Monday, March 31, 2014

Photobook murah. RM5 untuk 16pages.

**sticky post

Salam dan hai.

Ehehh pixajoy tawarkan photobook murah. Hanya RM5 untuk 16pages. Berbaloikan. Valid sampai 31 Mac 2014 je tau. Cepat-cepat sebelum ketinggalan. Kan korang suka taruk muka anak banyak-banyak. Memang patut buat ni. Dah la RM5 jee.

Boleh klik SINI untuk dapatkan photobook RM5. Dan boleh guna referrer code ini : FLNU3N2P



p/s : tak ada masa nak buat? Nak tempah buat dengan aku pun boleh. Kalau betul2 nak boleh email, damielhola@gmail.com

Thursday, March 27, 2014

Wide shawl..RM14 only!

Salam dan hai.

Jemput jamu mata ye. Wide Shawl printed. Corak dua pattern je. Harga RM14 sahaja. Material cotton viscose. Kain sedap dipakai, tak panas dan yang penting tak perlu di gosok.






Berminat? Boleh email : damielhola@gmail.com

posted from Bloggeroid

Monday, March 24, 2014

Wide shawl available..

Salam dan hai.

Stok wide shawl dah sampai. Available now! Kain sedap dipakai, selesa, lembut, tak panas..yang best tak perlu di gosok. Aku jual murah2 je. Setiap shawl RM14. Material cotton viscose. Saiz shawl 1.8mx0.9m.






Berminat?? Boleh email aku ye : damielhola@gmail.com

posted from Bloggeroid

Friday, March 21, 2014

BE baru..Alhamdulillah

Salam dan hai.

Ok, senyum lebarr..bukak acount Nuff pagi ni ada BE baru menempek. Suka2!! Selamat datang wahai BE, datang la lagi..datang laa lagi wahai BE baru..boleh gituu?? Haha..ku kumpul duit nak beli oven ni, yeahh dah tak sabar. Semangat ni! Maka terus berkobar2 la ngedate blog..hopefully!




Alhamdulillah..Alhamdulillah!!

Tu je nak update, asalkan blog ku berupdate kenn..sori uolls kadang2 entri merapu raban entah apa2, huuu -___-

**tips nak dapat BE -- rajin update blog dan survey, rajin blogwalking..tu jee. Ok, tata!!

posted from Bloggeroid

Thursday, March 20, 2014

Wide Shawl murah..

Salam dan hai.

Berminat nak cuba wide shawl? Aku sendiri dah cuba. Best sangat pakai. First, best sebab bila pakai boleh cover labuh depan dan belakang. Lagi, wide shawl ni jenis cotton viscose so xpayah susah2 nak iron. Gituu.


Ni contoh penggayaan aku sendiri.



Ok, by next week stok wide shawl akan sampai kat aku. Aku order tak banyak untuk permulaan ni. Nak test market dulu. Kalau ok, stok lain akan menyusul. Aku jual apa yang aku rasa best di pakai. So aku kongsi2 kan laa, hehe. Jual murah2 je. Sehelai RM14 exc postage.


Ok, ni antara corak wide shawl yang akan sampai kat aku. Korang boleh tengok2 dulu. Berminat?? Nak book terus pun bolehh.






credit : semua gambar dari Instagram


Next week stok sampai aku update lagi ye. Oh ye size wide shawl ni 1.8mx0.9m. Harga hanya RM14 exclude postage.


Ok, stay tuned ^_^

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 12, 2014

Ada yang berminat tak?

Salam dan hai.

Nak tengok ada yang berminat tak pada soka candysock ni? Kalau ramai yang berminat boleh ambil stok. Apa kata survey?




Tak tebal, tak nipis, tak jarang..InsyaAllah aurat kaki kita terjaga.

Aku nak jual murah-murah je, macam harga kat pasaran jugak ^_^

Ok, stay tune..

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 11, 2014

Berkenan nak pakai wide shawl..

Salam dan hai.

Aku sekarang duk mengushar2 tutorial pemakaian wide shawl. Berkenan pulak tengok wide shawl ni. Sebelum ni aku pakai tudung instant je sebab fikir senang nak sarung. Pastu bawal. Dan sekarang selesa dengan pashmina. Aku selesa pakai pashmina sebab besar dan mampu menutupi bahagian hadapan dan belakang anggota badan. Mudahan2an istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna. Sebab tu aku nak berjinak2 pula dengan wide shawl, wide shawl lagi besarkan saiz shawlnya.


Aku suka sangat tengok pemakaian Dena Bahrin dan Irine Nadia. Walaupun bertutup labuh tapi tetap boleh bergaya. Adore uolls! Sebab diorang la aku mula nak mencuba wideshawl. Baru je lepas order 2 helai via onlineshop, kehkeh.






Sejuk je mata mandang kan. Aku bukan sempurna dalam menjaga aurat. Memang aku bertudung, berpakaian tak seksi tapi ada juga bahagian lain yang aku sendiri terlepas pandang. InsyaAllah akan ku cuba menutup dan menjaga aurat dengan lebih sempurna. Juga menjaga percakapan dan kelakuan dengan lebih baik. Moga terus istiqamah dengan izinNya.


Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosa ku dan suamiku. Aminn.


#prayforMH370..Ya Allah, terasa mati itu semakin hampirr :(

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 5, 2014

Pokok dalam perut..

Salam dan hai.




Faham tak gambar kat atas?? Hehe. Time kecik-kecik dulu selalu kena tipu dek abang dan kakak. Kalau makan bijik tembikai atau biji buah apa2 la nanti pokok tumbuh dalam perut. Dorang cakap haa tula ketumbuhan dalam badan. Haha. Mati2 kena tipu.


Bila dah besar baru tahu. Makan biji xdanya tumbuh pokok dalam perut. Biji tu kompem2 keluar time membuang. Haishh. Haa boleh la buat main2 kat anak nanti, hehe


Ok, entri entah apa2. Tata!

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 4, 2014

Hadiah 1st besday Zara

Salam dan hai.

Besday dah 2bulan berlalu. Kamu baru dapat hadiah, kesian kamu nakk. Zara dapat kereta, yeahh! Hebak mu nak. Kecik-kecik dah ada Audi. Untunglaa. Audi control je pun, kekeke. Abah Zara la ni nak sangat belikan untuk Zara, hadiah 1st birthday katanya. Aku tak berkenan, entah rasa cam bazir duit je dahler mahal, Lol. Tapi xpelah duit abah, hehe.










Memang lawa kereta ni, rege pun lawa, huahua. Tapi malangnya Zara takut nak main kereta tu. Tu gambar atas letak dia masa kereta tak gerak, bila suami aku gerakkan kereta tu meraung2 dia. Kesian. Langsung Zara tak hiraukan kereta tu. Takpe tunggu besar sikit mungkin Zara tak takut dah nak main. Kereta tu maximun weight until 30kg+. Haa tak der la rasa rugi sangat belinya sebab boleh main lama, sampai ke umur 4-5 tahun. Gituu. Beli kat Kuantan je haa. Harga RM390. Kalau beli online pun harga pun lebih kurang sama. Duit postage lagi. Haa berbaloi la kan.


Ok, tata!

posted from Bloggeroid