Saturday, August 3, 2013

Balik kampung!!


Punyala sedap tidur semalam, sampaikan sahur hampir terbabas. 5:30am hubs kejut tak bangun sahur ke? adoi! Laki bini tidur manfuss. Kekdahnya laki bini bangun tak basuh muka terus ngap nasi goreng dari kuali 2, 3 sudu. Takda cedok ke pinggan dah, bahaha.

Mood balik kampung dah berkobar-kobar ni. Walaupun takla jauh mana Kuantan-KT, tapi feel balik kampung tetap ada, lagi la kalau bukak lagu raya time drive..fuhh syahdu okeh! silap-silap meleleh air mata hidung bagai. over!

Ooyeahh petang ni dah nak balik KT. Hubs memang sengaja hantar balik awal sebab silap-silap malam raya baru dia sampai rumah parents aku. Kerjanya sometime tak menentu. Tak ke nangis aku. Nak jugak feeling kemas rumah, beriuh rendah dengan adik beradik di malam raya.
Oh ye, tahun ni turn raya rumah aku dulu. Mesti la excited sebab beraya dengan sikecil juga. Nak ajar zara collect duit raya bebanyak nih, hehe
Tapi petang 2nd day raya dah kena balik Paka rumah mertua. Macam kejap la pula 2nd day raya dah blah dari rumah sendiri, tsk. Takpe fair & square, ada mertua mestila kena berlaku adilkan? Baru mertua sayang, kekeke




Nih gambar semalam, katil dah rupa apa. Sikit-sikit aku kemas baju masuk bag. Buat dari pagi semalam kot kekdahnya 12malam baru siap, bahaha.
Excited nak balik kampung tapi nak pack atau unpack baju bajan memang aku slow. Malas wehh, tak suka tapi terpaksa buat jugak, nak harapkan suami nanti ada je barang yang tertinggal. Silap-silap tak bawak balik baju raya. nangiss!



Ok ni semua dah siap packing. Baru anak sorang selambak dah nak bawak balik. Anak 2, 3 tak tahu la camne berlambak-lambaknya nanti, ish. Aku kalau boleh 1 gobok nak bawak balik, ada je baju itu ini nak bawak balik. Eh baju ni penting, baju tu penting sudahnya dah jadi selambak, itula aku. adoi!

Ok, dah siap kemas, nak bantai tidur jap,hehe
Petang ni nak jumpa nana nak pickup kuih raya. Bye!

2 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

salam aidilfitri

♥ ROS ♥ said...

Ros punya 3beg.. Fuhhhhh!!! Suma besar2 :p