Salam dan hai,
Mari kita mengedate blog. Haishh berjaman nak up satu entri. Mood kelaut wess. Tapi ku sayang nak biarkan blog ni bersawang lelama. Maka paksa juga update. Mari bercerita pasal anakku, Hasya Nurzahra. Dah lama kot aku tak bercerita kat sini, banyaknya kat fb dan ig je. Nak baca silakan, takmo baca sila blahh. kekeke. ampunn.
Hasya Nurzahra, 1y3m. Dah jadi big girl anak dara tu tapi dia still kecik. Tapi bagi aku takla halus kecik sangat, dah sesuai dengan usia perkembangannya. Doktor pun cakap ok, ada pulak yang nak kondem anak aku. haishh marah niii!!. Selalu yang tegur anak aku halus sebab anak dia besar. Ada aku kesah? Aku dah bersyukur sangat anak aku sihat walafiat dan progress pun ok. Halus kecik maybe genetik (sedapkan hati) sebab aku dan suami pun halus kecik, teheheheee.
Ok dah merapu meraban, meh layan gambar big girl ni.
|
cubaan mengambil air sendiri |
|
Makan dah nak sendiri..tak kasi, meraunggg. orang kecik volume Ning Baizura |
Biarkan anakku tak nampak gagah perkasa, tak debab macam ayam drumstick. Tak ketak2 badannya. Aku bersyukur. Atleast tak la semput nak berdukung. hehehe
Almost 1y3m Zara dah boleh jalan. Takdela lambat kan? Dan tak cepat juga, hehe. Mulut je cepat budak ni. Masa nak usia setahun ritu dah pandai bising2. Sekarang pun dah boleh tiru ibu dan abah dia sebut a few word. Alhamdulillah....Alhamdulillah.
Kalau nak air, Zara dah boleh sebut jelas nak air! Kalau nak something yang lain, dia sebut nak sambil tunjuk. Kalau taknak, dia sebut nanak sambil geleng kepala. Dah kenal a few anggota badan. Dah banyak akal nak tiru buat itu ini. Eh banyak la lagi. Aku describe satu2 kang ada pulak yang cakap nak bangga dengan anak sendiri. Aku bersyukur dengan perkembangan Zara. Siapa lagi nak banggakan anak kalau bukan mak pak sendiri, ye dak?? teheeee.
Ok, tata!