Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya!!


Salam raya!
Pejam celik dah 3 hari kita menyambut Syawal. Sekarang baru berkesempatan nak update blog. Sibuk bebenor dan malas pun ada.

Belum terlambat rasanya aku nak ucap kemaafan pada Syawal ni.
Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Ampun maaf jika penulisan aku sepanjang berblogging membuatkan ada yang terguris.

1st day Syawal kami.



*notakakiaku : sedihhhh..semua gambar (dalam kamera abang aku) 1st day raya aku dengan whole family aku terdelete oleh anak buah(anak abang aku)..takda backup..maka xda family potrait raya 2013..huwaaaa!!

Saturday, August 3, 2013

Balik kampung!!


Punyala sedap tidur semalam, sampaikan sahur hampir terbabas. 5:30am hubs kejut tak bangun sahur ke? adoi! Laki bini tidur manfuss. Kekdahnya laki bini bangun tak basuh muka terus ngap nasi goreng dari kuali 2, 3 sudu. Takda cedok ke pinggan dah, bahaha.

Mood balik kampung dah berkobar-kobar ni. Walaupun takla jauh mana Kuantan-KT, tapi feel balik kampung tetap ada, lagi la kalau bukak lagu raya time drive..fuhh syahdu okeh! silap-silap meleleh air mata hidung bagai. over!

Ooyeahh petang ni dah nak balik KT. Hubs memang sengaja hantar balik awal sebab silap-silap malam raya baru dia sampai rumah parents aku. Kerjanya sometime tak menentu. Tak ke nangis aku. Nak jugak feeling kemas rumah, beriuh rendah dengan adik beradik di malam raya.
Oh ye, tahun ni turn raya rumah aku dulu. Mesti la excited sebab beraya dengan sikecil juga. Nak ajar zara collect duit raya bebanyak nih, hehe
Tapi petang 2nd day raya dah kena balik Paka rumah mertua. Macam kejap la pula 2nd day raya dah blah dari rumah sendiri, tsk. Takpe fair & square, ada mertua mestila kena berlaku adilkan? Baru mertua sayang, kekeke




Nih gambar semalam, katil dah rupa apa. Sikit-sikit aku kemas baju masuk bag. Buat dari pagi semalam kot kekdahnya 12malam baru siap, bahaha.
Excited nak balik kampung tapi nak pack atau unpack baju bajan memang aku slow. Malas wehh, tak suka tapi terpaksa buat jugak, nak harapkan suami nanti ada je barang yang tertinggal. Silap-silap tak bawak balik baju raya. nangiss!



Ok ni semua dah siap packing. Baru anak sorang selambak dah nak bawak balik. Anak 2, 3 tak tahu la camne berlambak-lambaknya nanti, ish. Aku kalau boleh 1 gobok nak bawak balik, ada je baju itu ini nak bawak balik. Eh baju ni penting, baju tu penting sudahnya dah jadi selambak, itula aku. adoi!

Ok, dah siap kemas, nak bantai tidur jap,hehe
Petang ni nak jumpa nana nak pickup kuih raya. Bye!

Friday, August 2, 2013

Ketam telur masin..blurghh!


Salam Jumaat,
Alhamdulillah, 24 Ramadhan masih berkesempatan berpuasa penuh. Hopefully dapat berpuasa penuh seperti tahun lepas.
Kalau time puasa tahun lepas, aku preggy. Tahun ni?? eh think +, hormon peod dah tak betol gamaknya sebab tu peod tak muncul2. hehe
Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya.
Sedih, hiba semua perasaan bercampur baur. Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu lagi Ramadhan tahun-tahun berikutnya, aaminnn

Semalam mertua datang berbuka kat Kuantan.
Kebetulan suami ada beli ketam fresh dari laut, eh ke sungai?? yang banyak amat maka berketam telur masin la kami.
Sudahnya sampai ke sahur makan, pheww perit tekak kami laki bini sepanjang berpuasa semalam gara-gara makan makanan masin time sahur.
Hadap la ketam tu sampai habis, nak simpan esok-esoknya takot tak sedap pula nanti.

Nah!


Pepagi dah upload gambar menu, hadap la ko, hehe..ampunn
Kot2 la nak penghujung Ramadhan ni, korang nak masak special menu macamni.
Sedap!

Kalau sebelum ni makan kat kedai je menu ni, dah la mahal gabak tak puas makan pulak tu. Since dah tahu resepinya senang ya amat maka kami akan buat sendiri je.
No kedai lagi untuk menu ni, jimat!

Ala, bahan-bahan yang diguna mudah je.
Tepung ubi, marjerin, cili api, susu cair, daun kari, bawang putih, minyak dan jangan lupa telur masin. Act resepi ni memang pakai kuning telur masin je, tapi kami taknak bazir maka campur jgk putih telur masin.

Ok, korang patut cuba, serius mudah dan sedap!
Mengantuk dah ni, nak join zara tido, taaa..
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers