Thursday, October 31, 2013

Pregnant or not??

Salam dan hai.

Jeng..jeng..tajuk suspen je kan? Aku buat urine test sendiri, tetiba signal nya cam gini.




Nampak samar-samar gitu, korang rasa sah preggy tak?? Ohoii Zara dah ready ke nak jadi kak long?? Tungguu..

Suspen kan?? Debor-debor nih..fuhhh!!

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 30, 2013

Set Super Bajet Shaklee

Salam dan hai.

Almost one week blog tak update, tetiba muncul entri Shaklee, bahahaha. Kata pengedar Shaklee, gituuu.


Ok, set hot selling yang super duper jimat. Siapa yang tak tahu Shakleekan, rata-rata ramai dah tahu tentang produk-produk Shaklee yang femes amos tu. Dengan produk halalnya dan di jamin keberkesanannya, InsyaAllah.


Antara set super bajet Shaklee yang meletopss pon pon..




Nak cantik?
Nak subur?
Nak tambah susu bagi ibu menyusu?
Nak turun berat badan?
Nak set hamil?


InsyaAllah Shaklee dapat membantu. Jom hidup sihat dan cantik bersama Shaklee!!


Ur Shaklee Independent Distributor
Contact me : MILA 0199879159 (PM@WASSUP)
Email : mila_mechi@yahoo.com
SID : 1067974
FB : Damiel Hola

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 23, 2013

Kisah di hari lahir ku..

Salam dan hai.

Wahh tajuk macam tragis gilerr, padahal cerita biasa-biasa je. Tapi kenangan pahit bagi aku. Kenapa pahit?? Haa nak stori la ni, kekeke


Semalam 22hb besday aku. Cepat wish kat aku, nak kasi hadiah pun voleyy, haha gedik. Ok, joke!


Nak jadik cerita, suami boleh lupa semalam hari lahir aku. Uwaaa sedih. Bermula malam pukul 12am sampai pagi semalam aku tunggu wishing dari suami tapi takda. Hingga la suami g kerja pagi semalam sampai petang pun takda. Ok aku dah sedih, nak menangis pun ada. Hati tisu betul. Buat2 kental kot suami nak buat suprise time jumpa balik kerja semalam. Tapi nan hado. Suami ku tak pandai nak romantik memang takdanya suprise. Itu aku tak kisah sebab aku tak harapkan harta benda tapi sekadar ucapan dari seorang suami. Sedih..sedih tak? Kalau tahun lepas tepat 12am dia bisik kat telinga aku dalam selimut. Tahun ni?


Dan semalam petang, dalam kereta on the way balik Kuantan, aku tanya suami hari ni hari apa? Suami jawab hari Selasa. Hah memang betul la semalam hari Selasa. Tanya lagi berapa hb? 22hb jawabnya. Uwaaa memang dia betul2 tak ingat, nak tampor jugak rasanya.


Pastu suami senyum dan cakap, honestly abang memang betul2 tak ingat. Sobs! Sedih. Suami mintak maaf kat aku, aku tak marah pun sebab dia memang betul2 tak ingat. Tapi katanya, semalam kat tempat kerja dia rasa serba serbi tak kena. Duk teringat tarikh semalam 22hb/10 tapi tak teringat hari penting tu. Katanya, dia tulis date 22hb atas kertas kerjanya, kawan dia lagi duk tanya semalam brp hb dan bla..bla..dalam kepala suami duk fikir kenapa dengan 22hb ni? Atlast dia abaikan 22 tu. Katanya lagi dalam kepalanya duk fikir barang apa yang tertinggal kat rumah. Sampai la petang aku bagitau baru dia ingat. Sobsssssssss!! Sampai gitu sekali ko suami, takpe tunggu ku balas tahun depan, hahaha


Aku dah maafkan suami, takkan nak majok 3hari 3mlm kan? Hilang pekdahnya. Alhamdulillah aku masih diberi peluang bernafas tika umur genap 27tahun. Semoga Allah panjangkan usia aku untuk terus bersama anak2 dan suami. Dan diberi kebahagian hidup dunia akhirat. Aminnn.

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 22, 2013

Exchange link!!




* ini adalah sticky post..role bawah untuk entri/post baru ^-^

Salam lovelies readers!

Lai..lai..kita bertukar link.
Bukan ape, ramai (berlagak cam ramai, hehu!) yang follow tapi mila tak leh follow back.
Sebabnya tak da tinggalkan link.

Tak kesah la bloggers mana-mana pun.
After korang tinggal link kat sini, konpem mila pecut laju kat blog korang.
Janji!!

Ok, chow!

Pengedar Shaklee

Salam dan hai.

Lama tak bersiaran, ada yang rindu tak? Boh perasan mila eh!
Daku sebenarnya baru je join shaklee ni, saje mencuba nasib. Sementelaah bosan kat rumah. Kalau dah rezeki kat sini Alhamdulillah. Pengedar shaklee dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Merata orang join shaklee. Takpe percaya rezeki masing-masing, InsyaAllah. Niat aku join bisnes camni sebab nak tolong keluarga kat kampung, bukan kepentingan sendiri. Aku tak bermewah takpe asalkan aku serba sedikit dapat bantu orang tua dan adik-adik kat kampung. Itu dah memadai.


Eh melalut. Ok sesapa yang berminat nak join, nak beli sebarang produk shaklee boleh berurusan dengan aku.


Shaklee ID : 1067974
Contact no : 0199879159 (call/sms/wassup)
Email : mila_mechi@yahoo.com
Fb : Damiel Hola (mila ismail)

posted from Bloggeroid

Sunday, October 13, 2013

Nuff : BE ke-26..

Salam dan hai.

Nak selalu dapat BE rerajin la update survey dan cerita pasal Nuff. Satu tips tu. Itulah usaha aku nak memula dapat BE dulu. Haha. Eh, yang cerita pasal Nuff kebetulan je kot, xbuat pun boleh, hehe. Aku sesaje nak memenuhkan entri kat blog nih. Kekeke




Alhamdulillah BE ke-26 Nestle Drumstick untuk tahun 2013 melekat lagi. Moga murah lagi rezeki dengan Nuffnang. Side income sambil2 blogging. Sikit pun takpe, semua rezeki dari Dia. Amiinn.

posted from Bloggeroid

Friday, October 11, 2013

Dapur Puan Mila : Pancake si buruk rupa

Salam dan hai.

Pagi ni bekfes lambat, gara-gara teringin nak makan pancake. Almost 11am baru dapat makan. Kesiann. For 1st time buat pancake. Not badd. Puji diri sendiri. Sedap la kat anak tekak aku. Tapi rupa hancuss. Takpe rupa tak penting. Dah membuang nanti takdanya keluar seketul macam pancake tu, bahahaha.



Bahahaha, buruk bebenorkan. Janji sodap. Makan pulak dengan coklat cair. Mabeless!!. Resepi aku google je, cuma derhaka sikit ikut citarasa aku.

1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
2 sb gula - lebih/kurang (ikut citarasa sendiri kalau suka manis/tak)
1 cawan susu full cream (aku takda susu full cream maka aku guna susu cair je)

Sebatikan tepung gandum dan baking powder. Pukul telur, susu dan gula sampai sebati. Aku pukul hingga gula betul-betul larut. Pukul pakai senduk je. Nak pakai mixer/blender pun boleh. Last, gaul sebati semua bahan tadi. Siap untuk digoreng di atas kuali non stick.

Adunan ni akan dapat 8-9 keping giteww. Semuanya aku ngapp sorang. Kenyang menenting (ayat ganu) giteww. Tak kan nak kongsi dengan Zara kan.

Ok, tata

Thursday, October 10, 2013

Dua hari tak pegang tab :(

Salam dan hai.

Ok, short update!

Anak tidur, aku ambil peluang update dan blogwalking. Suami mithali tolong buaikan anak tidur isteri duk ngadap laptop. bahahaha. Harini online guna laptop. Tab aku, suami hantar format kat kawannya. Belum siap kekdahnya, maka esok tak bertab lagi. sobs! Dah tak senang duduk takda tab. Nak on Intasgram tak dapat. Sehari tak bukak ig tak senang duduk, lol. Lagha..lagha..haish.

Ok, takleh online lelama nanti suami bising. Malam Jumaat oii..kehkehkehkeh!

Sweet Dreammm~~~~

Wednesday, October 9, 2013

Dah boleh cashout pun...

Salam dan hai.



Alhamdulillah, rezeki dari Nuffnang. Dah boleh cashout pun. 1st time ni nak cashout. Nilai tak besor tapi tetap bersyukur. Janji hado. Tapi tunggu la akhir bulan ni or akhir tahun ke. Nuffnang kalau nak cepat dapat, elok cashout akhir bulan kan? Takpe bersabar. Tak kurangnya amount tu :p


Duk fikir nak buat apa dengan duit ni nanti. Simpan dan simpan jela, tengok takat mana leh kumpul hasil dari berblog.


**notakaki : gas dapur dah habis, tak sempat masak apa-apa tadi petang. cakap kat suami pasal gas habis, suami jawab "ok, kita makan maggi malam ni T___T

posted from Bloggeroid

No salt, No sugar!

Salam dan hai.

Sejak ada anak, banyak benda baru nak kena belajar. Masak itu ini untuk anak dll. Rasanya bukan aku sorang camtu, ibu-ibu kat luar sana pun camtu. Semua nak yang terbaik untuk anak-anak. Pendapat aku, pemakanan harian sangat mempengaruhi kehidupan seharian anak-anak. Apatah lagi kesihatan anak-anak.




Mak pak yang ada anak kecil mesti alert pasal ni. Bukan saje2 dorang create benda camni. Bagi aku, pemakanan dulu beza sangat dengan pemakanan sekarang. Sebab banyak dah aku dengar, alaa mak pak dulu bagi makan anak kecil itu ini segar megar je anak tu sampai besar... T___T. Mak aku sendiri pun pernah cakap gitu. Sentapp mak nok! Cabaran sungguh, kalau rajin nanti aku stori bab cabaran bagi anak makan pula. Itu kalau rajinn. Pemikiran masing-masing, tepuk dada tanya diri sendiri. Tapi aku xdala strict sangat bagi makan kat anak. Macam roti gardenia pun aku dah pernah bagi tapi kuantiti berpada-pada. Tapi garam dan gula memang aku avoid dulu. Ada mak pak 1y+ dorang dah bagi tapi kuantiti sedikit. Yang tu boleh la consider kan.


Baby kecil still boleh makan kalau xda gula atau garam pun dalam makanan mereka. Bagi aku, mereka belum tahu beza rasa garam dan gula tu camne. Kalau anak buat muka time memula makan bukan maksud tak sedap atau tawar pun, mereka bukan faham. Mereka cuba nak sesuaikan dengan makanan baru. Jangan la korang memandai tambah gula atau garam, kesian kat anak.


Kalau nak ada rasa manis, aku akan letak kurma. Kalau buat bubur atau sup, nak masin aku akan letak stok ikan bilis. Sedap oii. Kadang-kadang aku pun tumpang sama makan, lol. Kalau sup/bubur letak saderi time menumis sedap bangat. Dulu aku tak pernah makan saderi, rasa macam xsedap, aleh-aleh bila masak dalam makanan anak aku pulak addicted. Dah jadi favourite. Aku tak kreatif dalam masakan anak, sometime aku masak benda sama je, hehe. Aku masih belajar step by step.


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Monday, October 7, 2013

Zara 9months

Salam dan hai. Short entri today, aku malas nak menaip panjang.


Arini Zara genap 9bulan. Happy 9month sayang! Anak solehah ibu, moga menjadi yang baik2 saje. Lagi 3bulan genap la setahun. Kejap sangat kamu membesar, ibu rindu kamu time bayi. Arghh rindu bau bayi.





posted from Bloggeroid

Wednesday, October 2, 2013

Rujukan untuk aku masak makanan bayi..

Salam dan hai.

Sejak Zara dah pandai makan, aku excited sangat nak masak untuk dia. Tapi aku tak hebat memasak, sekadar masak biasa-biasa je, janji perut anak terisi. Hehe. So far aku masak bubur je tapi pelbagaikan bubur tu. Kadang-kadang masak sup juga. Couscous pun dah try bagi. So far, Zara tak cerewet bab makan. Apa yang aku buat dia makan tapi dia makan sambil nak main-main maka spent masa untuk dia makan 30min-1jam. T___T


Aku xda kerajinan nak snap pic gambar makanan Zara, kadang-kadang je aku snap dan upload kat instagram. Nak share resepi anak pun malu-malu kucing giteww. Kahkah.


Tapi aku ada sumber rujukan yang hebat bagi aku. Selain google la. Dorang ni rajin sungguh snap pic makanan anak-anak dorang dan taruk kat instagram dan blog. Pastu kongsi resepi sekali. Aduhh satu kerajinan tu. *ehh ayat apa ni?


Korang yang blur-blur nak masakkan untuk baby korang boleh refer blog dorang. Aku menjemah dengan
dorang je, yang kerapnya Hana la selalu jadi mangsa tempat aku bertanya, haha


Nah blog dorang..Hana , Nana , Kina. Korang pandai2 la cari entri dorang. Dorang la sumber untuk aku masak makanan bayi.


Hope membantu! Korang bertiga patut bangga tau, kahkah.

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 1, 2013

Ada juga 'gobok' Zara..

Salam dan hai.
At last ada jugak gobok Zara. Dah lama hold nak beli sebab duk pindah randah sana sini. Walaupun kecil tapi aku suka sebab memenuhi kriteria yang aku nak iaitu plain dan pink color giteww. Zara macam kisahkan? takda gobok pun dia tak kisah. Lol


Sejak lahir Zara tak pernah ada gobok sendiri, usia nak masuk 9bulan baru la ibu abah belikan gobok. Kesian.
Bertahan aku hanya guna bakul untuk letakkan baju bajan Zara. Yang peningnya aku la time nak kemas susun baju Zara yang makin menimbun. Suami bukan kisah.


Terus kami laki bini usha gobok kat kedai perabot. Tapi yang banyak semua gobok2 kartun xda yang plain. Daku tak berkenan, suami pun sama. Pastu g tengok kat aeon ECM, ada la yang berkenan, ala macam gobok kat Tesco tu. Tapi harga 129.90. Mahal bagi aku sebab goboknya kecil je, macam tak padan harga. Dan dua minggu lepas aku balik KT, g la usha kat Mydin Mall. Usha-usha tengok ada jugak sebijik sama gobok tu dengan harga 89.90. Haaa murah terus nak grab tapi xda stok. Kebetulan adik aku staff Mydin Mall, pesan kat dia siap2 kalau ada stok baru tolong beli cepat. Dan dengan harga staff adik aku dapat la 80.00. Murahkann?




Gigihkan aku kemas susun baju anak dalam bakul selama 8bulan+..Pening oi kalau xda gobok. Time ni tengah kemas nak masuk dalam gobok baru.






Proses susun atur baju Zara. Aduyai macam xmuat pulak satu gobok, boleh consider beli lagi satu. Ok checked!

posted from Bloggeroid

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers