Friday, August 30, 2013

Ambil peluang blogwalking, kalau sempat...


Salam Jumaat!

Bersiaran dari rumah mak mertua, cewahhh!
Kesian aku, balik kampung camni baru ada kesempatan nak update, komen dan blogwalking bagai.
Sekarang masa kat rumah sangat2 terhad. Memang mengadap Zara 24jam, aku suka!
Sanggup aku ketepikan blog semata-mata nak melayan Zara.
Zara dah pandai, kalau aku tak melayan dia akan memberontak. Tak sanggup aku nak biarkan dia main sorang-sorang.

Sebelum ni samsung tab aku ok, sekarang bermasalah nak update blog. Taktau virus ke hape. Setakat nak online fb dan instagram boleh laa.
Nak mengadap laptop kat rumah lelama tak dapat lerr. Zara mengagau je nak menaip sama, at last aku tutup je laptop, haha
Kat rumah mertua dan rumah parents boleh la spent masa sekejap untuk blog, Zara ada yang tolong tengok, teman main dan melayan. Suka la dia kalau ramai yang melayan, lagi-lagi kalau dengan wan dan tok dia.

Aku pakai laptop pak mertua ni, pak mertua dah selalu tengok aku pakai tengok laptop dia.
Tapi segan juga nak pakai lama, hehehe.
Eh ok, pak mertua dah balik laa.

Bye!

Monday, August 26, 2013

Pindah rumah lagi!


Salam dan hai!
Tab aku bengong gamaknya, hari ni tetiba dua entri kosong terpublish, kat mana aku ter enter taktau la.
Stress!!
Dah la hampir dua minggu tak dapat  update entri dengan tab. Godek-godek taktau apa problem. virus gamaknya. Sebab tu blog aku sepi. 
Double stresss!!
Sekarang update pakai laptop, takleh lelama sebab Zara nak kacau kerjanya. Dengki ibu tak layan dia, haha. Tak suka online pakai laptop sebab gedabak besar, malas nak on. Alasan.

Aku pindah rumah lagi. Habis pantang bulan 3 ritu baru je pindah kat Indera Mahkota, Kuantan.
Tempat dah strategik, dekat ngan bandor tapi tetap nak pindah.
Alasan suami jauh dari tempat kerja katanya. Indera Mahkota - Gebeng.
Sekarang pindah ke Balok, Kuantan. Haa puas hati suami xda nak rushing ke tempat kerja.
Penat oi pindah ni, paling tak suka nak kemas baju bajan dan periuk belanga kat dapur.
Dari sekecil zarah dan sebesar2nya barang. Pack dan unpack! Memang tak suka, mujur mak mertua datang tolong. Mekasih mak!

Aku suka rumah baru sekarang. Selesa dan besar!
Lengkap kabinet dapur. Lawa!
Walaupun hanya menyewa, lol. Takpe menumpang keselesaan rumah orang.
Buat macam rumah sendiri giteww.

Rumah sekarang tak sibuk dari bandar. Dan tak panas. 
Yang best depan rumah ada pokok-pokok getah, sejuk je angin sepoi-sepoi bahasa.
Azan dan bacaan quran dari surau pun jelas kedengaran. Takdala confius eh dah azan belum.

Nanti ada masa terluang aku view rumah sewa baru sekarang. Itu kalau rajin, hehe
Ok bye!

Thursday, August 15, 2013

Raya 2013


Selamat Hari Raya!
Raya kan sebulan, maka sebulan la kita wish raya, tak giteww?
Raya kali ni meletopss sangat.
Sebab first time beraya dengan sikecil dan 2nd time beraya dengan suami.
Dah ada anak, kami feeling excited sangat nak beraya.
Semua benda, sikecil yang akan diberi keutamaan. Walaupun excited tapi tetap bersederhana.

Turn raya kali ni kat rumah parents aku.
Petang raya kedua dah berdesup balik Paka, rumah mertua.
Memang rushing, tak puas rasa beraya kat kampung sendiri, semua nak cepat.
Rumah pakcik, makcik aku wajib pergi kalau time raya. Itu sempat la pergi tapi rumah kawan-kawan sekolah langsung tak menyempat. Kesiann aku.

Gambar family potrait sebelah aku langsung takda. Alkisahnya anak abang aku terdelete semua gambar 1st day raya kat dalam kamera abang aku. Takda backup. Memang sedihh, takda moment 1st day raya 2013.
Nak buat camne kan? Tak kan nak marah anak kecil tu. ishh

Raya ke-3 kat rumah mertua aku. Buat makan-makan sikit. Ada bbq ayam dan kambing, steamboat, mee goreng, lontong, spageti. Buat kecil-kecil je, bukan open house pun just panggil saudara terdekat je.
Tugas aku hari tu dukung zara je, hehe
Raya ke-4, ikut mak mertua pergi kenduri kahwin dan beraya rumah atok saudara.
Raya ke-5 beraya ke rumah kawan-kawan suami dan malam tu gerak balik Kuantan.

Walaupun tahun ni beraya dengan sikecil, tapi raya tahun 2013 paling kurang bergambar. Taktau kenapa.
Gambar kami bertiga kalau tak silap 2keping je. Sedihkan?? Itupun gambar 1st raya dan 3rd raya. Yang lain haremmm.
 
1 Syawal



2 Syawal

Ini je gambar family yang ada. Yang lain dah terdelete. sobs~


Baru sampai rumah mertua


Beraya rumah makcik suami

3 Syawal







 
 
 
 
4 Syawal

 
 
5 Syawal 

Nan hado gambar

 
6 Syawal

Aku dan beberapa geng mommy gojes ke rumah terbuka Kina. Kami berpakat jumpa kat rumah Kina je. 
Aku tumpang Hana sebab laki den kerja. Kesian Hana penat2 dari Kelantan-KT then terpaksa pulak pusing2 kat Indera Mahkota cari rumah aku. Ampunn Hana.
Gambar kami..
 

L-R :
Hana, Nana, Kina, Mine, Nadia, Intan
Gojes mommies pantai timur :)

Ok, so far sampai raya ke-6 je aku beraya sebab suami pun dah start kerja. Congok la aku dan Zara kat rumah. Esok parents aku datang Kuantan, yeahh!!. Weekend ni jalan-jalan raya lagi.

Ok bye!

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers