Monday, May 19, 2014

Birthday Party Ayish, anak Nana

Salam dan hai.

Tetiba kaku, sebab dah lama tak menulis kat blog sendiri. miahahaha. Sabtu weekend aritu tak kemana, petang hanya ke birthday party Ayish kat Kemaman. Berjaya jugak heret laki ku ke sana. 1st time bawak dia ke rumah kawan-kawan blogger. 

Pagi sabtu laki ku kerja so awal-awal dia dah cakap tak sure boleh pergi ke tak. Pagi tu dia dah wassup, tak payah pergi laa. Aku dah pasrah. So get ready plan lain iaitu tanya Hana dia pergi tak. Plan asal nak tumpang Hana je, then time balik laki ku datang jemput kat rumah Nana. Tup..tup Hana tak jadi pergi, ada kenduri katanya takut tak sempat. Sebabnya majlis Ayish sebelah petang jam 4pm-6pm. 

Ok takde rezeki nak pergi la kot. Takpe sebenarnya tak kisah pun.hehe

Tetiba petang dekat pukul 4 suami call. Dia tanya duk buat apa? Aku cakapla baru sudah goreng lempeng. laporr! haha. Tak masak sebab barang mentah dah habis. Tetiba lagi suami cakap, cepat la siap, kata nak pergi. Arghhh rasa nak ketuk kepala dia, (ok, tak baik dosa besar!) sokmo cakap last minit gitu. Aku dengan gelojoh lempeng dalam mulut ambil towel dalam bilik then g sejukkan badan. (mandi kali ke2). Nasib baik Zara tak meragam time tu. Laki aku tak suka bila dia sampai rumah tengok aku belum siap. So gelabah la aku. Huahua. Zara belum siap time tu, tunggu abahnya balik siapkan dia, buat lagi kat aku camtu. haha. 

Dah alang-alang nak dekat waktu asar, kami terus tunggu asar. Lepas solat Asar gerak g rumah Nana. Sampai sana pukul 5.30pm gitu. Tak susah pun nak cari rumah Nana. Time sampai tu hujan renyai2 je. Nampak padilah, terus tegur then laga pipi, tehee. Padilah datang dengan suaminya, maka ada geng la laki aku nak teman borak. Kemudian g cari Nana yang time tu duk kalut dengan Ayish. Kesian tuan rumah sibuk kemain, hehe.

Kebetulan masa sampai, Ayish baru nak motong kek. So dapat la merasa kek red velvet yang sedapp sangatt tu. Thanks Nana!

Kesian mama ayish, mengah2 potong kek, hehe

Padilah, Nana, Aku

Happy Besday Ayish. Moga menjadi anak soleh ye!! To Nana, mekasih lagi kerana invite kami. Next time nak gojes sana lagi. Rumah Nana serius lawa!! Kan padilah??

Melepak sana sampai 6.30pm juga. Laki aku dan padilah dah panas bontot ajak balik, haha. Aku tak terus balik Kuantan tapi g rumah pakcik suami pula juga kat kemaman. Solat Maghrib sana then malam baru gerak balik Kontan. Ala Kuantan - Kemaman 1/2 jam je pun. Suami aku kalau pecut 15-20min je. Haishh

Ok, tata!




2 comments:

Norhazrina Abdul Hamid said...

haha samala asben sy dlu suka gtau las min kalo nak kemana2. dahla rina jenis siap lambat. skng ni kalo nak kemana2 mmg infom dia suh gtau sejam or 2 jam awal. nak siapkan anak lg diri sndiri lg. huhu

Chekgu Azrine said...

Untung dpt tgok rumah nana live giteww..haha