Monday, January 13, 2014

Dapur Puan Mila : Tips nak sedap masak nasi goreng..

Salam dan hai.

Tips la sangat kang. Ini petua mak dan kakak aku. Pastu turun kat aku. Semua orang pandai masak nasi goreng kot. Cuma sedap dan tak sedap je. Dulu aku fail masak nasi goreng. Rupa ada tapi rasa tak sedap.


Sekarang macam da expert sikit la. Sikit je. Sebab kalau buat kuantiti yang banyak aku takut. Takut tak jadi. Kekekeke. Petua mak aku, nak masak nasi goreng sedap, bawang tu tumbuk, tak payah blend. Haaa gituu. Dulu aku suka blend, sebab malas tumbuk. Sekarang aleh2 dah suka tumbuk, malas blend. Eh??




Memang aroma bau dan rasa tu lain. Lain bagi aku. Sebab aku dah pernah cuba dua2 kaedah, so memang tak sama. Tapi pendapat korang tak tau la. Ni rasa lidah dan tekak aku. Hehe. Lain orang lain cara kot. Saje nak share kot tetiba korang nak cuba pakai bawang tumbuk pulak. Xdela terperap lesung batu ko kat rumah, kekekeke.


Sampaikan Zara minat sama nak menumbuk pakai lesung batu, kekeke.



Ok, tata!

posted from Bloggeroid

10 comments:

Wawa Yusoff said...

aku suka tumbuk. sebab aku malas nak cuci blender. byk part nak kena cuci :p

Cik Puan Rara said...

rara buat mcm mana tau.mayang je nipis nipis.sbb mls nk tumbuk.hah boleh gitu? hehehe.sbb nk buat nasi grg kat princess je kan.so mls nk tumbuk2.kang sebok je anak dara tu.tapi kalau tumbuk mmg sedap pon kan mila.

Mama Safiy Arfan said...

a'ah memang pn sy sll tumbuk gak pastu tambah ikan bilis tumbuk..memang sedap ler jadinye hihi..petua suami sy tu ahaks

Rizziela said...

boleh cuba ni..sy nasi goreng main hiris ajer bawang tu

Mas Zull said...

assalamualaikum ...wah se kecik tu nak belajar menumbuk yer...:)

Chekgu Azrine said...

Akk suka buat nsi goreng boh cili kisar..goreng garing then boh kicap telur..boh nasi..fuhhhh..klu nk oedas lg boh cili api..tryla sis..hehe

BLuRpL3 said...

http://blurplediary.blogspot.com/

wah, bole try nih, blm ni pun blend je..kot2 bole jadi lebih sedap lps ni :)

Hanie said...

kalau blend bwgnya hancur, kalau tumbuk tu kan hancur sikit-sikit je, bila makan tergigit bawang kn sdp..huhuhu

Munira Mustafa Kamal said...

Salam ziarah ya, kalau orang tua-tua ni memang tak suka kita blend bahan2 memasak, tak sedap katanya. Cara tradisi juga yang sedap..hehe

Iza Fiza said...

Betol Mila. Kita pon dulu selalu tumbuk sebab takdok blender. Bila dah ada blender duk mesin bawang byk2 buat stok, kadang2 guna bawang mesin tu jer. Tak kaw sangat la. Biasa kita tumbuk bawang ngan bilis.. =)