Wednesday, April 10, 2013

Perkara yang berubah apabila menjadi IBU




Secara tidak langsung banyak benda yang akan berubah apabila menjadi seorang IBU.
Ini antara yang aku sendiri alami.
Mungkin sama dengan ibu-ibu di luar sana.
Lain anak lain pengalamannya. ye dak?

Apabila menjadi seorang IBU......

  • Mendapat kekuatan dalaman tanpa kita sedari.
  • Akan kembali rindu saat 9 bulan kehamilan.
  • Akan lebih menghormati dan mengasihi ibu bapa kita.
  • Jika anak sakit, kita sendiri yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding anak.
  • Perasaan lebih mudah tersentuh apabila melihat bayi dibuang, didera dan sebagai.
  • Tidak lagi jijik dengan najis bayi.
  • Akan lebih menghargai diri kita sebagai seorang IBU.
  • Pembahagian masa menjadi lebih sistematik apabila adanya anak.
  • Tidak lagi memerlukan jam untuk bangun pagi, tangisan bayi bertindak sebagai 'alarm'.

Zara sedang tidur. Aku ambil peluang update blog.
Dah berhari kot tak up entri, huuu
Sekarang blog terpaksa tolak tepi, family first..hehe
 

Friday, April 5, 2013

Pantang Larang ketika Berpantang




Banyak pantang larang bagi ibu yang dalam berpantang. Cuma nak atau taknak buat je pantang larang tu.
Tapi seeloknya buat sebab berpantang selepas bersalin sangat laa besar kesannya kalau tak diikut.
Boleh bentan, tertetas kesan jahit, gila meroyan dan bagai.



1. Ibu jari kaki tidak boleh terantuk
 Elakkan ibu jari dari terantuk kerana boleh menyebabkan seseorang ibu itu pitam atau bentan jika dia seorang yang lemah. Bahagian luka jahit bagi yang beranak normal juga kebarangkalian boleh terbuka semula. Macam aku complete pakai stokin dan selipar, hehe

2. Dilarang tidur tak berbantal
Ibu-ibu mungkin akan mengalami sakit kepala, darah kotor sukar untuk keluar dan angin mudah naik ke kepala yang mana boleh menyebabkan angin meroyan bagi ibu yang masih lemah.

3. Memakai stokin
Untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin. Penting untuk kesihatan, jika tidak pakai dikhuatiri boleh mengganggu kesihatan ketika berpantang.

4. Jangan duduk mencangkung
Dilarang sama sekali kerana akan menyebabkan rahim/peranakan yang masih lemah boleh terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.

5. Mandi duduk dibangku
Seeloknya duduk dibangku. Kerana ibu selepas bersalin mempunyai badan yang sangat lemah.

6. Jangan terlalu aktif
Ibu selepas bersalin hendaklah berehat dan duduk diam di tempat tidur selama tempoh seminggu, ianya elok untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa melahirkan. Berjalan biar la perlahan-lahan langkahnya untuk menjaga luka bersalin agar cepat sembuh.

7. Rapatkan kaki ketika tidur
Boleh membantu peranakan sembuh dengan cepat. Aku acap kali tidur terkangkang, tidur mati punya pasal, mak aku yang banyak tolong betulkan kaki ketika tidur, hehe

8. Jangan tidur di waktu matahari naik
Tidak dibenarkan tidur ketika waktu ini kerana boleh menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.
Kadang-kadang aku terlajak tidur juga, hehe

9. Jangan tidur waktu senja
Dilarang tidur di waktu senja kerana dimasa ini syaitan banyak berkeliaran dan mungkin ibu mudah diganggu dan boleh menyebabkan gila/meroyan

10. Jangan membaca dan menjahit
Fizikal yang lemahboleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua. Tapi zaman sekarang dalam  berpantang pun boleh duk mengadap laptop/tab, termasuk aku, hehe

Thursday, April 4, 2013

Yang penting bagi aku ketika berpantang..




Rindu pula saat berpantang hampir 3 bulan lepas.Kalau nak berpantang lagi wajib lah mengandung dan beranak lagi.
Masih baru kot, tunggu Zara 2tahun baru leh dapat adik baru, ehh? Ok, melalut.


Aku berpantang ikut cara mak aku, drpd mak menurun kat anak2nya.
Lain orang, lain negeri memang lain pantang dan caranya.


1. Mandi air daun serum - Dari 1st day berpantang sampai hari ke-7 aku mandi pagi dan petang air rebusan ni. Mak aku  yang rebuskan air ni. Air rebusan daun sireh, daun jambu, serai wangi dll. Best! memang wangi dan terasa segar! Ada orang xbuat kot.

2. Bertungku - wajib! Kalau tak mak aku bising. Bertungku mesti 1 badan. Memang terasa malas tapi bila selalu duk buat rasa seronok. Yang seronoknya rasa sakit pinggang boleh hilang kesan bertungku. Kesan dari menyusu baby yg agak lama. Dan lagi, bertungku membantu kecutkan peranakan.

3. Berbengkung - Ini pun wajib! jangan malas nanti perut menggeleber dan boncit. Aku pakai bengkung moden, memang leceh nak pakai dengan 2 tali panjang tu, tapi aku amek alternatif dengan pakai 1 tali je. cepat dan mudah! Sebelum berbengkung, tang perut aku sapu minyak herbanika dan krim herbanika barut Nona Roguy. Best sangat!

4. Berurut - wajib! selepas bersalin. Yang ni upah mak bidan. start hari ke-5 hingga ke-7. Tiga hari berturut. Time berurut ni la boleh tahu peranakan kita jenis apa. Ada 3 jenis kalau xsilap jenis batu, tudung periuk dan kain buruk. Yang paling elok jenis batu. Dan aku jenis batu, hehe

5. Makan suppliment/ubat - yang ni pun penting bagi aku. Ubat-ubatan membantu baiki sistem dalam tubuh kita selepas bersalin. Tak kisah ubat tradisional atau moden. Macam mak aku dia suka rebusan akar kayu. Tapi budak sekarang mana nak minum, termasuk aku, hehe. Aku just amek Shaklee. Beli yang set trial untuk berpantang memang ngam tuk 44hari. Kalau nak beli pakai botol2 tu mahal.

6. Makan berpantang -  Dua minggu pertama memang aku berpantang makan. Hanya makan nasi beserta ikan panggang. Time ni pemanggang ajaib sangat laa berguna. Thanks hubby sebab belikan! Nasi dan ikan mesti mau panas2 kalau dah sejuk tak lalu nak makan. Selepas dua minggu baru la aku makan lauk pauk sikit2. Biskut dan roti makanan asas ketika berpantang. Pagi, petang, malam aku bantai biskut dan roti je so stok memang continue je.

7. Memakai stokin - 44hari berpantang memang aku tak tinggal stokin. Bukak pun time nak mandi atau sapu minyak panas. Penting bagi aku sebab xnak bagi angin masuk badan dan nak elak dari sejuk.


Haa..yang kat atas memang aku tak tinggal ketika pantang. Wajib bagi aku. Nasihat aku berpantang laa betul2, hanya 44hari je. So bertahan lah. Aku pun ikut nasihat orang-orang tua. Badan kita nak pakai lama bukan nak pakai kejap, bak kata makcik aku.
Yeahh sampai ke hari ini, 87 hari aku masih bertahan tak minum ais, makan aiskrim dan makanan2 sejuk.
cukup 100hari dah boleh makan kang?? hehe
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers