Sunday, October 30, 2011

.Penyu menangis lagik..

Assalamualaikum readers...


hurmm malam nih kat fb sume duk cerita pasal bola..Terengganu vs N9.

penyu menangis lagi..




Terengganu kalah kepada N9 2-1..


bila kalah yang salah sume nampak..adat manusia la kan nampak buruk jek..ye dak?

terima je kekalahan dengan hati terbuka dan jangan salahkan pada yang wat salah..ingat jugak pada sumbangan dia pada team kite..

adat bermain mesti ade menang dan kalah..ye dak?


ohh yeahh ples support our team!!


okeh,nite!

Saturday, October 29, 2011

.Nasihat Emak VS Nasihat Boyprem..

Assalamualaikum..

hype readers..jom baca nih! mau?

Senario hari ini, ramai perempuan yang ada kekasih hati ataupun yang ada jejaka idaman lebih suka dengar nasihat kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat ibu sendiri.

Sedar tidak sedar umur sudah meningkat. Kehidupan yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa makin dilupai.

Hadir pula insan baru dalam hidup. Kekasih yang disayangi dan dicintai sepenuh hati.

Ketika itu mulalah lupa diri. Ibu bapa entah ke mana.

Sedangkan semasa kecil dahulu bagai menatang minyak yang penuh ibu bapa menjaga dan memelihara sehingga kita menginjak dewasa.

Oleh itu, mana yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul?

Kekasih hati atau ibu bapa kita?


Situasi 1:

Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.

Minah: Laa, Minah penat ni.

Mak: Hmm..Alahai anak aku.

****

Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?

Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).

Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).

Situasi 2:

Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.

Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.

Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.


Situasi 3:

Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.

Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.

Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.


Situasi 4:

Mak: Minah, Mak rasa kamu kahwin je la dengan si mamat tu cepat-cepat. Muak mak tengok keluar dengan jantan tanpa ikatan, melayan call dari jantan bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak.

Minah: Mak ni kan, suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles!

Mak: Alahai anak aku.

****

Mamat: Yang, tak sabar pulak rasanya nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)

Minah: Weeee..I pun tak sabar nak kahwin dengan you, esok jugak I sanggup kahwin dengan you.


Situasi 5:

Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.

Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!

Mak: Alahai anak mak.

****

Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!

Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!

Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!

Minah: ??????


-The End-


P/S: Maka, di manakah keberkatan kita andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Tetapi, pesanan kekasih hati terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya.

Oleh itu, kita fikirkanlah sendiri. Adakah kita mendambakan kehidupan yang bahagia atau merana?

Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati.. :)


Friday, October 28, 2011

.pengantin dan status facebook..

Salam readers...

tengok nih!



menarik bukan?


sweet je ^_^






notekaki: shared it with YAB

Wednesday, October 26, 2011

.alahai...lagi 102 hari..

assalamualikum..

ape kabar readers?


fuhh pejam celik dh nak abis bulan 10. dah nak abis year 2011 kan..ye dak?

ehehe dan lagi lagi 102 hari.....



kurang lebih 3 bulan lagi..

ala lama lagi bagi uolls..tapi tak bagi aku..

ngupenye banyak benda kena wat untuk keja kawen nih..

fuhh! nak cari pelamin, mekap dan baju bagai..


orang cakap ala g butik tunjuk je yang mana berkenan..itu kalau berkenan, kalau tak berkenan mau 4,5 butik kuar masuk..

nak carik yang kena ngan jiwa kita bukan mudah..ye dak??


yeaah tak sabau mau pulang cuti raya haji nih..

mau buat macam2.


mau!!

- anto baju nikah

- booked pelamin

- booked mekap

- tempah kad kawen

- carik bahan DIY

- pre wedding


fuhh tu jek dalam otak sekarang nih.




okeh, papai!




Tuesday, October 25, 2011

Contest Blogku Menawan Kalbu

Salam uolls..

nak join contest nih..lai...lai...

malam2 join contest, ngigau ke hape? haha


nway join contest nih sebab ditag oleh cik sue..thanks yau!


jom! nak join klik SINI.



menawan ke blog aku?? hehe




2 di tag:

single is better

miera iera






okeh,papai!!


Monday, October 24, 2011

.Not 18sx..

Salam semua..


duk godek2 web tadi, tiba2 ternampak pic not nih..

bab2 not bukan aku tau, belajar muzik pun time sekolah rendah dulu2..

tapi yang menariknye, sekali tengok, tengok tak nak tengok je.

bila dah 2,3 kali tengok, terus melekat tengok..haha

nampak cam menarik jugak la kan..


tontonan 18sx je k..



haa nampak pe yang aku nampak?? ....macam ni pun leh adekan..dunia2..ishh2..

hehe...sekadar berkongsi ^_^


Sunday, October 23, 2011

.aku makan benda alah ni...VCO!

salam readers....


tau pe itu VCO?

penah dgr? tak penah!


alaa virgin coconut oil atau dimelayukan jadik minyak kelapa dara..

mungkin ramai yang tak tau tp yang penah makan mungkin tau la kot..


haa cam gini gupenye




seminggu suda aku dh makan benda alah nih.

so far alhamdulillah..banyak baiknya makan benda alah ni, tak rugi.

perempuan yg bakal kawen seeloknya makan, cam aku..hihi


price RM39.90 (60 kapsul)..kat tempat aku la,harga tempat lain mungkin sama kot..

makan 1 biji pagi, 1 biji malam :)





kebaikan VCO/MINYAK KELAPA DARA:

KESIHATAN LUARAN

-mengurangkan berat badan dan meningkatkan metabolic
-menghasilkan tenaga segera
-jika disapu, mengurangkan infeksi,mencegah garis halus,hilangkan sterch marks, parut jerawat as well as jerawat,jeragat
-kulit muka tidak berminyak
-lenguh badan hilang
-sering kelihatan bertenaga

KESIHATAN DALAMAN


-bagus untuk ibu mengandung juga..
-bantu hilangkan keletihan
-meningkatkan daya tahan fizikal dan mental
-melindungi tubuh dari risiko kanser,penyakit jantung, tekanan darah tinggi,dan lain2
-gigi jadi kuat dan melindungi diri dari serangan osteoporosis
-memperbaiki kandungan asid dalam rahim wanita
-mengatasi masalah monopos
-regularkan semula PMS anda
-kesuburan
-kurangkan senggugut
-membantu sistem penghadaman dan pencernaan


KESAN SEGERA

-melegakan pernafasan
-melegakan batuk
-melawaskan pembuangan air kecil dan besar
-meningkatkan kadar metabolic
-mengurangkan rasa mudah lapar
-mengurangkan kolestrol dan kadar lemak dalam badan
-mempercepatkan sel-sel kulit mati dengan sel-sel baru(jerawat adn jeragat)
-memusnahkan virus,bakteria,kulat (keracunan makanan)
-tenaga segera


so, cuba sendiri yek!


ok papai!

Friday, October 21, 2011

.Hepi Besday Cik Mila!!



Hepi besday!..hepi besday!..cik mila!!

wish tuk diri sendiri...ok dak?? hihi..

-22 Okt 2011-

genap la umo aku 20an +++ something..............ce teka?

Alhamdulillah......

panjang umo aku..doa aku moga dapat lebih beramal padaNya, berbakti pada kedua ibu bapa aku, dan bakal menjadi isteri solehah kpada future husband..mudah2an..doakan aku jgk ye kawan2..^_^





notekaki : Terima Kasih pada yang mendoakan aku :)

.manusia...bila bercakap...

Kahwin Hantaran Murah...'ish! murahnya hantaran dia, mesti sengkek ni!'


Kahwin Hantaran Mahal...'ish! mahalnya! nak jual anak ke apa?


Kahwin Muda @ Kahwin Awal...ish! muda-muda dah kawen, mesti da buat benda x elok nih..tah-tah dah termengandung!..


Kahwin Lambat...ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda xnak kawen, org dah beranak pinak dia baru nak kawen..tak laku kot!


Kahwin Buat Majlis Kecil...ish! ni kawen ke ape? kedekut sangat, makanan pun tah ape-ape bukan selalu, acu buat la besar sikit!


Kahwin Buat Majlis Besar...ish! besarnya majlis...kalah anak datuk, nak berlagak la tu, macam anak dia je nak kawen kat dunia nih!















p/s: BERSANGKA BAIK LAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA HATI DARI ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAWEN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAWEN JADI SUSAH...JADI, BERSEDERHANA LA MENGIKUT KEMAMPUAN :)

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers