Tuesday, January 21, 2014

Nuffnang - amount terkumpul..

Salam dan hai.

Aku blogging dah lama. Before kahwin lagi. Dah 3 tahun kot usia blog aku. Lama jugakkan? Tapi xdala tegar mana, dulu-dulu rajin la update entri, sekarang dah malas sangat2. Tapi sayang kat blog ni. Banyak sangat kenangan suka duka. Kalau bosan aku akan baca entri-entri lama. Seronok!


Kerana blogging la aku bertambah ramai kenalan. Geng gojes dan lain-lain! Yang tak pernah jumpa jadik jumpa. Love uolls!!


Ikut usia blog aku, macam tak logik jumlah duit yang terkumpul. Tak banyak. Tak pernah cashout tau. Tapi tetap syukur janji ada, hehe. Act, ni akaun kedua Nuff aku. Akaun 1st tak ingat pasword dan ada problem sikit maka aku decide buat acc Nuff yang baru. Usia acc Nuff yang ni tak sama dengan usia blog. Sebab tu jumlah duit tak banyak. Ecehhh sedapkan hati. Acc baru Nuff ni aku create akhir tahun 2012. Memula tak reti nak dapat BE dan tak pernah dapat BE. Lepas buat macam blogger lain buat baru dapat hasil. Blog trafik rendah camni la. Kena usaha cara lain. Kikiki


Ada tips dan cara sebenarnya nak dapat BE dari Nuffnang. Pasal tips next time la aku up entri lain. Itu kalau rajin, hehe.



Alhamdulillah syukur walaupun tak banyak. Janji ada.


**bila lagi Nuff nak kasi BE baru ni?? Alahaii..

Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 15, 2014

Zara 2nd time meet anak geng gojes!

Salam dan hai.

Cerita Sabtu weekend haritu. Lambat pula update. Pergi housewarming rumah Intan. Tq Intan ajak kami. Bertemu dan berkumpul dengan geng gojes Pantai Timur. Meriah uolls walaupun xda semua yang datang. Best sangat. 2nd time aku meet dorang, 1st time masa open house raya rumah Kina last year.



Kami bersama tuan rumah. L to R : K.Yati, Hana, Nana, Mimi, Intan, Dyll, Aku, Sarah, Padilah

Zara masa kat rumah Intan agak behave la. Tak crancky. Menyusu pun tak sepanjang kat sana. Kalau kat rumah nak gayut dengan nenen je kerjanya. Kat sana ramai budak, so kerja dia nak main dan selongkar mainan Amani je. Masa 1st time meet dulu, Zara kecil lagi. Ni dah pandai nak berkawan dan huha2 dengan orang.



Kat atas tu anak kak Yati. Behave sangat dorang. Sampai ke bilik Amani kami sembang dan bawak anak-anak main. Port paling best. Nak bergambar pun syok.


Kiri : Aryan (anak dyll), tengah : Zara, kanan : Amani(anak Intan)







Almost 3jam jugak la kami lepak sana. Nasib baik tak bawak suami. Suami ku kerja. Kalau bawak suami konpem dah kena balik awal. Kekekeke. Dah nama gegirl, asal jumpa je mesti nak bergosip lama. Haha. Balik tu aku tumpang Nana. Thanks Nana hantar I. Zara masuk kereta, bagi nenen terus senyap tidur. Penat main gamaknya. Best jumpa uolls semua. Next time kita meet lagi k. Setup plan baik punyaa.


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Monday, January 13, 2014

Dapur Puan Mila : Tips nak sedap masak nasi goreng..

Salam dan hai.

Tips la sangat kang. Ini petua mak dan kakak aku. Pastu turun kat aku. Semua orang pandai masak nasi goreng kot. Cuma sedap dan tak sedap je. Dulu aku fail masak nasi goreng. Rupa ada tapi rasa tak sedap.


Sekarang macam da expert sikit la. Sikit je. Sebab kalau buat kuantiti yang banyak aku takut. Takut tak jadi. Kekekeke. Petua mak aku, nak masak nasi goreng sedap, bawang tu tumbuk, tak payah blend. Haaa gituu. Dulu aku suka blend, sebab malas tumbuk. Sekarang aleh2 dah suka tumbuk, malas blend. Eh??




Memang aroma bau dan rasa tu lain. Lain bagi aku. Sebab aku dah pernah cuba dua2 kaedah, so memang tak sama. Tapi pendapat korang tak tau la. Ni rasa lidah dan tekak aku. Hehe. Lain orang lain cara kot. Saje nak share kot tetiba korang nak cuba pakai bawang tumbuk pulak. Xdela terperap lesung batu ko kat rumah, kekekeke.


Sampaikan Zara minat sama nak menumbuk pakai lesung batu, kekeke.



Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 8, 2014

BE dah tak meriah..

Salam dan hai.

Sedihnya, BE Nuff aku dah tak meriah cam dulu. Duduk bertapa kejap je pastu dah metered. Salah aku la ni tak blogwalking. Blog trafik rendah kena la rajin singgah blog orang. Gituu..Tak sempat nokk. Zara dengki kalau aku pegang tab dan mengadap laptop lelama. Dia suruh spend setiap masa dengan dia. Kesian blog ibu terabai, ishh.


Takpela, Nuff kasi sikit pun dah kira ok dari xdak, kang? Aku memang jarang dah nak blogwalking cam dulu. Kekangan sungguh. Siapa cakap surirumah tak sibuk? Sibuk woo, anak 24jam takmo berenggang. Xpela ibu korban blog ibu kerana Zara. Sekarang Zara tido, sempatla up 1 entri. Kena pandai la celah-celah masa.



posted from Bloggeroid

Tuesday, January 7, 2014

Zara dah setahun..

Salam dan hai.

7 Januari 2014. Zara is turn 1! Alhamdulillah sekejap je masa berlalu. Tetiba aku sebak, nak nangis. Terlalu pantas masa berlalu. Zara dah makin bijak. Gelagat dia buat aku dan suami hepi sangat. Yang latest, kalau aku buat panggil kucing, Zara dah pandai ajuk/tiru sama. Bunyi tak sama macam aku buat tapi dia tahu aku panggil kucing. Sampai muncung mulut dia tiru lagak aku. Speechless! Ibu abah sayang kamu nak!!


Hari ni besday Zara, tapi semalam kami dah celebrate kat umah mertua. Sekadar beli kek dan bergambar kenangan. Tak buat majlis pun, bajet ciput, kekeke. Nak buat berdua dengan asben macam tak meriah pulak, so potong je kek kat umah mertua.








Selamat Hari Lahir sayang!! Ibu dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Semoga menjadi anak solehah..anak menyenangkan ibu abah..aminnn.

posted from Bloggeroid

Monday, January 6, 2014

Selamat Hari Lahir Mak!!


Salam dan hai.

6th January 2014. Happy Birthday mom!!! Semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki, mendapat kebahagian hidup dunia akhirat. Kami anak-anak sayang mak!!


Mak aku lahir tahun merdeka 1957. Maka dah 57tahun umur mak. Dah lebih separuh abad. Mak masih sihat, masih kuat bekerja. Mak yang suka bercakap, suka melawak. Kadang-kadang gelagat kelam kabut mak wat kami anak-anak gelak sakan.


Mak suka dan sayang cucu-cucu dia yang seramai 8orang. Semua mak layan sama adil. Mak tak pernah bezakan cucu-cucu dia. Mak tak pernah bosan dengan baby kecil. Sampaikan kami cakap, mak beranak lagi la, boleh saing kami jaga anak-anak, hahaha.


Moga mak panjang umur. Moga tercapai impian mak nak jejak tanah suci Makkah. Dan moga tercapai impian ku untuk terus nak bahagiakan mak.


Selamat Hari Lahir mak!!



posted from Bloggeroid

Thursday, January 2, 2014

Zara alergic ubat.


Salam dan hai.

Fuhh dah makin lemau nak update blog. Lately xleh nak fokus, buntu idea..aptb! :( . Sayang kat blog ni, banyak kenangan woo. Kerana blog ni jugak la aku bertambah kawan, musuh..eh?eh? Ok mengarut!




Aku pernah pos gambar ni kat group gojes. Betol la tekaan korang, zara alergic ubat. Semua salah doktor kat klinik tuttt! Doktor apetah..nak marah ni..nak marah ni..!!


Aritu zara batuk, then g la klinik tu. Aku kasi la makan ubat batuk tu macam biasa. Lepas 2, 3 kali makan naik cenggitu. Zara tak gatal tapi tula nampak buruk. Butir-butir air gitu.So aku stop. Balik Kuantan, g la klinik kat kuantan. Tunjuk la pic ubat tu kat doc sini. "Eh tu ubat lelah" kata doc sini.


See! Doc sana salah kasi ubat. Entah sengaja bagi ke apa. Lelah dan batuk, tak sama kan?? Grrrr, doc buat kerja sambil lewa!! Aku geram! Suami pun nak marah. Nasib baik tak jadi lebih teruk dan Zara xda apa-apa. Lepas continue makan ubat kat klinik Kuantan ni, Zara dah ok. Butil-butil air pun dah surut.


Grrrr doc sana! Tetiba emo petang2 gini!

Ok, tata!

posted from Bloggeroid