Friday, June 13, 2014

Homemade Jejari Nestum

Salam dan hai.

Sekarangkan isu pasal cadbury. Memang sumpah aku tak makan dah, nak merosakkan Islam. Aku  ni dahlah hantu coklat. tskk. Takpe kita cari coklat lain. Buat sendiri pun lebih bagus. Selamat dan boleh makan tanpa was-was gituu. 

Dah hantu coklat maka ikhtiar jugak buat kudapan berasaskan coklat. Dua hari lepas try buat jejari nestum (tak tahu panggil apa) ohh sedap rupanya. Diri sendiri buat semestinya angkat kain dalam bakul. Eh?? *macam pelik pepatah ni. Senang je buatnya. Mesti ada roti gardenia yang keping, coklat masakan, nestum. Yang lain-lain oven, periuk (dua periuk sebab nak masak coklat double boiler kang).

Ok, kat sini aku takda oven maka aku guna pemanggang ajaib. Memang ajaib laa, serba serbi boleh guna untuk masak. Berbaloi suami aku beli. 

Memula, roti potong kecil-kecil kemudian bakar atas pan/pemanggang. Ada oven pakai oven, lagi cepat.




Bakar sampai garing. Kalau garing sedap kunyah nanti.

Done bakar!
Kemudian, masak coklat dengan kaedah double boiler. Sama macam masak topping kek coklat. Perasakan coklat masakan tu. tambah la butter sikit, susu cair dan susu pekat. Kemudian lagi, masukkan la roti bakar tadi dalam coklat. Celup satu/satu. Lepas celup dengan coklat, golekkan dalam nestum. Buat la sampai roti habis then masukkan ke esbok. Terpulang nak sejukkan sekejap atau lama. Aku sejukkan 1/2jam je sebab gelojoh tak sabar nak makan. agagaga.


Sedappp laa untuk aku. Adik ipar aku cakap rasa cam kek batik pun ada. Kalau sedap jenis coklat masakan korang maka sedap laa jadinya..Tak sedar, ralit tengok tv tupp2 dah licin, haha.

Ok la, cer korang try buat, conpem jadi dan sedapp. 

Tata!!

5 comments:

Mama Safiy Arfan said...

terliur plak.dh lama tgk resepi benda ni tp x penah menjadi nk buat hehe..kalo bakar atas pan biasa je blh ke? xde pemanggang ajaib atau oven hehehe

Norhazrina Abdul Hamid said...

nyum2. ni kalau buat knfem shari je abes. hahaha

Allene said...

dah lama teringin nak buat. cuma penyakit M tu lebih la plak... hihihiih

Rizziela said...

dok tengok orang buat aja selama ni..nak kena buat gak la

DYatie said...

Rajinnya Mila! Hari tu buat pekasam. Kite semua tunjuk je mila. Tak makan cadbury dah tapi tunjuk kit kat lak kat husb. hahaha.