Tuesday, April 16, 2013

Perkembangan Hasya Nurzahra




Ibu mana yang tak hepi tengok perkembangan anaknya.
Seronok  apabila anak membesar depan mata sendiri.
24 jam berkepit dengan anak je. Percaya?

Perkembangan Zara untuk 3bulan ++.
Berat : 5.66kg
Panjang : 62cm

Tiga hari lepas Zara dah tunjuk tanda-tanda nak meniarap. Mengiringnya over sangat tapi meniarap xjugak.
Aku dan hubs kemain seronok.
Yela satu improvement untuk anak kami

 Dan semalam tengahari, aku dan Zara je kat rumah. Hubs kerja.
Aku kat dapur dan tetiba Zara menangis.
Berlari aku dapatkan dia, rupanya menangis sebab meniarap.
Tangan tersepit bawah dadanya sendiri. Tergelak aku.
Seronok pun ye sebab Zara dah pandai meniarap pada usia 3bulan 9hari.




Then tetiba hubs mesej tanya anak buat apa.
Bagitau laa Zara dah pandai meniarap sendiri. Hubs pesan pantau anak jangan biarkan Zara meniarap sorang2 risau lemas nanti. Baik boss!!
Risau bebenor laki aku.


Dan hari ini, Ibu dah mula monitor if Zara nak meniarap. Masih baru risau dia xdaya nak angkat kepala sendiri. Gud girl sayang!


Zara pun dah pandai berceloteh. Celoteh seorang bayi, memang xda yang akan faham, lol
Dia juga dah kenal aku dan babahnya.
Kalau tok atau wan dia datang sini, uwaaaa menangis sakan laa dia bila dipegang.
Bila pass kat aku je terus diam, haishh anak ibu.
Jangan manja-manja tau. Ibu nak Zara mesra dengan semua orang espcially keluarga terdekat.
Tapi normal la baby camtu kan? hehe

Monday, April 15, 2013

Gambaran bersalin normal





Bukan nak takutkan bakal-bakal ibu tapi ini realiti yang perlu ditempuh bagi ibu yang bersalin normal.
Sakit memang sakit. Semua kaum ibu akan merasainya cuma mungkin pengalaman bersalin itu yang berbeza.




Bagi bakal ibu aku suggest pergi la kelas antenatal. Tak rugi.
Belajar teknik pernafasan semasa hendak bersalin, teknik teran dsb.
Aku dulu tak berpeluang nak pergi sebab suami sibuk kerja. sob
Padahal kelas tu foc anjuran klinik Al-farabi, Kuantan yang mana tempat aku checkup monthly. Rugi-rugi.

Akibat xda ilmu perihal bersalin, time bersalin aku dimarahi doktor sebab xpandai teran.
Hehe, pengalaman indah lahirkan Hasya Nurzahra.
Nasib baik la anak aku xlemas.

Tengok gambar kat atas, tetiba rasa ngilu, eh!

Thursday, April 11, 2013

Nursing Wear




Alahai sekarang kalau nak outing dah mesti pilih baju. Mula laa pakai baju yang sama setiap kali outing, bahaha kesian. 
Kalau ada yang terserempak buat donno ye, jangan tegur malu i :p

Pilihan baju untuk outing mestilah memenuhi syarat utama iaitu mudah untuk direct feed.
Haa kan dah ada anak, xdanya ko berhias semata-mata untuk diri sendiri.
Anak aku masih refuse botol, so df laa jawabnya. Nasib aku belom bekerja.
Tapi mesti train jugak, kot2 la aku demam atau sakit..tapi mintak jauh dari semua tu.

Dan sekarang aku gigih mencari dan menambah koleksi baju menyusu yang sedia ada.
Segala nursing wear bapak laa mahal.
Kadang2 aku tengok baju cam kanak2 riang, colorful bagai lengan kiri kanan.
It's not my taste la, aku xsuka baju cenggitu, xpadan harga.

Last aku decide beli baju ala kemeja je, macam kat bawah.


aku beli dari blogger wawa * eh xleh nak link sebab online pakai tab.
Kemeja dah selamat sampai.


Dan dress button ini aku beli dari kak Norzi,



tengah tunggu parcel sampai je, xsabar nak pakai!



Haa lepas ni xpayah susah2 nak fikir baju apa. Koleksi dah bertambah.
Harga baju kat atas sangat la berbaloi, berpadanan dengan baju.
Berbaloi bagi orang yang tak kerja macam aku. hehe

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers