Wednesday, July 3, 2013

Dah kalau tekak Melayu..

Seperti yang sedia maklum Zara dah mula makanan pejalnya. Aku mula dengan puree pear.
Last week aku mula bagi, tapi feedback dia macam tak suka sangat puree.
Banyak yang dibuang dari makan. Selepas puree pear, aku try juga puree lobak merah.
Pun sama, dia buat muka dan gaya mulut macam nak muntah.
Pandai betul anak ibu.

Maka aku stop dulu bagi puree, dah 6bulan+ nanti aku akan cuba lagi untuk puree.
Dan semalam aku cuba bagi bubur nasi campur susu ibu.
Eh elok pula dimakannya. Takda buat muka, takda buat gaya nak muntah.
Elok je dia telan.
Hai anak, tekak Melayu rupanya kamu.

Elok je Zara telan, digigit pula sudu tu.


Ishh sampaikan kembang kempis lubang hidung tu.
Sedap sangat gamaknya.

Pendek benor entri hari ni. Dah katanya hari rabu kurang kata kan, eh?

7 comments:

Unknown said...

Queen mmg x pnh bg pun anak2 mkn puree ni.. selalunya bg nestum atau bubur jer... ;)

Ryn said...

betullah mila..delisha suke mkn puree epal dgn kentang je..yg lain2 hampeh dy luak kan balek...ape lagi kalau brocoli....di tutup mulut rapat2....skrg bagi bubur nasi + isi ikan....sampai tambah2 makan nye..hihi

safurara said...

hahahaha sedap ye nk mak kau masak.sampai xsedar org keliling.hehee

Chekgu Azrine said...

Anak akak masa 6 bulan sikit je makan puree..pastu buat bubur xmo makan sgt..buat cam.mak muntah2..then skang 8 bulan..alhamdulillah..buat bubur kisar tu makan banyak jugak..akak notis bila ada tumis bawang sikt dia makan banyak

Syu, Syuhada said...

dah besar ye anak mila ;)
suka mkn nasi la tu tak suka sayur kot...hehe

Emy ilhamie said...

masa anak sy umur 6 bulan mkn pure kentang je.. pastu mkn bubur ngn ikan.. laju dia mkn.. lain2 xmau,..

- AZIE - said...

dh pandai dh dia makan..
tp nurse ckp memg elok kenalkan bubur nasi dulu baru puree..xpasti pulak kenapa

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers