Tuesday, February 11, 2014

Blog update : Tak tahu nak letak tajuk apa?

Salam dan hai.

Sedihhh. Seperti terabai je blog ni. Dah tak update sangat dah. Gini la kalau ada dua blog. Susahnya mau handle. ohh stress!! Uolls tengok title entri ni, aku pun tak dang nak fikir tajuk apa, bahaha

Oh ye, ni another my blog. H's Family Corner. Jemput singgah ye :)

Banyak benda nak share, nak story..tapi tangan tak menyempat nak handle. Si kecil tak bagi peluang nak hadap laptop. Kalau pegang tab lelama pun dia jeles. Dah pandai nak jeles dan merajuk dak kecik tu. At last ibu malas nak update memacam.

Zara tidur siang tak lama. Paling lama pun almost 1hour. Tragis kan?? Nangis mak. Nak masak pun  huru hara. Tapi masak jugak, aku takde la malas. Suami tak suka aku complain atau merungut pasal anak. Dia selalu cakap mak aku anak 9 orang dulu-dulu boleh je handle. Aku sentap! Tak boleh nak cakap apa. Ada betol cakap suami. Dah ada anak ni so pepandai la survive sendiri. Ok, sekarang dah lali dengan rutin gini. Rasa macam supermak sangatt even aku tak kerja.

Memang aku masak hari-hari. Aku dah cakap awal-awal kat suami. Lauk tak sedap or masak tak jadi jangan nak complain sangat. Time masak anak bergayut kat kaki nak masak pun xda feel kan. Last2 main campak itu ini je masak. Ada la rasa bukan tak sedap langsung. Lol. Kalau masak sedap pun suami bukan jenis memuji. Pernah dia cakap pun, ok dah jadi ni. Itu je. Pasrah suami tak romantik, kekeke.

Ok, stop sini la dulu. Si kecik dah goyang2 badan dalam buai tu. Itu tanda dia nak bangun la tuu. See uolls again!! Tata!

Dan, mintak jugak like fb page aku ye. SINI. Thanks korang!!

Thursday, February 6, 2014

Dah jatuh cinta..

Salam dan hai.

Aku dah jatuh cinta. oppss! Idok lerr. Act, jatuh cinta kat bisnes Shaklee. Dah seronok sangat buat bisnes ni. Dulu serius aku tak layan pun. Entah kenapa terbuka hati nak join jadi ahli dan terus bergiat aktif. Semangat kata orang. Doa ku supaya boleh pergi jauh bersama Shaklee. Aminnn..

Kenapa aku pilih Shaklee dan tidak bisnes lain??

Act, Bisnes lain pun aku minat. Pendek cerita memang aku suka berniaga online. Mungkin rezeki aku untuk bersama Shaklee. Aku memiilih Shaklee kerana bisnesnya mudah dan tidak membebankan. Bagaimana??
 

1) Keahlian hanya RM75 untuk seumur hidup. (Ala RM75 pejam mata pun bolehkan??)
2) Tak perlu modal (ambil order dari customer - customer wat payment - kita order pada Shaklee pakai payment duit customer, senang!)
3) Tak perlu simpan stok (Shaklee akan pos direct kepada customer, alaa macam dropship - tup2 barang dah sampai pada customer)
4) Boleh membeli pada harga ahli, pengurangan sehingga 25%
5) Mendapat BONUS bulanan. (bonus bulanan dapat pertengahan bulan so dapat la backup gaji suami yang sedia ada, hehe)

 


 *****************************************************************
 

Status post pada FB aku. Semalam aku post untuk berkongsi kegembiraan yang aku sendiri rasai. Berkat bimbingan leader-leader group Shaklee. Harta dunia yang dikejar takkan kemana kalau tanpa Dia. Percaya rezeki hak milik Dia. Kita usaha dan minta lebih dari Dia, insyaAllah Dia akan bagi.




Surirumah, pelajar, penganggur dialu-alukan untuk bersama team kami..yang bekerja pun boleh asalkan ada kerajinan, usaha dan semangat. InsyaAllah bolehh..

Ada yang berminat ke? Kalau berminat boleh email aku ye : damielhola@gmail.com

Saturday, February 1, 2014

Terapi diri dengan memasak..

Salam dan hai.

Aku kalau serabut kepala, serabut perut mesti akan masak. Ehh stress la maknanya, kekeke. Bila dah siap masak, mesti rasa arghh puas!! Tapi habit terbaru aku, kalau terasa nak makan satu benda aku akan cuba buat. Itu kalau cukup bahan-bahan la. Kalau takde bahan terbantut jugak hasrat tu.


Macam last week. Eh cerita last week tau. Kemain lama peram kan, kah3. Dang2 hari tu jugak terasa nak makan marble kek. Esoknya choc moist cake. Asal cukup bahan terus jadi. Hehe. Seb baik metabolisme aku tinggi so makan ler apa pun badan tang tu jugak. Tak naik sangat. Eh memang tak naik kot since after bersalin ni. Menurun dari mak aku. Untung badan. Berat 45kg. Abang aku panggil dah tahap keding. Di tanya, laki mu tak bagi makan kah? Lol. Laki ku sama kecik kot. Padan laa, kekeke.



Rabu last week punya marble kek. Buruk rupa sebab xda warna. Aku bedal buat sebab terasa nak makan sangat. Sedap la tekak aku telan.



Sehari lepas tu buat choc moist cake pulak. Yang ni cukup bahan. Sampai dah banjirr sangat coklat.


Semua ni aku kukus je. No baking. Xda oven. Oven dah masuk wishlist tahun ni. Tetiba minat nak baking. Lepas ni xpayah nak beli kek kat kedai dah. Buat dan baking sendiri lebih puas makannya.


Alamak, tetiba tekak rasa nak makan kek lagi. Haishh

Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers