Wednesday, February 29, 2012

Review Wedd : Pakej Kahwin affordable 1.5k




Assalamualaikum.

Continue pada wedding review. Sila jangan muak ye.
Bercerita tentang pakej kahwin yang bagi saya sungguh affordable. Hanya 1.5k.
Sebabnya, saya hanya hire pelamin rumah yang simple lagi sweet pada mata saya, tak de pelamin besar2 sebab luas rumah sangat terhad.

Pakej lengkap merangkumi :

1) Pelamin (1 panel)
2) Baju Sanding L+P (dengan aksesori lengkap)
3) Baju Persalinan L+P ((dengan aksesori lengkap)
4) 1x Mekap 
5) Hiasan Bilik Tidur
6) Hiasan Meja makan beradap (saya tolak dan tukarkan dengan mekap untuk nikah) 
7) 2 Bunga Tangan (Pink & Purple)
8) 2 pasang kasut (perempuan sahaja)
9) Bekas bunga pahar
10) Pintu gerbang/arc

Berbaloi tak? Bagi saya cukup berbaloi dan saya berpuas hati dengan vendor tersebut. sebabnya baju yang dibekalkan cantik dan sesuai dengan taste saya. 

Baju Sanding

Ok tak? ni ketika seisi outdoor selepas majlis.
vendor cakap ni warna purple manggis. saya bantai je janji mengikut tema dan cantik pada saya.

Close up sedikit gambar pelamin. Maaf takda gambar full pelamin. Saya lupa dan photographer pun lupa.



Satu persalinan lagi saya pakai ketika majlis bertandang.
warna grey. dress ala2 jubah style. kawan saya cakap nampak unik ^-^
  
Baju bertandang

ketika seisi outdoor dirumah MIL 

Vendor pakej di atas dari Fizanis Bridal. B2B Terengganu yang berminat nak dapatkan khidmat beliau boleh   ke fb Fizanis Bridal. ^__^



Tuesday, February 28, 2012

Kelebihan Nikah..




Assalamualaikum




Bosan update review pasal wedding. Update lain pulak. hehe
Tadi blogwalking, terbaca kelebihan nikah dari entri blog Puan Sue.
Dah tahu semua ni tapi nak share jugak kat entri sendiri. hehe

Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
Cium isteri ~ dapat PAHALA!
Renung isteri ~ dapat PAHALA!
Suami bekerja cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!
Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!


Ya Allah!! Seronoknya...sungguh nikmat perkahwinan itu!

tapi kalau couple? tak dapat pahala pun..jika rindu pun dikira BERDOSA!



Monday, February 27, 2012

Review Wedd : Hand Bouqet




Salam pembuka bicara.

Jumaat lepas last update entri. Hari ini berpeluang lagi. Lately tak dapat nak selalu online kerana banyak tanggungjawab. Balik umah mertua, layan makan, minum, pakai suami dll. Seronok sangat so online diketepikan..hehe..

Now, baru siap masak, tunggu asben balik kerja baru makan sama2. Nak makan sorang2 tak berselera ^__^

Melalut pulak.
Okeh, bercerita pasal HB atau Bunga Tangan.
Saya ada 4 bunga tangan sepanjang kesemua majlis berlansung dari majlis nikah, resepsi dan bertandang.
Dan hanya 3 yang digunakan. 
Tamak tak? haha

Majlis nikah, saya menggunkan bunga tangan seperti pica dibawah.



Tak besar dan kecil. Saiz medium. 
HB ni saya order dari seorang kawan B2B iaitu Nia Ain
If nak tahu detail harga sila minta quotation dari beliau ^-^

Majlis Resepsi pula, saya menggunakan HB yang dibekalkan oleh vendor pelamin.
Pada awalnya takmau guna tapi bila pikir balik rasa rugi sebab vendor kasi free sewa untuk HB. Rezeki dapat free sewa dua HB, tapi saya guna hanya salah satu iaitu warna pink seperti pica bawah.
Maaf takde pic close up untuk HB.


Majlis bertandang, saya menggunakan HB yang diperbuat dari kain felt.
Tak beli dan tak sewa tapi dapat free. hehe
Rezeki dapat felt HB sebagai hadiah kawen.
Kawan B2B yang kasi iaitu Eimy.
Terharu sebab beliau datang dari Penang, jauh tu dan kasi HB ni by hand.
Thanks eimy!

close up HB beliau.

kidnap pic dari blog beliau. sori eimy!

majlis bertandang ^-^










Friday, February 24, 2012

Review Wedd : Baju Nikah




Assalamualaikum lovelies readers

First review dari saya iaitu baju nikah. Dah tengok baju nikah saya?
Baju nikah saya tak gempak, tak de bling2 or lace bagai. Just sedikit bead kat depan baju sahaja.
Memang simple sangat. Saya suka.

Close up sikit ^__^



Baju nikah cuma simple kurung malaysia/kurung moden. Taylor makcik husband merangkap mak saudara dia. Tak de upah taylor yang mahal2 sebab tak mampu. hehe

Close up material baju.

Material baju : Kain opel + chiffon (lining dalam)-chiffon dapat free (beli kat Gulatis Batu Pahat) 
Material kain : Satin
Harga sepasang : RM129.00 (harga 1/1 dah lupa)

Harga upah bead : RM30.00
Harga upah jahit sepasang : RM40.00

Total : RM199.00

Saya tak tahu mahal or murah. Seperti kata dhira harga kain baju saya lebih mahal dari dia.
Tapi upah jahit dan bead murah. Saya suka!
Apepun saya sangat berpuas hati dengan baju nikah sendiri ^__^


Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday #7 : Puan Mila & Husband




Assalamualaikum lovelies readers ^-^







Status : Puan Mila




Assalamualaikum lovelies readers!

Baru sekarang berkesempatan nak update entry. Rindu sangat kat blog ni. Maaf ye b2b dan readers sekalian. 

Alhamdulillah saya selamat bergelar Puan Mila pada 5 Februari 2012.
No..no cik mila lagi..hehe..tapi header tu nanti change kemudian la..aci? :p

Bersyukur kerana semua majlis di pihak saya dan suami berjalan lancar.
Majlis kecil tapi meriah sangat.

Pada team b2b Dida, Waty, Razi dan Eimy yang sudi datang, terima kasih sangat2.
dan tak lupa pada b2b lain yang wish tahniah.
Terima Kasih uolls!

Doakan mila berkekalan dan bahagia hingga syurga.







*Next entry review tentang wedding ^__^

Monday, February 6, 2012

Counting Days!




*sticky post

Assalamualaikum lovelies readers.


mahu counting days.
20
19
18
17
16
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Aku Terima Nikahnya!

degup-degup!



Ya Allah permudahkan lah segala persiapan kami.
Berkati lah majlis kami dan semoga dalam keredhaan Mu
Barakallah.