Monday, May 19, 2014

Birthday Party Ayish, anak Nana

Salam dan hai.

Tetiba kaku, sebab dah lama tak menulis kat blog sendiri. miahahaha. Sabtu weekend aritu tak kemana, petang hanya ke birthday party Ayish kat Kemaman. Berjaya jugak heret laki ku ke sana. 1st time bawak dia ke rumah kawan-kawan blogger. 

Pagi sabtu laki ku kerja so awal-awal dia dah cakap tak sure boleh pergi ke tak. Pagi tu dia dah wassup, tak payah pergi laa. Aku dah pasrah. So get ready plan lain iaitu tanya Hana dia pergi tak. Plan asal nak tumpang Hana je, then time balik laki ku datang jemput kat rumah Nana. Tup..tup Hana tak jadi pergi, ada kenduri katanya takut tak sempat. Sebabnya majlis Ayish sebelah petang jam 4pm-6pm. 

Ok takde rezeki nak pergi la kot. Takpe sebenarnya tak kisah pun.hehe

Tetiba petang dekat pukul 4 suami call. Dia tanya duk buat apa? Aku cakapla baru sudah goreng lempeng. laporr! haha. Tak masak sebab barang mentah dah habis. Tetiba lagi suami cakap, cepat la siap, kata nak pergi. Arghhh rasa nak ketuk kepala dia, (ok, tak baik dosa besar!) sokmo cakap last minit gitu. Aku dengan gelojoh lempeng dalam mulut ambil towel dalam bilik then g sejukkan badan. (mandi kali ke2). Nasib baik Zara tak meragam time tu. Laki aku tak suka bila dia sampai rumah tengok aku belum siap. So gelabah la aku. Huahua. Zara belum siap time tu, tunggu abahnya balik siapkan dia, buat lagi kat aku camtu. haha. 

Dah alang-alang nak dekat waktu asar, kami terus tunggu asar. Lepas solat Asar gerak g rumah Nana. Sampai sana pukul 5.30pm gitu. Tak susah pun nak cari rumah Nana. Time sampai tu hujan renyai2 je. Nampak padilah, terus tegur then laga pipi, tehee. Padilah datang dengan suaminya, maka ada geng la laki aku nak teman borak. Kemudian g cari Nana yang time tu duk kalut dengan Ayish. Kesian tuan rumah sibuk kemain, hehe.

Kebetulan masa sampai, Ayish baru nak motong kek. So dapat la merasa kek red velvet yang sedapp sangatt tu. Thanks Nana!

Kesian mama ayish, mengah2 potong kek, hehe

Padilah, Nana, Aku

Happy Besday Ayish. Moga menjadi anak soleh ye!! To Nana, mekasih lagi kerana invite kami. Next time nak gojes sana lagi. Rumah Nana serius lawa!! Kan padilah??

Melepak sana sampai 6.30pm juga. Laki aku dan padilah dah panas bontot ajak balik, haha. Aku tak terus balik Kuantan tapi g rumah pakcik suami pula juga kat kemaman. Solat Maghrib sana then malam baru gerak balik Kontan. Ala Kuantan - Kemaman 1/2 jam je pun. Suami aku kalau pecut 15-20min je. Haishh

Ok, tata!




Tuesday, May 6, 2014

Tutorial : Cara Letak Link Entri Pada Komen

Salam dan hai.

Wahh tetiba hari ni aku nak share tutorial. Kemain kerlass ko mila. Mungkin berguna tutorial ni. Tapi jangan ler acap sangat di buatnya, kan ada pulak yang bosan dengan komen uolls, haha. Bagi aku bagus la kot untuk seller2 yang baru nak kenalkan blog dorang melalui komen. Tapi kena rajin komen dan blogwalking laa.


Nak tengok tutorial tu, tengok sini cara letakkan link entri pada komen. Aku buat tutorial kat blog satu lagi, malas nak copypaste letak sini. Ok, nak mudah uolls klik link yang aku bagi tu, hehe. Semoga berjaya!!


Ok, tata!
posted from Bloggeroid

Thursday, May 1, 2014

Tips nak dapat BE dari Nuffnang

Salam dan hai.

Dah lama nak kongsikan tips ini. Tips ini la yang aku sendiri praktikkan untuk mula-mula dapat BE (Buffered Earning) dulu. Aku takda la tahu sangat pasal Nuffnang ni, tapi sikit-sikit tu boleh la. Itu pun apa yang aku sendiri praktikkan. Dan memang menjadi, teheee.
Ok, sebelum nak dapat BE korang mesti ada akaun Nuffnang. Takda? Kena la register sayang! Pastu makesure akaun Nuffnang korang dah Glitterati ye. Kalau dah Glitterati mudah la nak dapat BE dan lain-lain.


Become Glitterati

Be a part of our Glitterati program to reap more earnings, get exclusive invites, attend special parties and truly enjoy the perks every Nuffnanger deserves! For more information on what you get when you are part of our Glitterati program
(Copypaste dari Nuffnang)

Ok, yang ni tips untuk nak dapat BE.

Tips for CPUV Campaign

Advertisers select blogs for CPUV campaigns based on several criteria such as a blog's target audience, blogging genre and influence. For example, a cosmetics company would be more likely to select a fashion and beauty blog with female readers to advertise on.
Bloggers with Glitterati status are also prioritised higher during the selection.
Making sure your ads are optimally placed, updating your blogger profile and survey will increase the chances of advertisers noticing your blog and therefore increasing the chances of your blog being chosen for CPUV Campaigns.

Faham?? Kat sini maksudnya korang kena rajin-rajin update survey, entri dan lain-lain. Aku pun selalu wat camtu. Tapi tang up entri xdala la hari-hari. kekeke. Rezeki la tu kalau dapat BE banyak dalam 1 masa. Tapi amountnya cenonet je pun, wahahaha. Tetap bersyukur.


Aku bukan la blogger hebat. Blogger sisa ikan bilis je pun, so aku kongsikan apa yang aku tahu, hehe. Blogger yang trafiknya rendah maka kena la rajin-rajin buat benda ni, macam aku lerr. Ok, moga berguna pada uolls yang masih blur pasal BE.

Dan satu lagi, kalau uolls nak tanya apa-apa kat Nuffang boleh pergi kat contact us. Scroll paling bawah kat akaun Nuff kemudian cari contact us. Then, Submit Ticket - Blogger Enquiries/Suggestions - Next - Submit. Ok, done!

Tata! 
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers