Friday, November 22, 2013

Sehari di Universal Studio Singapore

Salam dan hai.

Alhamdulillah, percutian keluarga ke USS yang berjalan lancar. Even hanya 1hari di USS tapi cukup berpuas hati. Kami kesana mengguna khidmat pakej Albert Chia. Aku lupa nama agensinya, kalau korang google Albert Chia haa keluar la nanti. Ramai yang guna khidmat pakejnya.


Harga pakej RM288/person termasuk hotel, van/bas ke USS dan tiket sehari masuk ke USS, 10am-7pm. Hotel yang kami stay iaitu New York Hotel Jb, hanya untuk 1malam. Sarapan pagi untuk hari ke USS juga disediakan. Katanya hotel tu 5star tapi aku leh kasi rate 3.5/5 je. Hotel memang under pakej xleh pilih ye.


Hari kejadian, jam 7:15am kami dah turun breakfast. Turun awal sebab nak settle pasal checkout hotel dan parking kereta. Kereta still tinggal kat park hotel dan malamnya baru ambil. Perjalanan ke USS bermula jam 8:30am, sedikit lewat dari waktu yang dijanjikan. Tapi xpe xdela kami rushing nak settle apa yang patut pagi tu. Sepatutnya kami ke USS naik van, tapi sebab ramai (kang cuti sekolah) maka terpaksa pergi naik bas. Perjalanan ok, tapi lahai bas pulak yang slow jalannya, ketiduran aku dalam bas, hehe. Zara of cos la duk ngan mil aku.


Time kat imigresen Johor xda hal, memang cepat. Tapi kat imigresen Singapura punyala lama. Nak queue satu hal. Tapi silap kami juga sebab pakai pasport berkumpulan nak masuk sana. Alahai lama giler nak settle, hampir 1jam masa terbuang kat situ, bas dah menunggu lama. Kalau pakai pasport individu should be ok, xda masalah memang cepat. Dan kami dah serik nak pakai pasport berkumpulan lagi TT. Oh ye, pasport berkumpulan hanya untuk ke Thailand dan Singapura ye.


Dah settle imigresen, lega! Sampai kat USS hampir jam 11am. Lama giler kang?? Grrrr. Dah nampak globe USS, maka kami bergambar dulu. Time ni adik ipar aku g settle pasal tiket nak masuk kat kaunter.






Harga tiket masuk ke USS untuk seorang 74SD, convert duit Malaysia RM192 gituu. Mahal kang? Tehehe. Takpe bukan selalu pun pergi. Kat sana boleh masuk semua permainan yang ada. Lecehnya kena queue panjang la nak main. Tapi aku, suami dan adik2 ipar tambah beli express tiket. Macam VIP tiket la. Pejam mata beli wooo. Kena tambah lagi 70SD seorang. Ko convert la sendiri. Nangiss!! Total 144SD seorang. Nak main punya pasal kang, mujur suami yang bayarkan, bahahaha. Kelebihan express tiket memang xpayah nak queue. Kalau queue lelama memang xsempat la kami nak merasa main semua mainan kat dalam tu. Orang sangat2 la ramai lagi2 cuti sekolah.






Mak dan ayah mertua pakai tiket biasa je sebab dorang xnak main. Yang ada anak kecil yang nak main dan nak merasa mainan dalam tu macam aku ni better bawak parents. Boleh tolong jagakan anak kita. Sebab mainan yang extreme memang xleh bawak masuk baby. Aku ni pulak memang hantu main benda2 camni. Untung bawak parent in law, hehe




Paling extreme dan best main ialah Transformer. Aku dan suami repeat 2kali main. Memang xbosan. Zara pun behave sepanjang kat sana. Alhamdulillah. Restroom kat sana pun ok tapi toilet xpakai air ye, pandai2 la korang nak basuk kencing dan yakk camne, hehe



NIP..kemain tonggek ko nak!


Bab makanan kat sana aku xamek tahu. Sebab memang kami xmakan kat sana. Hehe. Kami bawak bekal roti, biskut dan jajan ke sana. Cuma beli air je. Harga air kat sana around 4-5SD. Air masak sejuk pun boleh refil kat sana. Oh ye jangan risau, imigresen takkan tangkap kalau bawak makanan masuk sana. Cuma xleh bawak masuk makanan basah, barang dapur dan sewaktunya.


Tapi yang kami terkilan tak jumpa surau kat sana. Tak tahu surau ada ke tidak, atau mungkin kami terlepas pandang. Majoriti kat sana pun ramai cina. Kalau ada Islam pun entah solat ke idak.


Macam stroller baby pun boleh bawak masuk kat sana. Memang bersepah orang bawak stroller. Nak sewa stoller kat sana pun boleh tapi mahal lerr.



stroller yang boleh di sewa di USS












Sehari suntuk kat sana memang penat berjalan je. Yang nak pergi aku suggest xpayah nak berlawa pakai heel 2, 3inchi memang conferm sakit yang amat kaki tu. Aku just pakai kasut flat je dan bersarung kaki, itu pun sakit jugak sikit2 kaki tu. Maybe kasut murah dan tak selesa kot, teheee.


Pukul 7pm orang dah beransur xda. 7:30pk kami dah naik bas untuk balik ke hotel. Time balik xda masalah. Imigresen Singapura pun lancar je kerjanya. Kami sampai kembali kat New York hotel sekitar jam 9pm. Makan malam kat kedai depan hotel, after makan terus pecut g tidur kat homestay Melaka. Punya jauh destinasi kami.. Zzzzzz


Ok, tata!
posted from Bloggeroid

9 comments:

Unknown said...

bestnya...bila tah boleh pegi...huhu

Unknown said...

hohoho syok mmg syok.. kena kumpul wet byk2 ni

Suria said...

suria pegi bln lps, bkn dgn pakej tp company trip husband..hihi

baby room care bersih, toilet mmg xde air..huhu suria solat kt luar mila, dkt tepi2 yg org melepak tu..solat atas tu..hihi

suria xmasuk main lgsg sbb pegang dhafea..dok luar je nsib baik bkn sendiri byr..hehe

Hana Soffelia said...

Hari tu plan nak pergi jugak tapi bila officemate cakap kalau ada anak kecik, agak susah nak main sume benda, so tak jadi pergi.

Bestnya mila. Untung tau bapak PIL. ngeh2.

Chekgu Azrine said...

Wow..dah sampai uss!!bestnya!!

Julia Johari said...

Harga masuk USS tuh sgt2 mahal...kira RM200 gak sorang eh...nak pi gak...sonok tau baca review u tentang USS....hebattt

Fifi Nadhrah said...

teringin nak g USS.. tapi takde sape nak pegangkan ufairah..

Fifi Nadhrah said...

fifi ade bace lagi tentang uss kat blog orang lain.. ade surau.. tapi sangat kecik.. muat untuk 8 orang je.. fifi bayangkan.. mungkin surau tu tempat die sangat tersorok.. sedih..

Hana Soffelia said...

mila, hana baca semula komen tu, haan silap taip. nak tergelak baca. hehe sebenarnya nak ckp, untung tau bawak PIL. kehkeh

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers