Salam dan hai.
Orang Terengganu panggil kuih ni pulut lepa. Siapa suka? Makan panas-panas..sedappp! Kalau kat pantai timur pulut ni berintikan ikan. Kalau negeri lain ada yang inti udang. Semestinya sedap inti ikan. Orang Ganu, ikang dan mereka memang dah sebati gituu.
Ok, merujuk gambar kat atas, ini adalah pulut lepa buatan mak ayah aku, hehe. Kasi promot sikit. Mak ayah aku berniaga kat pasar malam sekitar KT je. Hanya empat hari setiap minggu. Jumaat kat Pulau Duyong, Sabtu di Telok Ketapang, Isnin di Wakaf Tembesu dan Rabu di Seberang Takir. Sesiapa blogger ganu yang terdekat boleh la gi merasa. InsyaAllah sedapp. Setiap pagi pula hantar kat kedai kopi sekitar kampung.
Sebelum ni ada pihak siaran tv nak temu ramah ayah aku. Siaran apetah. Nak masukkan dalam program tv katanya. Time tu aku masih duk study kat Johor. Ayah aku tolak cara baik, belum bersedia katanya plus segan mak ayah aku tak reti nak cakap untuk public. Kesian kan? hehe. Korang orang ganu yang nak merasa pulut lepa mak ayah aku boleh la pergi pasar malam yang aku sebutkan kat atas ye. Tempahan pun diterima. InsyaAllah.
Artis Yana Samsudin pun dah pernah membeli kat gerai ayah aku. Cer tanya dia sedap ke tak? Hehe. Siap posing dengan kipas lagi, buat2 nolong la tu.
No comments:
Post a Comment