Wednesday, April 30, 2014

Blog Terabai :(

Salam dan hai.

Yuhuu kembali bersiaran. Ampunn blog ni dah terabai. Sibuk handle blog yang lagi satu. Haila susah bebenor kalau ada banyak blog. Dua je pun. sobs2! Camne la nak kasi blog ni kembali ceria?? Kadang2 ku kekeringan idea nak hapdet. Padahal banyak je stori. Sedihh.

Takpe, walaupun blog suram tapi Nuffnang tetap masuk, teheee. Suka!! Alhamdulillah. Rezeki aku kumpul duit nak beli oven. Wahahah tak habis2 kisah oven. Tunggu ye. Aku belum cashout lagi. Gigih mengumpul lagi. Nak oven!! nak oven!!


Hanya short entri. Thanks Nuffnang!!

Thursday, April 17, 2014

Clearance Stok : Wide Shawl RM12 only!!

Salam dan hai.

Ada yang berminat memakai wide shawl? Aku nak clearkan stok wideshawl yang ada. Hanya RM12 sahaja.






Berminat?
Boleh email : damielhola@gmail.com atau boleh add facebook aku : Damiel Hola

Amek banyak insyaAllah aku kasi special harga :-)

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 16, 2014

Progress anakku, Hasya Nurzahra

Salam dan hai,

Mari kita mengedate blog. Haishh berjaman nak up satu entri. Mood kelaut wess. Tapi ku sayang nak biarkan blog ni bersawang lelama. Maka paksa juga update. Mari bercerita pasal anakku, Hasya Nurzahra. Dah lama kot aku tak bercerita kat sini, banyaknya kat fb dan ig je. Nak baca silakan, takmo baca sila blahh. kekeke. ampunn.

Hasya Nurzahra, 1y3m. Dah jadi big girl anak dara tu tapi dia still kecik. Tapi bagi aku takla halus kecik sangat, dah sesuai dengan usia perkembangannya. Doktor pun cakap ok, ada pulak yang nak kondem anak aku. haishh marah niii!!. Selalu yang tegur anak aku halus sebab anak dia besar. Ada aku kesah? Aku dah bersyukur sangat anak aku sihat walafiat dan progress pun ok. Halus kecik maybe genetik (sedapkan hati) sebab aku dan suami pun halus kecik, teheheheee. 

Ok dah merapu meraban, meh layan gambar big girl ni.






cubaan mengambil air sendiri

Makan dah nak sendiri..tak kasi, meraunggg. orang kecik volume Ning Baizura

Biarkan anakku tak nampak gagah perkasa, tak debab macam ayam drumstick. Tak ketak2 badannya. Aku bersyukur. Atleast tak la semput nak berdukung. hehehe
 
Almost 1y3m Zara dah boleh jalan. Takdela lambat kan? Dan tak cepat juga, hehe. Mulut je cepat budak ni. Masa nak usia setahun ritu dah pandai bising2. Sekarang pun dah boleh tiru ibu dan abah dia sebut a few word. Alhamdulillah....Alhamdulillah.

Kalau nak air, Zara dah boleh sebut jelas nak air! Kalau nak something yang lain, dia sebut nak sambil tunjuk. Kalau taknak, dia sebut nanak sambil geleng kepala. Dah kenal a few anggota badan. Dah banyak akal nak tiru buat itu ini. Eh banyak la lagi. Aku describe satu2 kang ada pulak yang cakap nak bangga dengan anak sendiri. Aku bersyukur dengan perkembangan Zara. Siapa lagi nak banggakan anak kalau bukan mak pak sendiri, ye dak?? teheeee.

Ok, tata!


Wednesday, April 9, 2014

Wide Shawl and Satin Silk Square Scarves

Salam dan hai.
 
Ada yang berminat pada wideshawl kat bawah tak?

Harga : RM14
Material : cotton viscose
Saiz : 1.8mx1m

Berminat? Boleh pm di..
 
Fb : Damiel Hola atau Email : damielhola@gmail.com



Friday, April 4, 2014

Rindu dan Zara.

Salam dan hai.

Alhamdulillah. BE Nuffnang tak putus2 singgah kat akaun Nuff aku. Tapi..tapi..apesal mood blogging aku dah kurengg ni. Please..please!! Nak up entri setiap hari, setiap waktu..tapi kekangan waktu..masyaAllah.


Ok cerita selingan. Anak dara aku Hasya Nurzahra dah boleh jalan. Alhamdulillah mula bertatih dan berjalan kala usianya hampir 1tahun 3bulan. Tak cepat dan tak lambat bagi aku. Syukur Ya Allah.


Nak kongsi pic Zara, dah lama aku tak kongsi kat blog kan? Nanti lah aku kongsikan ye..entah bila la nanti tu, huhahuha ^_^

Rindu nak blogging macam dulu!!

Ok, tata!

posted from Bloggeroid