Wednesday, September 10, 2014

Zara masuk wayang

Salam dan hai.

Minggu lepas hari rabu, after jumpa pakar kanak-kanak kat Kuantan Specialist Hospital (KSH) kami anak-beranak pergi tengok movie. Jumpa pakar kat KSH sebab masalah Zara. Minggu sebelumnya, dia jatuh kerusi, muntah-muntah dan demam on-off 3 hari berturut (aku belum stori). Alhamdulillah, Zara sihat dan takda apa-apa masalah yang bikin ibu abah risau. Syukurr. 

Hari tu suami ambil cuti untuk half day je. Tengahari suami nak masuk kerja. Tapi kat KSH kemain ramai mak2 pak2 yang tunggu turn nak jumpa pakar kanak-kanak. Kebetulan haritu ramai kot. Maka lambat la kami sudah, hampir jam 2 petang gitu. Suami cakap, malas laa nak masuk kerja. Pulakk!

Dah alang-alang hari rabu, suami dengan selamba ajak pergi tengok movie kat ECM. Kemain kann. Tiket hari rabu kang murah?? hehe. Maka kami heret la Zara jugak, kalau tak nak tinggal mana?? 

 Eh outfit lain? Tukar sebelum tengok movie, asben ckp takut sejukk. Kebetulan memang bawak outfit ni, seluar panjang dan baju kemeja. Macam tahu-tahu nak masuk wayang :p

Nak cari cerita kartun tapi suami cakap takde, kebetulan cerita Ribbit belum tayang time tu. Maka suami beli tiket untuk movie Teenage Mutant Ninja (betul kot tajuknya).

Kami beli dua tiket, cari seat yang jauh dan takde ramai orang. Seat tengah nak ke screen, maka dapat la Zara duk seat sendiri. Saje cari seat camtu sebab senang nak keluar lari kalau Zara teriak atau wat peel. Aku last tengok movie time preggy. After ada anak ini 1st time. Kemain Zara kecik-kecik dah tengok movie.

Risau jugak kalau Zara wat peel. Tapi..tapi.. luar jangkaan kami. Zara behave sangat. Statik kat seat dia hampir 2jam. wow!! Sebelum ni Zara mana layan kartun/cerita lain lama-lama. Paling lama pun 15minit. Kasi popcorn, tak henti-henti dia mintak sampai habis movie, haha. Abah cakap next time boleh la masuk wayang lagi. Habis laa.




Ni gambar time nak habis movie dah. Kemain popcorn sampai bersepah dia makan. Sori, banyak pulak gambar vibrate, muahehehe

Ok, tata!!

11 comments:

nurul husna said...

zara dah besar dah boleh ikut tgk wayang..irfan lak baru setahun..kang org tak tgk wayang, duk tgk dia wat wayang...bising je nanti..hehe

Mila Hilas said...

anak awk umo bpe ni? sy teringin jgk nk bwk ank pegi tgk wyg tp risaunya tkt dia buat bising dlm tu.hehe. ank sy umo 17bulan..

Nurzakiah Hanum said...

wah bestnya leh bawak tgk wyg

Ryn said...

Hi zara..da besa la die..leh bwk delisha gak ni..hihi

mommy.aisy.hana said...

Hebat zara.. nti kita playdate dlm wayang ajak gang ye..

Hana Soffelia said...

kemain zara. Naurah pun tak tgk wayang lagi ni. hahaa

Zila Zainal said...

muntah2 ke? risaunya dengar.. nasib baik gi jumpa doktor cepat2

~Lieza~ said...

Baiknyer zara...liza xyakin lg nk bwk Sofiyya tgk wayang...takut Sofiyya wat wayang plak dlm tue nnt...hahaha

- AZIE - said...

baiklah zara duk diam ja dlm wayang..ishhh kalo anak daraku blm tentu lg hehehe

Iryns Ahmad said...

zara bp tahun?bestnya zara masuk wayang ea...yg penting zara xbt wyg kan hehe..elok je xde plak dia mengamuk ek..

Fifi Nadhrah said...

wah.. zara dah pergi tengok wayang.. mesti die seronok..