Tuesday, March 11, 2014

Berkenan nak pakai wide shawl..

Salam dan hai.

Aku sekarang duk mengushar2 tutorial pemakaian wide shawl. Berkenan pulak tengok wide shawl ni. Sebelum ni aku pakai tudung instant je sebab fikir senang nak sarung. Pastu bawal. Dan sekarang selesa dengan pashmina. Aku selesa pakai pashmina sebab besar dan mampu menutupi bahagian hadapan dan belakang anggota badan. Mudahan2an istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna. Sebab tu aku nak berjinak2 pula dengan wide shawl, wide shawl lagi besarkan saiz shawlnya.


Aku suka sangat tengok pemakaian Dena Bahrin dan Irine Nadia. Walaupun bertutup labuh tapi tetap boleh bergaya. Adore uolls! Sebab diorang la aku mula nak mencuba wideshawl. Baru je lepas order 2 helai via onlineshop, kehkeh.






Sejuk je mata mandang kan. Aku bukan sempurna dalam menjaga aurat. Memang aku bertudung, berpakaian tak seksi tapi ada juga bahagian lain yang aku sendiri terlepas pandang. InsyaAllah akan ku cuba menutup dan menjaga aurat dengan lebih sempurna. Juga menjaga percakapan dan kelakuan dengan lebih baik. Moga terus istiqamah dengan izinNya.


Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosa ku dan suamiku. Aminn.


#prayforMH370..Ya Allah, terasa mati itu semakin hampirr :(

posted from Bloggeroid

9 comments:

Hana Soffelia said...

Hana pun pakai pashima sekarang. Wide shawl tu mcm tak berkeyakinan lg nak pakai. hehee Apa2 pun mereka nampak sgt sopan n cantik.

Norhazrina Abdul Hamid said...

rina pun suka sgt pakai wide shawl n pashmina. lain2 smua dah tersimpan dlm kotak. mmg selesa sgt pakai tdg labuh dari tdg singkat2 tuh. heheeh

Rizziela said...

comel2kan..sy pun x pandai sangat pakai shawl

Allene said...

lin pun tengah usha wide shawl.
tp harga boleh tahan gak... ummm...

Chekgu Azrine said...

Sama2 la kita semua beristiqamah

amal said...

huhu amal x reti dan x yakin nak pakai shawl. takut lambat nak bersiap n takut nanti shaheem tarik2 hehe..

Petak Bunga said...

pakai shawl pasal tak payah iron..tp belum yg labuh lg.

ibuhebat said...

insyaAllah, jom kita sama2 perbaiki diri.. Just nak share blogshop sepupu akak yg jual wide shawl tapi tak wide sgt mcm yg dena n irine ni pakai. tapi memang dpt cover depan n belakang badan (2m x 0.75m) takleh nak letak link kat sini.. cuba cari fb page: mille yellow

eamy milea said...

semoga istiqamah.. :)