuk belanga kat dapur.
Dari sekecil zarah dan sebesar2nya barang. Pack dan unpack! Memang tak suka, mujur mak mertua datang tolong. Mekasih mak!

Aku suka rumah baru sekarang. Selesa dan besar!
Lengkap kabinet dapur. Lawa!
Walaupun hanya menyewa, lol. Takpe menumpang keselesaan rumah orang.
Buat macam rumah sendiri giteww.

Rumah sekarang tak sibuk dari bandar. Dan tak panas. 
Yang best depan rumah ada pokok-pokok getah, sejuk je angin sepoi-sepoi bahasa.
Azan dan bacaan quran dari surau pun jelas kedengaran. Takdala confius eh dah azan belum.

Nanti ada masa terluang aku view rumah sewa baru sekarang. Itu kalau rajin, hehe
Ok bye!

3 comments:

erin said...

penatnya pindah rumah, lagi2 dengan anak kecik kan

FUZY said...

pindah utk keselesaan bersama....tp penatnya memikirkan nk pack n unpack....malas pun ada hehehe

Nini Mohd said...

nanti review la yer rumah sewa baru tu.
i insyaAllah pindah rumah sewa lain januari tahun dpn. lambat lg. tp skrg ni dah pening duk fikir pasal nak packing barang.
sbb barang sangat banyak. dari zaman bujang memang dah beli mcm2 brg.
tambah lg bila dah berdua ni. -.-'
kena start skrg kot, kemas2 & buang apa yg x perlu. baru la x banyak brg yg nk di angkut naik lori. tp mcm penat + malas plak nak mem-packing. huhuu~

http://ninimohd.blogspot.com