Monday, January 6, 2014

Selamat Hari Lahir Mak!!


Salam dan hai.

6th January 2014. Happy Birthday mom!!! Semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki, mendapat kebahagian hidup dunia akhirat. Kami anak-anak sayang mak!!


Mak aku lahir tahun merdeka 1957. Maka dah 57tahun umur mak. Dah lebih separuh abad. Mak masih sihat, masih kuat bekerja. Mak yang suka bercakap, suka melawak. Kadang-kadang gelagat kelam kabut mak wat kami anak-anak gelak sakan.


Mak suka dan sayang cucu-cucu dia yang seramai 8orang. Semua mak layan sama adil. Mak tak pernah bezakan cucu-cucu dia. Mak tak pernah bosan dengan baby kecil. Sampaikan kami cakap, mak beranak lagi la, boleh saing kami jaga anak-anak, hahaha.


Moga mak panjang umur. Moga tercapai impian mak nak jejak tanah suci Makkah. Dan moga tercapai impian ku untuk terus nak bahagiakan mak.


Selamat Hari Lahir mak!!



posted from Bloggeroid

No comments: