Wednesday, September 10, 2014

Zara masuk wayang

Salam dan hai.

Minggu lepas hari rabu, after jumpa pakar kanak-kanak kat Kuantan Specialist Hospital (KSH) kami anak-beranak pergi tengok movie. Jumpa pakar kat KSH sebab masalah Zara. Minggu sebelumnya, dia jatuh kerusi, muntah-muntah dan demam on-off 3 hari berturut (aku belum stori). Alhamdulillah, Zara sihat dan takda apa-apa masalah yang bikin ibu abah risau. Syukurr. 

Hari tu suami ambil cuti untuk half day je. Tengahari suami nak masuk kerja. Tapi kat KSH kemain ramai mak2 pak2 yang tunggu turn nak jumpa pakar kanak-kanak. Kebetulan haritu ramai kot. Maka lambat la kami sudah, hampir jam 2 petang gitu. Suami cakap, malas laa nak masuk kerja. Pulakk!

Dah alang-alang hari rabu, suami dengan selamba ajak pergi tengok movie kat ECM. Kemain kann. Tiket hari rabu kang murah?? hehe. Maka kami heret la Zara jugak, kalau tak nak tinggal mana?? 

 Eh outfit lain? Tukar sebelum tengok movie, asben ckp takut sejukk. Kebetulan memang bawak outfit ni, seluar panjang dan baju kemeja. Macam tahu-tahu nak masuk wayang :p

Nak cari cerita kartun tapi suami cakap takde, kebetulan cerita Ribbit belum tayang time tu. Maka suami beli tiket untuk movie Teenage Mutant Ninja (betul kot tajuknya).

Kami beli dua tiket, cari seat yang jauh dan takde ramai orang. Seat tengah nak ke screen, maka dapat la Zara duk seat sendiri. Saje cari seat camtu sebab senang nak keluar lari kalau Zara teriak atau wat peel. Aku last tengok movie time preggy. After ada anak ini 1st time. Kemain Zara kecik-kecik dah tengok movie.

Risau jugak kalau Zara wat peel. Tapi..tapi.. luar jangkaan kami. Zara behave sangat. Statik kat seat dia hampir 2jam. wow!! Sebelum ni Zara mana layan kartun/cerita lain lama-lama. Paling lama pun 15minit. Kasi popcorn, tak henti-henti dia mintak sampai habis movie, haha. Abah cakap next time boleh la masuk wayang lagi. Habis laa.




Ni gambar time nak habis movie dah. Kemain popcorn sampai bersepah dia makan. Sori, banyak pulak gambar vibrate, muahehehe

Ok, tata!!

Tuesday, September 9, 2014

BE selepas dua bulan..

Salam dan hai,

Pagi-pagi saja la cek akaun Nuffnang, Alhamdulillah ada Buffered Earning terbaru setelah dua bulan. Sedih tauu selepas dua bulan?? Bulan Ogos langsung takde BE, kemain lama. Tskk, rezeki jugak tu. syukurr! Sekurangnya Nuffnang masih tak lupa kat aku.




Haa tu BE baru Kotex SELV - Panty Liner. Sambil korang blogwalking blog aku, ringan-ringan la tangan klik ye. Bertambah pahala nanti, hehehe


**Quick update - Short update!!


Sunday, September 7, 2014

Dah toddler kamuu..

Salam dan hai,

7 September 2014. Cepatnyaa masa berlalu. Hari ini genap kamu setahun 8 bulan. Dah toddler sangat kamu. Dah banyak kerenah, dah pandai tantrum. Walaupun penat, takpe itu dah menjadi tanggungjawab ibu. Kadang-kadang ibu mengeluh, ibu merungut tapi cepat-cepat ibu istigfar. Kamu adalah amanah Allah buat ibu dan abah. Maafkan ibu, ibu manusia biasa yang tak sempurna, yang tak boleh lari dari kesilapan. Tapi InsyaAllah ibu akan menjadi ibu yang terbaik buat kamu dan adik-adik kamu. Aminnn


**nak upload gambar si cenonet tu tapi tenet nazak! Dengki sangatt!! Maka entri tak bergambar jelaa..sori!!

Happy 20 bulan anakku Hasya Nurzahra!! Membesar dengan solehah, aktif dan sihat ye!! Ibu abah sayang kamuu. Jadi anak berguna bila besar kelak!!








Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers