Tuesday, December 31, 2013

Keperluan ke sekolah

Salam dan hai.

Bye-bye 2013, welcome 2014. Sekejap je dah setahun berlalu. Rasa macam masih baru lahirkan Zara. Banyak sungguh kenangan 2013. Suka bercampur duka.


Esok ada beberapa negeri dah mula bersekolah seperti Terengganu, Kelantan, Kedah..negeri apa lagi ye? Lupa ingatan kejap, haha. Mesti mak2 pak2 sibuk menyediakan keperluan anak-anak yang nak bersekolah. Lagi excited kalau yang nak masuk darjah 1. Esok akan ada adegan budak-budak menangis di sekolah. Sebab, takut mak pak tinggalkan kat sekolah, kekeke. Pengalaman tu, sebab adik aku pun pernah gitu, hehe.


Ohhh rindu pulak zaman sekolah, zaman belajar. Kalau nak g sekolah keperluan ni mesti ada..cer cek keperluan anak korang dah cukup belum??




Haa cer sebut..cer sebut?? Kenangan sungguh panggilan ni. Hanya di ganu, kekeke


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Wooden & Development toys murah!!

 **sticky post

Salam dan hai.

Ibu-ibu sekalian, jom ushar wooden toys kami. Kot2 la berkenan nak hadiahkan pada si comel anda. Harga memang murah dan sangat berpatutan. Banyak wooden toys baru! Jom ushar!


Berbaloi, tak perlu nak keluar rumah mencari mainan untuk si kecil. Cuma, pilih-pilih dan order dengan kami. Barang akan sampai ke depan pintu rumah anda. Ala sekarang semua benda nak shopping online kan? Jimat tenaga, jimat masa, hehe




Antara koleksi wooden toys yang ada pada kami. Nak tengok lain-lain wooden toys dan harga?? Jom ke sini...

Wooden Toys Murah
Developmen Toys - Learning Easel&Desk
Development Toys Murah


Happy shopping!!
posted from Bloggeroid

Friday, December 27, 2013

UMIE SUE 1st Giveaway

Salam dan hai.

TEMA : ANAK MENGEMAS RUMAH

Join sini : UMIE SUE 1st Giveaway


Mata berkilau. Dah macam mata kucing. Eh! mata kucing cantik tau! Aku suka.
Effect cahaya mungkin.
Tapi mata Zara ikut abah dia, lepas snap pic mesti jadi cam gini.
Abah dia lagi la, geram aku tengok kalau lepas snap pic, dah macam tak cantik gambar tu.
Pernah aku cakap kat suami 'abang ni membela ke?? semua gambar jadi gini..ahakss!'
Suami cakap, itu namanya 'Nur'..tak semua orang ada gini.
'Apa-apa la bang!'

Act, Zara sangat takut kat vakum.
Kalau aku on vakum je mesti dia nangis nak berdukung.
Dia takut bunyi bising vakum tu. Lagi dia takut lagi aku suka usik, haha. Tapi time ni tetiba dia nak pulak pegang handle vakum tu. Ok, ibu apalagi snap la pic moment zara. Pakai walker pun bolehh. Besar nanti jangan malas ye nak!

 Ok, tata!


Tuesday, December 24, 2013

Hasya Nurzahra almost 1year..

Salam dan hai.

Dah lama aku tak update pasal anak aku, Zara kan? Dah hampir setahun pun Zara, lagi 2minggu genap la setahun. Perkembangan? So far ok.


» gigi nak masuk enam (aku rasa part ni paling cepat utk Zara)
» mulut (dah pandai sebut bah mean 'abah', ibu langsung tadaa..)
» dah pandai dengki dan marah( cth: abah peluk ibu atau ibu peluk abah dpn dia)
» dah pandai 'tata' atau 'bye-bye'
» dah pandai panggil orang kalau tak melayan dia (mcm-mcm bunyi dibuatnya kalau nak mintak perhatian)
» tak pandai merangkak (macam skip merangkak je -__- )
» belum pandai berjalan (hanya bertatih dengan abahnya)


Apa lagi ye?? Haa itu la kot serba sikit perkembangan Zara, aku malas nak ingat balik..aku tulis apa yang terlintas kat fikiran aku je,hehe


Meh layan gambar jelaa..










Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Sunday, December 22, 2013

BE sama dari Nuff

Salam dan hai.

Setelah sekian lama BE malu-malu nak muncul kat akaun Nuff aku, atlast muncul jugak dua BE baru. Hooyeahh! Nuff merajuk kat aku kot sebab macam chipsmore stori kat blog aku ni.


Dapat dua BE tak hairan la aku, tapi yang pelik dapat BE sama..date on going pun date yang sama..haa cam gini..




Uolls pernah jadi gini x? Hope xda masalah la kat akaun Nuff aku, tak sabar nak cashout nii!



**mood blogwalking..jojoms!!

Ok tata!

posted from Bloggeroid

Friday, December 20, 2013

I'm proud of u..adik!

Salam dan hai.

Sekarang aku dah ada dua orang adik lelaki. Sorang keluar dari perut mak yang sama, sorang lagi adik ipar. Kekeke. Masing-masing umur sebaya, dan memasing anak bongsu. Dan memasing anak mak, jangan marah adik! Haha


Semalam result PMR dah tahukan. So aku berbangga dengan dorang ni. Dapat result gempak gituu. Kakak bangga dengan mu berdua. Memasing sangat aktif kat sekolah. Macam adik aku sibuk dengan wakil rugby sekolahnya, adik ipar lak sibuk dengan bola sepak sekolahnya. Walaupun aktif memasing tahu time bila nak belajar.


Walaupun tak straight's A tapi akak ko ni bangga sangat. Hampir2 nak straight's A. Untuk adik aku sendiri, tak sia-sia aku bebel kat dia. Kuat noo main gamenya. Balik rumah mgadap game laptopnya pulak. Tapi aku tahu, budak laki ni otaknya genius. Bukan tak pandai tapi malas. Tu la masalahnya..haishh.




my lil bro..6A 2B



my lil bro in law..7A 1B


Congrates both of u. SPM kang struggle lagi. Biar sama-sama berjaya!!

posted from Bloggeroid

Thursday, December 19, 2013

Steamboat kami..

Salam dan hai.

Sebelum ni, aku tak gemar kat steamboat. Lagi la kalau yang ada steamboat grill tu, sometime nak muntah bau asap grill tu. Tapi laki ku sangat la addicted kat steamboat, paling disukanya kalau yang steamboat grill tu. Kalau pakej steamboat tu ada kambing, pergghh tak tengok kiri kanan la makannya. Dek kerana laki ku gemar sangat, aku pun dah terbiasa dengan bau asap grill tu. At last dengan aku sekali dah suka makan steamboat.


Dan sekarang kalau nak makan steamboat tak g makan luar dah. Buat sendiri jek. Sangat la berbaloi, makan tak hengat dunia. G cold storage beli bahan mentah macam sosej, udang, sotong, kambing dll. Balik buat tomyam kosong. Pap pup pap ok dah boleh start grill dan hidang.



Rumah kami ada dapur ni. Dapat percuma beli pemanggang ajaib uolls. Tak sia-sia beli. Terus datang idea nak buat steamboat sendiri.





Yang ni kami beli kat aino 1utama last weekend. Tak tau apa fungsi dia sebenarnya. Tapi suami beli jugak sebab katanya macam boleh pakai buat grill. Harga rm49.90.


Selasa ritu, kami pun try la pakai benda ni. Saje nak test steamboat grill. Sebelom ni dah pernah buat tapi xdak grill.






Hebat tak idea suami aku, nak makan yang grill punya pasal. Dah jenuh cari tempat grill steamboat macam kat kedai makan tu, tapi tak jumpa. Korang kalau tahu kat mana ada jual bagitau aku ye. Nak sangat! Sebab kami family besar, mak ayah adik2 semua suka steamboat, buat sendiri lagi jimat dan berbaloi. Kehkeh. Dasar cheapskate.


Oh ye, ni antara satu menu utama dari kami untuk tetamu2 special yang nak datang rumah. Kawan-kawan yang habaq awal nak mai insyaAllah kami jamu dengan hidangan ni, hehe


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 17, 2013

Patapum SSC

Salam dan hai.

For those yang gemar baby wearing harus ushar web Tiny Tapir. Kot2 la nak tambah koleksi yang ada, muahehehe. Dorang wat promo untuk SSC Patapum. Murah sangat. Harga asal rm250, after rm100.


Aku dah beli! Muahehehe

Kalau nak ushar dan kot2 berkenan nak beli, boleh ke siniTiny Tapir


Confirm original SSC. Aku dah survey dan baca banyak review sebelum beli. Ada kekurangan dan kelebihannya. Dah suami agree nak beli so aku klik order jela. Bukan mudah laki aku nak berkenan satu2 benda T___T. Berkenan ergo, tapi belom mampu nak beli, sobs!











Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 10, 2013

Update : Wooden Toys & Development Toys di blog kedua

Salam dan hai.

Aku dah update harga wooden toys dan development toys. Pada yang bertanya sila la jenguk ye. Tapi bukan kat blog ni, aku update kat blog baru aku. Blog berniaga kecil-kecilan. InsyaAllah, one day akan jadi besar-besaran. Dan tak mustahil menjadi businesswoman. Wahh kemain tinggi cita-cita aku. Mudah-mudahan termakbul doa ku. Amminnn.

Second blog aku, jemput datang ye ^__^




Monday, December 9, 2013

Wooden Toys Murah

Salam dan hai.

Jom ushar-ushar wooden toys murah. Hadiahkan untuk si manja anda. Pasti mereka ralit bermain.


wooden sorting clock (RM62)














Nak tengok lain-lain toys, development toys dll boleh ke ibuzara-corner.blogspot.com.
posted from Bloggeroid

Dugaan akhir tahun..

Salam dan hai.

Sedih sangat. Sedih dengan tragedi banjir di Kuantan dan Kemaman. Banjir yang terbesar pernah aku lihat. Alhamdulillah rumah yang aku duduk selamat dari banjir. Tapi aku turut rasa tempiasnya. Tempias dek kerana rumah abang, pakcik makcik tenggelam dek banjir. Hanya nampak bumbung rumah semata.


Serba sedikit gambar semasa banjir.














Keajaiban, air banjir jernih di dalam rumah Allah di Kuantan. Allahuakbar!!!


Alhamdulillah, sekarang banjir dah surut. Rumah dah kembali asal tapi Ya Rabbi barang-barang banyak rosak. Memang total lost. Aku tumpang simpati kat abang. Tolong takat yang mampu.

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 3, 2013

Kami berjalan lagii..

Salam dan hai.

Penat balik bercuti dari Singapore tak habis lagi, lepas tu sambung pula berjalan ke Shah Alam dan Genting Highland. Kami laki bini tak rancang pun nak berjalan weekend ritu. Cadangnya nak balik ganu, dah memang turn balik ganu. Dah sebulan lebih tak balik ganu. Tetiba mak ayah ajak aku dan suami ke Shah Alam. Nak mintak suami drive kereta katanya. Plan asalnya mak ayah nak ajak abang aku, tapi abang aku kemain bizi dengan kerjanya. Mak ayah aku sesaje nak g visit akak aku yang duk sana. Bertolak la kami hari Jumaat after suami balik kerja. 5:30pm gitu.


Pergi satu kereta, mak ayah, kami anak beranak dan adik bongsu aku. Adik bongsu aku nak ikut sebab katanya nak g berjalan. Kalau setakat g Shah Alam duk melepak rumah kak aku dia xmo ikut katanya. Sebab tu mak ayah ajak suami aku, suami aku memang kaki jalan. Tapi suami ku buta jalan kat sana, berpandukan gps boleh laa, kekeke.


Sabtu tengahari kami ke I-city. Bawak adik dan parent aku jalan-jalan kat sana. Suami pun memang first time g sana. Aku dah 2nd time. Banyak dah tempat best boleh main kat I-city. Ada snow walk, water park, 5D short cinema dll. Seronok dapat bawak parent berjalan. Lagi seronok bila parent teruja dan happy g sana. Ayah aku lah yang excited, semua kat situ dia nak masuk dan cuba main. Kami g siang so tak banyak benda boleh main. Untung jugak g siang, parking murah dan harga nak masuk satu2 tempat murah rm10-15 dari harga waktu malam.


Kemain seronok ayah aku masuk snow walk. Lepas ni nak g lagi katanya. Bayaran masuk rm25 seorang, warga emas rm15. Kalau malam mahal regenya rm35 kalau xsalah.












Ahad tengahari ritu kami gerak balik ke Kuantan. Sebelum balik, ayah aku nak masuk Zoo Negara, so menantu yang baik penuhi hasrat pak mertuanya. Ikutkan aku xmo masuk Zoo, sebab aku nak naik Genting, sebab tak pernah g sana. Hoho. Tapi xpe sempat je naik Genting tu. Asalkan ayah mak aku hepi dapat jalan dan kenal tempat yang dorang xpernah pergi.
Tapi bagi aku tak best masuk Zoo Negara, tempat macam tak terjaga kebersihannya, bau pun banyak xmenyenangkan. Suami cakap seronok lagi kat Zoo Melaka T___T


Gambar kami kat Zoo Negara dan Genting Highland.















Percutian tak dirancang oleh kami. Seronok sebab mak ayah pun happy walaupun badan penat. Mak ayah aku kerja sendiri, nak g drive sendiri g bercuti memang tak la sebab masing-masing dah tua. Harapkan anak-anak je bawak berjalan. Terima kasih suami sebab sudi bawak mak ayah mertua awak bercuti dan berjalan. (hopefully suami baca). Untung dapat suami kaki jalan so xcerewet nak g memana. Two last week dah jenjalan dengan parents suami, last weekend dengan parents aku. Hepi dapat bahagiakan orang tua memasing. Lepas ni hopefully besan sama besan dapat jejalan sama-sama.


Stop jenjalan tahun ni, tahun depan kita g jenjalan lagi ye abang. Makesure saving duit bebanyak. Botak kepala laki deng. Kekekeke. Krabi pleaseee...

posted from Bloggeroid