Friday, May 31, 2013

Reminder : Mom & Baby Expo, Kuantan




Gigih aku wat entri nak remind pasal Mom&Baby Expo ni kat uolls especially mommies dan mom to be area berdekatan. Excited aku sebab first time nak pergi expo besaran camni. Selalu kat area KL mana la menyempat nak pergi. Laki aku pun tak kuasa nak melayan kalau jauh baby expo tu. Bazir duit minyak dan masa pula, ish.

Dan pada minggu expo ni dah bagitau kat asben tak nak balik kampung dan kemana-mana. Sanggup uolls!

Meh ramai2 serbu!
Kot-kot la terjumpa mommies kat expo tu nanti.
Nak set date dan time pun boleh, InsyaAllah kalau xdak aral.
Yang cam muka aku, jangan malu-malu nak tegur ye.
Maklum la aku bukan blogger yang famous amous, hehe




Next week ye!
Meh pakat terjah!

Wednesday, May 29, 2013

Alahai Zara..







Geram dengan budak kecil ni. Menangis nak tidur bukan main terpekik terlolong. Apalagi ibu pun buaikan la, aleh2 tidur setengah jam je. Tsk
Penat ibu tau, zikir kemain berlagu tapi awak tidur sekejap je.
Camtu la Zara hari2 kalau waktu siang, paling lama tidur pun 1 jam. sobs
Memang haruu ibu nak buat kerja dan masak, terkejar sana sini.
Sekarang dah makin banyak akal, nak ajak bermain je dia.
Kalau ditinggal mula la terjerit2.

Camne eh nak train anak tido lama waktu siang?



Eh Zara gigit jari kaki!
Alamak! hehe
Orang tua cakap kalau dah pandai gigit kaki maknanya nak dapat adik kan?
Zara dah nak jadi kak long?
Cepat sangat la sayang, tunggu Zara 2,3tahun baru ibu kasi adik ye, hehe
Ibu dan abah pun belum bersedia lagi nak tambah orang baru.
Tapi kalau dah rezeki Allah nak kasi kami terima.
Anak itu amanah Allah, insyaAllah kami akan jaga sebaik mungkin. Ameenn.

Tuesday, May 28, 2013

Jangan dihalang hobi suami...




Sebelum kahwin lagi suami dah pesan awal-awal jangan halang hobi dia. Kalau tak suka hobi dia sila cari lelaki lain. bahaha boleh cenggitu?
Hobi suami aku ialah mancing. Mancing ikan ye bukan mancing awek.
Hobi suami ni dah tahap kritikal, kalau tak buat dalam tempoh yang lama memang gian gila.
Aku pun support jela, pernah juga time preggy ikut g mancing, mula-mula memang bosan tapi bila je dapat ikan seronok yang amat.
Yang seronok boleh naik bot tengok-tengok sungai. So far aku tak pernah ikut suami pergi kelaut, bimbang mabuk laut katanya.


Time ni 5bulan preggy. semangat ikut suami.

Orang-orang tua cakap kalau suami suka mancing ketika isteri mengandung akan ada cacat cela pada anak yang dikandung. Wallahualam.
Alhamdulillah Zara xda cacat celanya. Itu semua kerja Tuhan. Mak pak pada baby tu harus sentiasa berdoa.
Mintak dijauhkan dari benda yang tak elok.
Tapi Zara punya mata hitam sangat besar, mak ayah aku cakap dah kenan mata ikan nih.
Tapi xpe ibu abah tetap sayang, hehe

Dan semalam suami ke laut lagi bersama ayah mertua dan adik ipar. 
Setelah hampir 7bulan tak ke laut.
Gian suami oi! 

Yang seronok hasil tangkapan semalam ikan besar-besar.
Ikan merah dan ikan kerapu.
Lauk free la kami minggu ni, untuk suami suka mancing.




Makan kari kepala ikan merah hari ni, yummeh!




Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers