Thursday, February 27, 2014

Baby Bullet vs Magic Bullet

Salam dan hai.



Dulu masa Zara start solid food, berangan nak Baby Bullet. Comel kang, mahu mak2 ibu2 tak tergoda. Mintak juga hubby belikan, tapi dia tak melayan. Buat donno je. Kesian kat ibu zara kan? Suami cakap, fikir itu kehendak atau keperluan? Iyer banyak pada kehendak, napsu semata, hoho. Tengok orang beli itu ini, kita pun macam nak jugak, normal kan??


Boleh je takda Baby Bullet pun, pakai blend biasa pun bolehh. Sebab harga baby bullet mahal la jugak bagi aku. At last suami belikan Magic Bullet je. Sebagai ganti Baby Bullet. Boleh la dari tak dapat langsung.




Tu diaa..murah pun murah. Below rm100 je. Rm90 atau rm99 tak silap aku. Beli kat Cowboy, Kuantan. Suka sebab banyak bekas, boleh asingkan bekas untuk blend bawang, makanan Zara dll. Magic Bullet ni jugak aku pakai buat kek. Kekeke.


Review tentang penggunaan :
- mudah nak handle
- mudah nak guna pakai sebab bekas banyak
- mudah nak basuh
- bunyi? macam blender lain jugak
- jimat ruang


Eh tu je kot :p. Ok, tata!



Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Saturday, February 22, 2014

BE yang tak disangka..

Salam dan hai.

Alhamdulillah menjadi jugak tips yang aku buat. Rajin update entri, survey dan hantar question pada pihak Nuffnang. Tiga BE baru dah bertapak. Hopefully lama la BE ni bertapa. Boleh kumpul amount bebanyak. Mak nak beli oven nokks. Kehkeh. Tak sabar ni nak cashout. Dah cakap kat hubby nak beli jugak oven hasil duit blogging. Gituu..




Tu diaa..Nuffy ni memang pemurah. Puji bodek ni, kahkah. So aku memang selalu kena up entri la gini. Baru la Nuffy tak lokek. See, kan berhasil tips aku tu. Yang tak pernah cuba, boleh cuba buat ye. InsyaAllah dapat la BE tu nanti, hehe


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Thursday, February 20, 2014

Chiffon Blouse ala Haley Blouse Poplook

Salam dan hai.

Korang kalau tengok blouse ni confirm terpikat. Ala-ala Haley blouse Poplook gituu.


Fishtail Chiffon Button Shirt 
RM 60.00 include pos semenanjung, SS add RM 3 
Weight: 0.25kg
Measurement:
Length: 73-83cm Bust: 92cm Shoulder: 35cm Sleeve: 61cm Hem: 130cm Armhole: 42cm Sleevehole: 20cm
Material : Chiffon With Full Silk Inner Lining




code : 01



code : 02



code : 03



code : 04



code : 05



code :06


Berminat nak order? Boleh email aku ye : damielhola@gmail.com

posted from Bloggeroid

BE Nuffnang 2014

Salam dan hai.

I is jeles tau, rata2 kawan blogger i update pasal BE Nuffnang. 1st BE 2014 la, 2nd BE 2014 la dan bla..bla..bla. Cek akaun Nuff i tapi nan hado. Takpe i sabor. Eh pesal i u pulak ni? Buang tebiat sungguh.


Maka berkat kesabaran aku, malam tadi cek la akaun Nuffnang dapat seketul BE hari ni. 1st BE 2014 tau. Dah macam dapat seketul emas. Agagaga. Alhamdulillah ada la jugak kan. Encik Nuffy dah macam kedek nak bagi BE. Why? Tell me! Ecehh.



Mekasih Nuffy!! (nama manja tuu)


Tips aku sebelum nak dapat BE baru ni. Aku email Nuff tanya bila saya boleh dapat BE baru? Agagaga..cam desperated sangat dah, haha. AAK! Saje gatal tangan email nak tengok respon pihak Nuffnang. Encik Nuffy baik tau, laju je dia reply my question, hehe. Tips lain rajin-rajin la update survey dan up entri baru.


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 19, 2014

Ebook Eklusif (Penyusuan dan Slimming)

Salam dan hai.

Bersiaran kembali. Kemain lamakan nak publish satu entri. Mak bizi nokss. Memang bizi, anak daraku demam so blog memang aku tak usik. Malas pun satu hal, kekeke.

Eh nak cakap pasal Ebook Eklusif. Istimewa untuk pelanggan i tersayang. Ebook slimming dan penyusuan berjaya. Lain-lain Ebook bakal menyusul. In the making giteww.


Macam comel...macam cantik je kann. Mana-mana pelanggan yang membeli set slimming, set penyusuan atau salah satu antara produk set ini layak untuk mendapat Ebook ini. Eklusif tau!

Aku jual Shaklee laa. Kan ada pulak tanya aku jual apa tetiba dapat Ebook ni. haishh. Dun wory, aku jual pada harga ahli je. Dapat tolong customer itu la yang aku suka. Lagi2 kalau after pakai produk then customer bagi feedback/testimoni positif. Suka woo..So far Alhamdulillah aku xda masalah dengan customer sendiri.

Pada yang berminat nak membeli, bertanyakan pasal produk dengan aku boleh contact ye, Mila | 019.9879159 (sms/wassup). Boleh juga rujuk blog aku. H's Family Corner

p/s : Kalau rajin LIKE page aku ye. H's Family Corner .Mekasihh uolls!

Bantu anak kecil ini..Sofwatul Amani

Salam pembuka bicara.



Ya Allah..luluh hati aku melihat anak kecil ini. Tak tergambar penderitaan yang terpaksa anak kecil ini lalui. Aku turut bersimpati. Moga ibu bapa anak kecil ini tabah hadapi dugaan hebat ini.


Aku berkongsi dari apa yang dikongsi oleh Inakakisukaberjalan. Moga kita semua dapat ringankan beban keluarga si kecil ini.


Doa ku, semoga Sofwatul Amani sihat sembuh hendakNya. Lindungi anak kecil ini Ya Allah..aminnn.

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 12, 2014

Kalendar gojes 2014

Salam dan hai.



Cun tak?? Kalendar 2014 group gojes. Kemain kann. Dah bulan dua tapi baru gedik nak share. Baru dapat hari ni wess kes lambat bayor, kahkah. Ampunn leenda. Dapat tadi terus ku tampal kat esbok, sebab nampak cun terletak tempek kat situ. Balik suami ku karang mesti bising. Tak habis2 group gojes dia, haha.


Act tak penting pun, ada kalendar biasa pun ok. Tapi sebab kan group gojes daku nak jugak. Nak buat kenangan uolls. Comel kemain. Dan tambah pulak sebab murah rm4 je. Postage pulak lagi mahal dari kalendar ni, bahaha


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 11, 2014

Blog update : Tak tahu nak letak tajuk apa?

Salam dan hai.

Sedihhh. Seperti terabai je blog ni. Dah tak update sangat dah. Gini la kalau ada dua blog. Susahnya mau handle. ohh stress!! Uolls tengok title entri ni, aku pun tak dang nak fikir tajuk apa, bahaha

Oh ye, ni another my blog. H's Family Corner. Jemput singgah ye :)

Banyak benda nak share, nak story..tapi tangan tak menyempat nak handle. Si kecil tak bagi peluang nak hadap laptop. Kalau pegang tab lelama pun dia jeles. Dah pandai nak jeles dan merajuk dak kecik tu. At last ibu malas nak update memacam.

Zara tidur siang tak lama. Paling lama pun almost 1hour. Tragis kan?? Nangis mak. Nak masak pun  huru hara. Tapi masak jugak, aku takde la malas. Suami tak suka aku complain atau merungut pasal anak. Dia selalu cakap mak aku anak 9 orang dulu-dulu boleh je handle. Aku sentap! Tak boleh nak cakap apa. Ada betol cakap suami. Dah ada anak ni so pepandai la survive sendiri. Ok, sekarang dah lali dengan rutin gini. Rasa macam supermak sangatt even aku tak kerja.

Memang aku masak hari-hari. Aku dah cakap awal-awal kat suami. Lauk tak sedap or masak tak jadi jangan nak complain sangat. Time masak anak bergayut kat kaki nak masak pun xda feel kan. Last2 main campak itu ini je masak. Ada la rasa bukan tak sedap langsung. Lol. Kalau masak sedap pun suami bukan jenis memuji. Pernah dia cakap pun, ok dah jadi ni. Itu je. Pasrah suami tak romantik, kekeke.

Ok, stop sini la dulu. Si kecik dah goyang2 badan dalam buai tu. Itu tanda dia nak bangun la tuu. See uolls again!! Tata!

Dan, mintak jugak like fb page aku ye. SINI. Thanks korang!!

Thursday, February 6, 2014

Dah jatuh cinta..

Salam dan hai.

Aku dah jatuh cinta. oppss! Idok lerr. Act, jatuh cinta kat bisnes Shaklee. Dah seronok sangat buat bisnes ni. Dulu serius aku tak layan pun. Entah kenapa terbuka hati nak join jadi ahli dan terus bergiat aktif. Semangat kata orang. Doa ku supaya boleh pergi jauh bersama Shaklee. Aminnn..

Kenapa aku pilih Shaklee dan tidak bisnes lain??

Act, Bisnes lain pun aku minat. Pendek cerita memang aku suka berniaga online. Mungkin rezeki aku untuk bersama Shaklee. Aku memiilih Shaklee kerana bisnesnya mudah dan tidak membebankan. Bagaimana??
 

1) Keahlian hanya RM75 untuk seumur hidup. (Ala RM75 pejam mata pun bolehkan??)
2) Tak perlu modal (ambil order dari customer - customer wat payment - kita order pada Shaklee pakai payment duit customer, senang!)
3) Tak perlu simpan stok (Shaklee akan pos direct kepada customer, alaa macam dropship - tup2 barang dah sampai pada customer)
4) Boleh membeli pada harga ahli, pengurangan sehingga 25%
5) Mendapat BONUS bulanan. (bonus bulanan dapat pertengahan bulan so dapat la backup gaji suami yang sedia ada, hehe)

 


 *****************************************************************
 

Status post pada FB aku. Semalam aku post untuk berkongsi kegembiraan yang aku sendiri rasai. Berkat bimbingan leader-leader group Shaklee. Harta dunia yang dikejar takkan kemana kalau tanpa Dia. Percaya rezeki hak milik Dia. Kita usaha dan minta lebih dari Dia, insyaAllah Dia akan bagi.




Surirumah, pelajar, penganggur dialu-alukan untuk bersama team kami..yang bekerja pun boleh asalkan ada kerajinan, usaha dan semangat. InsyaAllah bolehh..

Ada yang berminat ke? Kalau berminat boleh email aku ye : damielhola@gmail.com

Saturday, February 1, 2014

Terapi diri dengan memasak..

Salam dan hai.

Aku kalau serabut kepala, serabut perut mesti akan masak. Ehh stress la maknanya, kekeke. Bila dah siap masak, mesti rasa arghh puas!! Tapi habit terbaru aku, kalau terasa nak makan satu benda aku akan cuba buat. Itu kalau cukup bahan-bahan la. Kalau takde bahan terbantut jugak hasrat tu.


Macam last week. Eh cerita last week tau. Kemain lama peram kan, kah3. Dang2 hari tu jugak terasa nak makan marble kek. Esoknya choc moist cake. Asal cukup bahan terus jadi. Hehe. Seb baik metabolisme aku tinggi so makan ler apa pun badan tang tu jugak. Tak naik sangat. Eh memang tak naik kot since after bersalin ni. Menurun dari mak aku. Untung badan. Berat 45kg. Abang aku panggil dah tahap keding. Di tanya, laki mu tak bagi makan kah? Lol. Laki ku sama kecik kot. Padan laa, kekeke.



Rabu last week punya marble kek. Buruk rupa sebab xda warna. Aku bedal buat sebab terasa nak makan sangat. Sedap la tekak aku telan.



Sehari lepas tu buat choc moist cake pulak. Yang ni cukup bahan. Sampai dah banjirr sangat coklat.


Semua ni aku kukus je. No baking. Xda oven. Oven dah masuk wishlist tahun ni. Tetiba minat nak baking. Lepas ni xpayah nak beli kek kat kedai dah. Buat dan baking sendiri lebih puas makannya.


Alamak, tetiba tekak rasa nak makan kek lagi. Haishh

Ok, tata!

posted from Bloggeroid