Saturday, November 10, 2012

Settle mendobi baju baby..




Salam readers.

Nak share jugak, yeaah!! Part mendobi baju baby dah selesai. Alhamdulillah, lega.
Takde la rasa kalut dan kelam kabut sangat nanti.
 Sekarang dah 32weeks.
Sebenarnya risau kot2 ter'deliver' awal, tapi mintak2 dielakkan.

Jenuh dan agak penat basuh baju si kecil ni sebab semuanya cenonet-cenonet jek.
Lagi2 mitten n booties.
Tapi aku just rendam kejap dan sental sikit2 je, bukan baju kotor pun.
Cuma nak hilangkan baju dari bau kedai (bau baju baru).
 
 
 

Semua baju, cadar, tuala dan kain bayi seeloknya dibasuh dahulu sebelum kelahiran bayi.
Sebabnya bimbang kulit bayi sensitif dengan pakaian yang tak dibasuh.
Kulit bayi kan lembut, lain la kita yang dah tua bangka nih.
 
Eh, aku basuh tau sebelum pakai baju yang baru dibeli. perlu ke mention? haha
 
Tapikan, ada je mommies yang tak basuh baju anaknya sebelum kelahiran.
Contoh, akak ipar aku, huhu 
Kesian anaknya pakai baju baru yang keras kejong.
 
Sampaikan mak aku tegur (time tu dalam pantang), eh A (contoh nama) xbasuh ke baju baby sebelum dipakaikan?
 Abang aku selamba jawab, ala macam mak tak kenal si A ni..
 
Nasib baik la anak dorang xda sensitif atau alergic apa2..ish..ish..
Bukan nak mengaibkan akak ipar aku tau!
 
 
Moral of story : Mommies to be jangan malas2 ye..kesian anak sendiri kelak..huhu
 

Friday, November 9, 2012

Makan Kurma asli dari pokok..




Salam petang Jumaat.

Sekarang duk makan kurma asli. Sedap! Sejuk-sejuk basah gitu dan manis2 buah.
Sejuk sebab baru je keluarkan dari fridge.
Eh bukan baru dipetik dari pokok tau, kat Malaysia ni mana la aku tahu kat mana pokok kurma ni.
Eh kat Malaysia ada ke?

Sebenarnya kurma asli ni kawan asben yang kasi dari Qatar.
Dipetik dari pokok kat sana ye.
Time mula-mula dapat tempoh hari cam muda lagi buahnya, so rasa kelat pahit gitu.
Aku biar jela duk terperam dalam fridge dan tengok-tengok tadi dah jadi masak dan basah2 isinya.
 
 
 
Then try makan, eh lebih sedap dari haritu. Pastu makan dan makan lagi..
Nyum..nyum..sedap!
 



Asben first time tengok kurma asli camni. Katanya ingatkan kurma dari pokok tu dah siap2 kering cam jual kat kedai tuh. LOL
Aku dah second time makan dan nengok so xdala jakun sangat. hehe
 

Uolls pun 1st time tengok cam asben aku ke? ^_^

Thursday, November 8, 2012

Perineal Massage




Salam readers.

Apa itu Perineal Massage?
Dah tentu mommies or mommies to be tahu tentang massage ni.
Eh ke ada yang masih tak tahu?

"Perineal Massage ialah urutan permukaan faraj sebelum bersalin"

Aku sejak awal preggy dah tahu massage ni melalui pembacaan tapi tak pernah pula mencuba.
Perineal Massage ni boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan suami.
Apa kata guna pakai bantuan suami korang, boleh mengeratkan kemesraan dan kasih sayang antara korang suami isteri. Ecehh..

Kenapa perlunya Perineal Massage?
Kebarangkalian koyakan pada Perineal dapat dikurangkan.
Kerana antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.


Bagaimana melakukan Perineal Massage?
Menggunakan 1 atau 2 jari.
Lakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu tarikh jangka bersalin.


Risiko pada kandungan?
Tidak ada.
Tidak menyakitkan.


Tatacara Perineal 'Massage'
Mom to be boleh ke link Hernyzar Helmizan
 Ada cara dan gambar yang jelas lagi detail. Aku macam segan nak post gambar ituuu. hiks


p/s : Hope membantu M2B!!


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers