Friday, December 30, 2011

Bye-bye 2011..Hai-hai 2012!




Assalamualaikum&Helo beautiful readers!


Sekarang mood exam, tak da lagi menyempat nak update entry. ini last entry untuk 2011.
Tinggalkan 2011 dengan seribu satu kenangan suka dan duka. kenangan menjadi tunangan orang selama untuk setahun.dalam pada tu la, saya gumbira, bermanja, menangis, bergaduh, bermasam muka..adat bertunang la kan. ye dak? 
tapi belom genap setahun pun lagi.hehe

Dan 2012 bakal membawa seribu satu perubahan dalam hidup saya.
InsyaAllah bakal bertukar status. bergelar puan to be...
dan bakal bergraduasi.
Doakan saya ye kawan2..especially geng bride to be..
sayang uolls ketat2!!

Thanks untuk uolls yang support mila time susah.
Thanks Allah kerana masih memanjangkan usia.
tak lupa pada parents dan family serta incik tunang tersayang.
cewahh! typing seperti dalam surat tak rasmi time sekolah..hakhak

oh ye..mila bakal exam. first paper 2/1 until 19/1.
pasni update entry pun tak da la sekencang cam sebelom nih.
Fokus2!! hehe
jangan rindu2 ye..bajet ada yang nak rindu.

see uolls next coming 2012 okeh!

Bye-Bye 2011..Hai-Hai 2012.






p/s : doakan mila untuk exam ye! 
p/s tambahan :  Jangan masuk toilet pada jam 23:59hrs, 31/12/2011 kerana anda akan keluar dari toilet pada tahun hadapan!!! *sumber fb ^_^

Thursday, December 29, 2011

Veil Idaman Hati




Assalamualaikum&Helo beautiful readers!


38 days to go..aiyokk! 
dalam kepala banyak je nak DIY, tapi ikut mana yang sempat jela.
Haish jeles nengok ramai b2b yang pandai DIY veil.
teringin juga nak bikin sendiri tapi pikirkan waktu  tak mengizinkan
sekarang kena fokus pada study,final exam lagik 5days to go..oh no!
tapi menyempat juga luahkan kat sini ape yang mila nak..hekhek

teringin nak veil cam kina pakai time nikah dia.
material chiffon, dah ask kina by email semalam.
cepat je kina reply email mila, sangat tak sombong budaknya..budak kah? hekhek
TQ kina!

see! veil kina..gojes kan?


nampak beralun smooth gitu.
suka2!

cadang nya nak wat veil simple cam kina pakai ni jek, nak buat bawah paras bontot sikit. 
color veil off white cadang nak pakai time nikah, then buat 3D flower color ala2 grey gitu.ok tak??
3D flower leh belajar dari tuto nana..hehe

agak2 kain chiffon yang diguna berapa meter ek?
blurr!

berapa harga 1meter material chiffon ye?
adoi tak survey pun lagik.

entah sempat ke dak..ermmm





atau ada siapa2 nak sponsor or bagi pinjam veil dorang kat saya..hehe :P

Wednesday, December 28, 2011

Kisah Cincin Kahwin.




Assalamualaikum&Helo beautiful readers!

Rindu bangat kat dis blog. 4 hari bercuti 4 hari juga la tak update entry.
Balik kampung banyak story yang dapat.cerita sedih, cerita hepi.ermm

Berbalik cerita pasal cincin kahwin. semalam dengan semangat nya saya heret mak ajak p beli cincin kahwin tuk incik tunang. deal punya deal dapat la harga yang lepas dengan buget i. mood hepi sebab dapat cincin idaman hati untuk bakal suami. harga not bad.

Balik rumah tunjuk kat ayah, ayah pun cam berkenan.
mak suggest suruh mms cincin tu kat incik tunam. saya macam nak tak nak sebab tak suprise la kan if tunjuk kat incik tunang sekarang.
hati meronta2 nak jugak tunjuk cincin tu kat incik tunang.excited!
maka petang itu saya mms la pic cincin kat incik tunang.
tak de respon dari dia after send mms tu.
saya pun diam la jugak.

Then malam nya, mean semalam la sekitar jam 8.30pm duk bersiap2 diri nak balik batu pahat. Bus pukul 930pm. time duk bersiap tu incik tunang call. dia cakap dah tengok pic cincin.
dia tanya siapa pilih cincin? mesti la saya kan.
suka! ingat kan dapat feedback positive.
dia cakap lagi nape cincin banyak batu, macam cincin lelaki umur 30an keatas.
respon dia boleh nampak kan camne?
dia boleh cakap lepas kahwin tak kan pakai cincin tu.

saya sentap! arghhh..mood down!
silap saya juga tak send pic kat dia before decide pilih yang tu.
terus saya mengadu kat mak & ayah, depan parent saya nangis sehingga lam kereta time nak g terminal bas..ala *malu bila ingat balik
 yela siapa tak down, cincin dah beli aleh2 tunang cakap camtu. pulak dah nak balik batu pahat malam tu jugak. mujur parents yang banyak tenang kan.

Pagi tadi mak pergi kedai emas yang sama, tanya boleh dapatkan duit semula tak.
Tauke emas tak kasi, dia suruh tinggalkan cincin, then tunggu i balik pilih cincin yang lain, kalau takdek berkenan juga tauke suruh pilih barang yang lain. silap2 nanti saya akan pilih cincin emas untuk saya sendiri. padan muka incik tunang..haha..kejam tak?

jadi sekarang takda la cincin kahwin untuk incik tunang.
pasni ikut mood saya nak beli ke tak cincin lain untuk dia..padan muka! haha ^_^







*moral of story : nak beli atau pilih cincin seeloknya pergi bersama pasangan. jika pasangan sibuk send jek mms before decide yang berkenan dihati. kadang-kadang apa yang kita berkenan lain pula di mata hati orang tu.

Saturday, December 24, 2011

Wedd Project 1




Assalamualaikum&Helo beautiful readers!

wedding projek 1..fuhh ckp cam byk je projek nk buat. lau sempat la kan.
tapi yang ni mesti konpem.
apakah ini? ce teka?



nak tahu kena la tunggu..eheh ^_^



p/s : mila  balik kampung for few days. settlekan lain2 persiapan  ^_^


Friday, December 23, 2011

Alhamdulillah..Thanks Allah!




Assalamualaikum&Hai beautiful readers!


Alhamdulillah..semakin tenang.
moga condition bertambah baik.
memencilkan diri selama beberapa hari buat kan saya rindu sangat2 kat blog nih.rindu nak jalan2 kat blog b2b, sembang2 kat grup b2b
ok sekarang so far alhamdulillah 'sihat' seperti biasa. 
Thanks geng b2b yang banyak corcened kat i.
nak typing nama sorang2 tak larat pulak saya, hehe
terharu sangat2 bila dhira bagitau yang geng b2b tanya pasal mila.
sori ye buat korang risau.
sekarang mila back to normal
sebab nya rindu sangat2 kat geng b2b
tak leh tinggal lama2.
teringat2 je kat korang..hehe

ok mila tak mo dah emo2..kan dah nak kawen,tengok sticky kat atas kan 44hari lagi. nanti hilang pulak seri wajah..ye dak? ^_^

oh ye..sok pagi nak balik kampung. nak selesaikan apa yang patot. balik pun tak lama cuma nak amek berkat dari parents nak duduki final exam.
kalau sempat DIY pe yang patot mila akan view okeh. mila janji. tapi tak berapa nak sempat jek.huk!

okeh again!, thanks a lot geng b2b
sayang korang!
muahh3!!

Wednesday, December 21, 2011

Loser!




Assalamualaikum&Helo beatiful readers!

mood down sangat2..nak tinggal group b2b boleh?
tak da pe nak typing, nothing to say.
cuma rasa nak menangis dan nangis...


mungkin sepi seketika dan selamanya.
take care b2b..muaahh korang!!

Tuesday, December 20, 2011

Pilihan henna!




Assalamualaikum&Helo beautiful readers!


Alhamdulillah setelah pening duk mencari si pembuat henna, akhirnya ketemu juga. hanya upah bayar kepada sahabat sendiri. harga nya tak tau pulak..eheh tapi takpe atleast dah ada orang tolong lukiskan henna kat jejari mulus saya ini..heh ^_^

tapi saya ada dua pilihan henna. tak tahu mana nak pilih. dua2 macam berkenan di hati. pakai dua2 satu kiri satu kanan..boleh? heha :P

b2b tolong buat pilihan untuk saya.. 

pilihan 1:


pilihan 2:


yang mana cantik di mata anda?  ^-^


Pada awalnya saya memutuskan tidak mahu mengukir inai dan hanya ingin memakai inai pada jari tangan sahaja kerana saya ada mendengar desas desus yang mengatakan hukum megukir inai ini tidak digalakkan dan agak kontroversi sehingga dikatakan haram kerana sesetengah beranggapan ia menyerupai tatoo, budaya hindi dan macam2..

tapi setelah membaca blog kina, saya tahu kenyataan itu tidak benar sesekali.
membuat ukiran @ corak inai tidak haram untuk kita..hukumnya diharuskan..
dan ukiran tersebut di syaratkan tidak melebihi pergelangan tangan dan hanya ukiran berunsur fauna seperti daun dan bunga sahaja dibolehkan..




untuk lebih yakin kesahihan nya sila klik ke link fatwa di bawah ini:

Monday, December 19, 2011

Teaser : Kad kahwin!




Assalamualaikum&Helo b2b comel!


eh kad kawen ade teaser jugak ea..hehe..layann
Semalam SIL msg kat fb bagitau artwork kad kawen dah siap. yeaa!! hepi bila dapat tau. pasni tunggu nak print jek. esok maybe totally siap.
saya tempah tak banyak hanya 250 keping..cenonet je kan? hehe
cukup la untuk kawan2 saya. kad untuk orang kampung, saya just buat sendiri dan cetak sendiri. jimat.
ala buat mahal2 nanti di campak ke bakul sampah juga..ye dak?

harga kad kawen saya 0.60/pcs..murah.pengantin buget la katakan ^_^

meh intai2 kad kawen saya dan kad incik tunang.


kad kawen saya..of cos la pink -_-

kad kawen incik tunang..pilihan warna coklat.


design serupa warna berbeza ^_^
ok tak..ok tak.?





saya tempah kad di sini!

Sunday, December 18, 2011

Wordless Sunday #5 : Stylo Official Photographer!




Assalamualaikum&Helo peeps!


wordless sunday?? layannzz...










b2b pasti syok! kih..kih..

miss dem!




Assalamualaikum&Helo peeps!


layannzz...


Boy : Do you love me more than ur family?

Girl : No!

Boy : Why?

Girl : Okey listen to me.

       when i started to walk I fell, u were not there to pick me up but my mom was.
       when i went outside, u were not there to hold my finger, but my dad was.
       when i cried..u didn't gave me your toys to play..but my brother n sister was.

*Family is more precious than anything else..rite?





miss parents!..sangat2!!

Saturday, December 17, 2011

DIY : Cupcake liner pomander ball




Assalamualaikum&Helo peeps!


Sabtu membosankan heh! mujur ada lappy peneman setia.
tinggal jauh di perantauan so tak da wedd preps nak buat.

cadang nya nak buat pomander ball tapi tak de bahan.
jadi hold sekejap perancangan itu.
tunggu balik kampung baru boleh buat.
insyaAllah jika masa mengizinkan.
plan nak buat sebab nak taruk kat pelamin, dan hiasan bilik pengantin.


sweet kan?


saya jumpa cara mudah DIY pomander ball.
simple sangat2.
b2b yang tak kreatif pun boleh buat macam saya.

see!

all u need: 


then, buka 1/1 paper cup seperti kat bawah.


cucuk jarum kat center paper cup. seelok nya jarum yang ade kepala.tau kan?


taruk gam tembak seperti kat bawah..


then lekat kan pada span bulat or polistrene bulat.


buat hingga menutupi span macam bawah, pandai2 la ejas ^_^



and the end..gantung!!


buat centerpiece pun boleh..


amacam? 
simple dan sweet x?












sharing is caring! muahhh b2b! ^_^
selamat mencuba!

inspirasi kara'spartyideas

Decide lokasi Bulanmadu..




Assalamualaikum&Helo peeps!


heh, continue story about lokasi honeymoon..kawen tak lagi duk sibuk tang honeymoon..haha..tak salah kan?
tadi mesej incik tunang tanya, dah decide lokasi hisap bulan madu? 
incik tunang reply, kita pergi honeymoon kat PD je la ek sambil2 tu boleh jalan2 kat melaka.
saya reply lagi, aah PD-melaka tak jauh lebih kurang sejam jek..
eh2 betol ke sejam? main tembak je saje nak sedapkan hati incik tunang..hehe

yess finally PD juga!..
lokasi seperti yang saya pernah story disini.
incik tunang cakap cuti kawen dia 1 minggu jek..ciputkan? 
dia cakap tak mo apply banyak2 sebab nak simpan untuk 2nd honeymoon 
2nd honeymoon gether2 dengan family nye at Langkawi..InsyaAllah

okeh,sekarang dah boleh kira2 date yang sesuai.
tunggu incik tunang confirm date.
pastu leh booked hotel..yeahh!!







50 days to go = 1 month 3weeks..alahai cuak~~

Wednesday, December 14, 2011

Cop mohor goodies siap!




Assalamualaikum&Helo peeps!


tadi petang dapat call dari tempat cop mohor yang saya tempah, dia cakap dah siap.
tak lama lepas tu,saya apa lagi pecut motor terus pergi kedai excited nak tengok hasil nya.

sampai kedai tu, terus abang tu cakap ahh nak amek cop ye.
mahu dia tak kenal 2, 3 kali pergi kedai yang sama mintak buatkan design yang saya nak..hehe
dan hasil nya sangat saya puas hati..
saya pilih satu antara 3 design pilihan saya (pilihan disini)
1 design lagi nak pilih nak antar kat kedai yang sama ^_^

abang tu dah siap pack kemas2 tunggu saya datang ambil je.
dapat tadi cam gini


nampak harga kat situ..murahkan..berbaloi macam yang saya nak.
dapat cop terus p beli stamp pad pula dah main cop2 tadi..haha
hasil cop..


pasni boleh cop banyak2 kat kotak goodies..tak payah pikir nak cari sticker tag ^_^



ok tak?..ok tak?..
-_-

Wordless Wednesday #4 : worried!




Assalamualaikum&Helo peeps!








aduyai :(

Giveaway first opening Dippy Lyn's Collection!




Assalamualaikum&Helo peeps!


bangun pagi dengan mata terpisat2 sambil tangan duk gosok2 mata bukak laptop.buruk peel!
buka email tengok kot2 ada komen kat enrty.
memang ada dan saya bertuah sebab di tag oleh cik chinta untuk join GA. Thanks ya!
kalau tak mmg tak tau ada GA ni ^_^

meh tengok GA by Fazlien
GA ni 1st opening Dippy Lyn's collection bertujuan bagi mempromosikan dippy beliau dan juga membantu beliau menambahkan collection dip nya. Fazlien ni kreatif kalau bab2 bunga dip. sokong awak 100%.


banner GA


syarat untuk serta:


1- Peserta seorang blogger. sudah semestinya!

2- Peserta mesti follower kepada Fazlien. cepat folo mana yg belom folo!

3- Buat entry bertajuk Giveaway first opening dippy Lyn's Collection. done!

4- Letak banner cam kat atas!

5- Tag 2 orang rakan blog.

6- Letak link entry kat blog beliau.

7- Done!


mudah kan?

Hadiah best menanti! Nak tau terjah la dia..^_^


saya tag:


cepat support fazlien!

Tuesday, December 13, 2011

Official Photographer for our wedd..




Assalamualaikum&Helo peeps!


ehem..ehem..malam ni nak citer sikit2 sal official photographer for my big day.
saya dengan sidia takde la book atau amek OP yang specel dan glamor. sebab tak nak abis kan duit tang situ.buget simpan untuk bulan madu n life after kahwin..eheh.

secara rasminya saya juz guna khimat S.I.L iaitu adek sidia.
so tak dek la bayar mahal2 kan..jimatkan? rezeki saya as a student..ye dak? ^-^
adek sidia memang minat dan tengah2 jinak lam bidang OP..mudah2an murah rezeki dia.


my OP..untuk nikah, wedd, bertandang & outdoor ^_^


*jangan marah naa mila guna pic lisa :p

untuk e-day kami, dia la juga OP nye dan juga pre-wedd kami..



pre-wedding







*just review sikit2 je..pic E-Day malu la nak tunjuk coz dah 10bulan berlalu..ehehe








ok tak..ok tak??

Monday, December 12, 2011

Rancang bulanmadu..




Assalamualaikum&Helo peeps!


mood rajin blogwalking and drop komen situ sini..^-^
tengah duk bw jumpe entry ini dan ini kat blog b2b Izyan dan ex-b2b Nadia.

dah elok sangat perancangan memang duk cari tempat nak hisap bulan madu
bila tengok dorang duk citer detail sal hotel tersebut lagi syokk la saya nak pergi.
perlu menggoda cik tunang untuk ajak bulan madu disitu..hehe

perancangan asal nak pergi langkawi tup2 tak jadi sebab si dia cakap nak pergi langkawi gether2 wif family nya..pergi bulan madu perlu wif family ka? huk..sedih disitu.
lepas tu dia cakap lagi, ok before pergi wif family kita pergi hisap bulan madu tempat lain dulu.
hooray!! sangat hepi disitu.

so...perlu la kami ke sini kan? eheh
Grand Lexis Hotel or Lexis Hotel?

nama lebih kurang serupa tapi yang pasti lain2 tau.
yang saya tahu Grand Lexis sedikit mewah berbanding Lexis Hotel.

jom view!


Lexis Port Dickson
(Deluxe Water Chalet)

top view..nice kan?




king bed..golek2 conpem tak jatuh :p


then jakuzi..mesti ade :p




Grand Lexis
(known as The Legeng International Water Homes)




yeahh boleh tgk laut kt bawah :)


yang best private pool..wajib ade :p


syok bukan?
walaupun orang cakap 'ala ape sangat ade kat port dickson tuh, bukan leh beli belah, jalan2 dan bagai'
oh nop..nop..i tak kesah..janji dapat berbulan madu wif my future husband n spent time wif together.
tak mau gangguan2 anasir luar..hehehe :P


nak lebih review about rate, room and how to book at the hotel pergi sini dan sini :)





uolls plan nak bulan madu kat mana?

Bride Room Decoration..

Assalamualaikum&Helo peeps!



Selamat pagi readers..dah bekpes?

Saya just makan biskut dan 1 tablet VCO..mmg bertenaga..hehe


oh ye! nak citer pasal bride room deco. sume bride inginkan yang simple & sweet2 untuk bilik pengantin bukan?

tak mo crowded2 nanti yang datang jenguk bilik pun rasa rimas apetah lagi pengantin sendiri..

sebab tetamu nih bila dtg wedding 1stly masuk rumah conpem nak tuju ke bilik pengantin..ye dak? eheh


tengok sini!


simple kan?

room deco by nana


suka camni, simple but sweet..tapi bilik kayu boleh ke? huk!



deco use panel..trend kini.



sweet gak kan? deco ala2 kelambu.



ni jugak simple..



ada juga kan b2b yang suka taruk bunga2 rose tabur atas katil.

nampak sweet jek..hehe



cam gini..yang nih guna fresh flower.


time snap pic boleh main2 cenggini ^_^


T_T


oh ye mungkin ada b2b yang terpikir tak miang ke taruk kelopak bunga2 tuh atas katil..

tah saya sendiri pun tak merasa lagi..hehe


kalau tak nak taruk bunga yang betol2 boleh taruk kelopak sabun.

pernah tengok?


cam gini..



kelopak bunga ros (material sabun)

sekali tengok ala2 kelopak bunga yang betul..ye dak?

boleh tabur kat atas pelamin atau bilik pengantin..wangi gitu.




nih RM20/pack yang dijual


eh saya tak bisnes tau..just sharing info dengan readers..

nak order p sini..

Dinigifts



selamat berdeco to b2b! ^-^











*duk pikir nak beli ke tak benda alah ni..hmm -_-

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers