Friday, March 30, 2012

Jemput minum petang ^ - ^




Hai cantik dan kacak.
Selamat petang jumaat!

Baru siap masak, sekarang tunggu hubby pulang dari kerja.
Sebelum proceed makan malam, harus la minum petang dahulu.
Meh2 minum petang. cuma cekodok pisang je. 
Mudah, cepat dan sedap! hehe



Nyum2!!
Jemput makan ^_^

Hobi suami!




Salam dearest!

Apa habit suami, tunang or bf korang?

Hubby mila suka mancing. 
 pantang tengok laut dan sungai bagai, mula la datang gian dia.
dulu2 mila tak suka dan tak leh terima, sekarang dah jadi biasa dan sokong pulak hobi suami.
paling suka bila dapat ikan besar, time tu la dapat merasa ikan fresh. sedap!

weekend lepas teman hubby g mancing.
seronok sebab pergi berdua. panas terik pun sanggup je redah, teman hubby punya hal.


tunggu ikan makan umpan.

orang kata, kaki pancing ni penyabar orang nya, betul tak? hehe

manja2 dengan hubby sementara tunggu dapat ikan :p

muka senyum xnak senyum sebab panas. LOL


ok, papai!

Thursday, March 29, 2012

Jangan Pandang-Pandang




Hai cantik dan kacak!
Morning!

Malam ni hubby ajak tengok wayang. Pantang ada cerita lawak baru, kami la antara yang memenuhkan hall wayang. Hobi kami sejak bercinta itu la dia. Harap tidak menurun kepada anak nanti. hehe

Nak tengok movie ni..

'Jangan Pandang-Pandang'

Lakonan zizan dan dorang berlakon kan Tasik Kenyir. Mesti lawak habis kan.
After tengok insyaAllah mila review.

Hubby half day kerja arini, bukan sebab nak tengok wayang. Tapi nak nak hunting perabot dan barang rumah. Persediaan untuk masuk rumah baru. InsyaAllah.


Ok, papai!

Wednesday, March 28, 2012

Folic Acid




Assalamualaikum.




Jenis Appeton
90 tablets - RM29.90



*Wanita yang merancang hendak mengandung sepatutnya mengambil Folic Acid 3 bulan sebelum mengandung. Tapi mila baru je start makan. LOL

Sunday, March 25, 2012

Pilihan jantina & nama anak ^_^




Salam dearest!

Schedule post. Saat nih mila dan asben kat Kuala Terengganu, balik rumah jenguk mak dan ayah.
Rindu!

Minggu lepas ada cakap2 ngan asben.

Saya : Kalau ada rezeki pregnant nanti, abg nak ank laki atau perempuan?
Hubby : Tak kisah la laki atau perempaun..tp kalau boleh yang 1st biar la lelaki.
Saya : Kenapa pulak? ritu cakap nak perempuan..
Hubby : Biar la, laki senang sikit boleh ikut abg g mancing nanti..hehe
Saya : Erkk..gitu plak di pikir, gigit kang!
Hubby :  Mesti la..hehe..jgn marah ye syg.
Saya : xmarah pun..(dalam hati :  mancing xleh tinggal..grrr!)

sambung perbulan lagi...

Saya : Kalau ada anak nanti nak letak nama apa? (belom pregnant dh pk nama anak, erkk excited tau! ^_^)
Hubby : Semua nama anak kita nanti abg nak mulakan huruf H. hehe
Saya : Erkk..mentang2 nama abg dan syg bermula huruf H, nak jugak huruf tu (Hasrol&Hazmila)
Hubby : Mestila..cute ape..hehe
Saya : Heheh..yela tu..tapi syg xmau 1 word cam kita je..singkat sangat..kalau laki nak Muhammad H... bin Hasrol dan kalau perempuan Nur H.. binti Hasrol.
Hubby : Yela syg..

Perbualan antara saya dan suami..cute tak? hehehe
Korang juga mungkin mengalami situasi yang sama nanti..tunggu ye!


Ok, papai!
*Doakan mila cepat pregnant! ^-^

Saturday, March 24, 2012

Mengidam!




Morning cantik dan kacak!

Bosan sorang2 kat umah, hubby kerja after tengahari baru balik.
Yeahh petang nih balik kampung, kuantan ke Kuala Terengganu je pun.kampung jgk kan,hehe
  
Balik setelah sebulan tak balik after kawen, haha. kejam tak?
Haish tapi mila balik tau minggu lepas, balik sorang2..hubby je tak sempat balik sebab kerja.

Balik KT nanti, mesti ajak hubby pergi ICT Terengganu.
Korang ingat Shah Alam je ada ICT. 
Terengganu pun ada tau.
Nah ICT Terengganu!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ICT for Ikan Celup Tepung. hehe..

Tiba-tiba mengidam nak makan kat sini. lebih dari orang mengandung pulak aku ni, hehe

mengidam nak makan ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
Ikan Pari Celup Tepung

dan..


Sotong Celup Tepung


lepas tu pekena...



Air Kelapa



Slurrpp..erkk ase kecur air liur, tak sabar nak makan.
Harap hubby dapat penuhi permintaan ku.
Kalau hubby tak nak pergi, i bawak keta pergi sendiri. asalkan dapat penuhi hasrat mengidam nih.heh




Ok, nak mandi! ^-^
papai!

Friday, March 23, 2012

Review Wedd : Hantaran (15 berbalas 15)




Hai cantik dan kacak!

Muak dengan wedd review? haha..layan je laa.
Hantaran mila 15 berbalas 15.
Banyak kan?
Memang banyak bagi mila, tapi mila penuhi permintaan mak mertua.

Nak cari barang  1 hal pening, tapi bila kumpul2 seronok pulak tengok dapat banyak barang.hehe.
Alhamdulillah mujur mak mertua sanggup tolong gubah kan so mila xyah pening2 pikir kan.
Mila cuma pikir cari dan beli jek.

Okeh, review picas hantaran.
Gambar hantaran tak semua complete sebab ada yang lupa snap.


Dari saya untuk asben (tema pink+purple)

List tiada dalam picas ialah Baju Kemeja, Tuala, Buku, Bunga Telur


Dari asben untuk saya (tema gold) 


List tiada dalam picas iaitu handbag




*Maaf kualiti gambar tidak memuaskan.







Review Wedd : Kek Hantaran (Rainbow Cake)




Salam dearest!

Schedule post yang berbaki ^_^
Nak view some picas about fondant cake.Nyum2~


Dari saya untuk pihak asben (tema pink+purple)

Rainbow fondant cake

Moist Choc Cupcake



Dari asben untuk pihak saya (tema gold)

Rainbow fondant cake

Moist Choc Cupcake


Nampak sedap?? Nyum2 memang delicious!..
Rasa kek ni semua sama sebab pembuat nya adik ipar sendiri.hehe
Adek ipar juga menerima tempahan jika ada kelapangan atau cuti semester. Hanya part time katanya.

*psst..kakak ipar nya sangat malas nak bancuh kek, okeis.hehe

chow!



Thursday, March 22, 2012

Suami tanya bila waktu subur? ^_^




Hai cantik dan kacak!

Semalam en.hubby duk sibuk tanya bila waktu subur perempuan?
haish..kalut tanya nak anak cepat la tu.hehe
InsyaAllah kami memang berusaha ke arah itu.
Amin mudah2an dipermudah oleh Nya.
Kalian doakan sama  =))

Okeh, mila bukan doktor mahupun jururawat.
Hanya ingin berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari ketika di zaman sekolah menengah.

ada segelintir girl tidak tahu waktu subur beliau.
yang mila tahu waktu subur perempuan hanya sekali dalam 1 kitaran.
normal satu kitaran lengkap pula 28 hari bergantung pada individu.
1 kitaran lengkap bermula pada hari pertama seorang individu itu datang haid.

Waktu subur perempuan adalah sekitar hari ke 12-19 bermula period.
Mean, korang kira la dari hari pertama period hingga ke hari ke 12.
so hari ke 12 tu la normal nya waktu subur perempuan.

mila sekadar berkongsi apa yang tahu. nak detail rujuk pakar.hehe
atau boleh cek n calculate sendiri waktu subur korang sini atau sini ^_^




*Doa kan mila cepat pregnant! :)

Wednesday, March 21, 2012

Dapur Puan Mila : Kari Ikan Tongkol




Hai cantik dan kacak!
selamat petang!

Post segar dari dapur puan mila.cewahh.
masakan untuk makan malam.
lately entri pun semua pasal masak2.
actuallly kering idea nak update entri so selit2 sikit pasal masak.hehe

Tengok tittle post macam hebat je kan.haha
Arini masak kari ikan tongkol.
xde la hebat cuma nak berkongsi masakan dengan semua.
FYI, first time masak kari tau, rasa not bad.haha puji diri sendiri

Kari Ikan Tongkol versi Puan Mila


Bahan-bahan:

Bawang besar - 1 labu (kisar/tumbuk/mayang halus)
Bawang putih - 4 ulas (mila mayang halus je)
Halia - sedikit sahaja ( mayang halus)
Ubi kentang - potong 4
Asam keping - 1 keping
Lada mesin - 1sudu besar
Rempah kari - 3 sudu besar
Susu cair - 1/2 cawan (mila pakai susu cair sebab xde santan)

** Rempah kari dan lada mesin mila bancuhkan sekali dalam bekas dan tambah sedikit air (mila campurkan keduanya untuk mudah ketika menumis sebab rempah kari debu cepat hangus kalau xpandai kawal api)

1)   Tumis bawang putih, bawang besar dan halia serentak. Goreng bahan hingga kekuningan
2)   Kemudian masukkan rempah kari+lada mesin yang dibancuh. Kacau pantas2 supaya bahan tidak    hangus dan masukkan sedikit air dan masak hingga bahan kelihatan garing dengan api perlahan.
3)   Masukkan ubi kentang dan ikan. Masukkan 1/2 cawan air kemudian balik2 kan dengan api perlahan dan biar mendidih.
4)   Kemudian masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
5)   Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6)  Kalau pekat boleh tambah air panas, dan biar mendidih lagi. kemudian siap dan sedia untuk hidang!


Okeh, masakan untuk asben arini nasi putih+kari ikan tongkol+ikan goreng.
Simple je kan. 

Selamat mencuba!









Tuesday, March 20, 2012

Dapur Puan Mila : Lempeng Nyiur..nyum2!




Hai cantik dan kacak!

Mood malas update blog makin menguasai. 
Nak kata tak online tak jugak, setiap masa duk mengadap lappy nih.
Cuma kekeringan idea nak update entri.

Pagi ni breakfast lambat.
Lambat tak jugak, dalam pukul 10 gitu.
Breakfast 'lempeng kelapa', bak kata orang terengganu 'lempeng nyiur'.
Nyum2!! sedap sangat. puji diri sendiri yang buat.heh

Memang dah lama sangat xmakan lempeng nyiur.
Kebetulan balik umah mertua weekend ritu, MIL bagi kelapa muda dah diparut dan air kelapa.
Esoknya terus bancuh buat lempeng. 
So arini masih ada baki bancuhan lempeng tu.
Mak cakap simpan lama2 dalam peti xpe so minggu ni hari2 la muka lempeng. hehe
Rupa lempeng yang dibuat.

lebihan yang sudah dimakan 2keping..Alhamdulillah

Bahan-bahan :

Kelapa muda (diparut) - 1biji
Air kelapa (agak2 sendiri) - pakai air biasa pun boleh
Tepung gandum - 5senduk (tambah jika kelapa berlebihan,bancuhan tidak keras dan tidak cair) 
Gula - secukup rasa (nak manis taruk lebih)
Sedikit garam

Bancuh dan goreng seperti biasa. Then siap!
simple resepi dari Puan Mila.

lepas nih boleh la jadi blog masak-masak pulak..hehe
Sharing is Caring!


Thursday, March 15, 2012

Malam Jumaat :D




Assalamualaikum.

Malam jumaat apa aktiviti uolls?
Mesti ada yang baca Al-Quran, baca Yassin..ye dak?
Banyakkan beramal ye..

Para B2b mesti ramai duk DIY bagai nih. Haish xyah la rajin-rajin..hehe
Mood malas nak typing panjang lebar.

Duk tunggu asben balik kerja..
Pastu nak hidang makan.
after makan lepak2 tengok tv kemudian masuk tidur.


Psstt..malam jumaat juga malam sunat ehem-ehem kan..opps!

Ok, hubby dah balik!
Nite uolls.


Review Wedd : Flower Girl for Reception




Hai cantik dan kacak!

Lagi story about wedding. Nak abis kan cepat2. Saya sendiri dah muak!

Fungsi flower girls untuk mengiringi the bride and groom, holding a basket full of petals, sitting at the corner of the dais, giving a gift untuk yang merenjis and etc..

Tapi gadis bunga saya hanya berfungsi untuk mengiringi saya dan suami ketika rombongan lelaki sampai.
Saat-saat akhir ketika majlis saya mencari seorang flower girl. Memamg kerja last minit. haha
Itupun anak saudara sendiri.


see! melilau je jalan.susah nak dikawal..haha

muka pengantin mesti mau ada ^_^

after dimekap..comel x? macam makcik dia kan ,hehe *perasan

Bunga tangan flower girl menggunakan bunga tangan ketika majlis nikah. Jimat!..hehe



Ok,papai!

Wednesday, March 14, 2012

Review Wedd : Tudung Nikah & Sanding




Hai cantik dan kacak!

Berkisar tudung nikah dan sanding yang murah!
Bugget cenonet so persiapan kahwin serba serbi murah.

Tudung nikah dan sanding saya hanya serendah RM12 dan RM17.
 Beberapa orang B2B bertanya pasal tudung nikah saya.

Untuk tudung nikah saya just beli,

Shawl Jojet Plain warna baby blue berharga RM6

inner awning baby blue harga RM4

scarf renda juga baby blue harga RM2 sori pic xrotate

Kemudian, scarf renda saya tetas dibahagian belakangnya dan jahit di atas inner awning.
Siap! dan pakai mengikut citarasa masing2.
Hasilnya..

Murah dan Simple!

Untuk tudung sanding, saya menggunakan cara yang sama.
scarf renda berwarna soft purple saya potong mengikut ukuran awning tudung dan jahitkan.
Simple!

kalau uolls perasan scarf renda sedikit cela sebab tak dipotong dgn betul.hehe


Hope dapat jadikan inspirasi untuk B2B semua.

Ok, papai!

Tuesday, March 13, 2012

Header baru!




Hai cantik dan kacak!

Mood update entri makin malas. Typing laju2.
Kesinambungan dari entri ini.

Saya dah dapat header free seperti yang dijanjikan.
Header baru seperti diatas.
'Journey of with love'
not bad kan? 
Saya suka!

Thanks Huda!
Huda is only one of group members B2B.
Sangat baik orang nya. Rajin2 dia offer nak wat kan header.
So apa lagi grab je la..hehe
Thanks again Huda.







nota kaki : hujan lebat..sejukk..nyum2 kalau hubby ada sama..nak masak ape arini??

Friday, March 9, 2012

Header blog free!




Assalamualaikum.

Off topik pasal review wedding. Muak!

Semalam duk usha2 kat group B2B, siapa yang boleh buat header blog. Niat memang nak tempah.
Last2 ada sorang hamba Allah ni komen yang dia boleh buat.

Tanya la berapa upah dia nak ambil, aleh2 dia cakap saya buat free je untuk mila.
Anggap hadiah untuk mila, hadiah kahwin kot. hehe

Alhamdulillah rezeki untuk blog.
Terima kasih dear!

yeaah tak sabar nak tunggu header baru siap, tengok header kat atas masih berstatus cik mila.
Buat pelan2 ye dear, take time pun takpe, kan free bukan bayar.hehe

Siapa yang buatkan? 
tunggu bila header dah siap! ^_^

Thursday, March 8, 2012

Review Wedd : Hantaran (Apple Chocolate)




Hai cantik dan kacak!

Lagi wedding review. Sila muntah! haha

Layan picas..



Apple Chocolate.
nice tak?

Idea dari adik ipar sendiri. Dia juga yang tolong buatkan dan saya hanya bayar costnya. 
Alhamdulillah mudah kerja saya. Hehe

9 biji epal kesemuanya, muat-muat dulang hantaran.
Saya pun tak berkesempatan nak tanya camna dibuat nya sebab lupa. Alasan semata-mata. Haha

Segala kek dan cupcake hantaran, kek kahwin ketika bertandang semua dibuat oleh adik ipar sendiri.
Dia la juga OP untuk keseluruhan majlis saya dan suami, serta jurumekap saya ketika majlis bertandang.
Hebat tak?


Meh view dia sini!


Next review tunggu~
Ok,papai!

Review Wedd : Kek Kahwin




Hai cantik dan kacak!

Mood malas menguasai. Update entri kencang2.
Perihal kek kahwin saya.

2kg moist choc cake + 20pcs moist choc cupcake.
RM120.
Mahal atau murah?


Bagi saya sangat berpatutan.
Bukan kek fondant,hanya kek buttercream sebabnya bagi saya fondant kek hanya cantik dimata dan tidak enak dimakan. Jadi saya tidak mahu pembaziran, yang penting bersederhana.

Saya tempah dari seorang akak ini juga merangkap kawan saya.
Terima kasih kak wani moist choc cake yang sedap!

Rindu nya saat nikah dan sanding.
Abg,jom sanding lagi!
Gediks! haha


Ok, pai!~





Tuesday, March 6, 2012

Sebulan menjadi isteri..




Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sebulan menjadi seorang isteri.
Bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan sekarang.

Makan minum pakai terjaga..
Sebelum ni, tak makan tak kisah sebab perut sendiri..lantak nak makan apa..
Sekarang, hari-hari kena masak sebab nak bagi suami makan..
Tak penat tapi hepi sebab dapat masak untuk suami.
Walaupun lauk simple tidak sehebat mak tapi hepi sebab dapat masak sendiri untuk suami.
Setakat ni alhamdulillah suami xda merungut, dia bedal je sampai habis.
Ok la kan? hehe

Saat suami pergi kerja paling syahdu, cewahh..
Salam tangan suami tiap2 pagi, dan pesan bawak motor elok2 then sampai tempat kerja text.
Hari- hari cam gitu. Seronok!

Sekarang sorang2 kat rumah.
Aduh bosan.
Suami kat tempat kerja.
Hari-hari tak sabar tunggu hubby balik kerja.
Kalau pagi-pagi cam xmau kasi hubby pergi kerja. hehe
Gediks!

Ok la, tak nak merapu lagi.
Nak basuh baju, kemas dapur, kemas rumah dan masak.

^_^










Ya Allah, kukuhkan lah hubungan suami isteri antara kami. Kuatkan kasih sayang antara kami.
Perlindungkan lah kami dimana jua berada.
Kurniakan kesejahteraan pada kami dan keluarga kami.
Amin.

Thursday, March 1, 2012

Review Wedd : Pelamin Bertandang




Assalamualaikum.

Wedding review again.burrpp nak muntah! bila nak abis nih.
Okeh, straight to the point!

Cerita pelamin bertandang. Of cos la side my husband kan.
So,saya cuma tumpang bangga dapat duduk dan bersanding at pelamin tersebut ^-^



cantik tak??
Bagi saya cukup cantik dan simple. Ramai yang puji cantik tau! Bangga sekejap..haha

Ecely, mini pelamin ni DIY by MIL and family husband. Lokasi at gazebo yang sedia ada kat laman rumah MIL. Gazebo nih entah berapa tahun usianya, saya pun tak pasti. Yang pasti after decorate jadi sangat nice.

Cost DIY? 
Takde kot. Sebabnya, kain alas, tirai or langsir bagai tu mak (mertua) pinjam dari adik dia.(mean mak saudara asben). Bunga2 amek yang tersedia dalam rumah MIL.

Then, ramai yang tanye pasal dua biji yang bulat tu.
Ecely tu bantal, pun cantik kan?
Harga kalau tak silap RM50 satu biji. Not bad!
Bantal tu pun mak pinjam dari kawan dia. Jimat.

Jangan tanya saya kat mana dibelinya?
Jawapan, of cos la tak tahu..haha

Dan yang gantung bulat2 kat atas tu ala2 pormander ball.
Cantik. warna purple.
Murah je, MIL pernah bagitau harga tapi lupa. hehe

Then, side kiri kanan atas gazebo diletak barang hantaran kami sebab tak nak bagi nampak kosong.
Simple DIY kan?
Saya suka!

Harap2 dapat bagi inspirasi kat B2B semua.

tata~





Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers