Tuesday, July 30, 2013

Mee lidi kuah putih + Ketupat sotong


Dua hari lepas balik kampung, rumah parents aku kat KT.
Heaven oii dapat balik berpuasa dan berbuka dengan family sendiri walaupun hanya dua tiga hari.
Masa yang ada dimanfaatkan sebaik2nya. Mintak mak masak yang kaw2.
Puas hati dapat makan masakan mak even lauk nya simple. Ye idok?
Sempatla berbuka dua kali kat rumah parents. Takpe weekend ni balik lagi, hubs anto balik awal ke kampung. oyeahh!

Sepanjang 2kali berbuka kat rumah mak, hari 1st aku mintak mak masak mee lidi kuah putih, 2nd day ketupat sotong.  blurghh puas hati dapat makan. 
Takler mengigau nak makan kat sini. Ikutkan boleh je masak sendiri tapi nak juga mak yang buatkan, ngadakan?

mee lidi kuah putih

 Sedap oii mee lidi kuah putih ni. Biasa orang pakai laksa putih tu, tapi family aku kalau buat laksa kuah putih ni mesti pakai mee lidi. Memang betul-betul sedap! Arghh kecur liur pulak, nak buat lagi laa.


ketupat sotong
  See, makanan yang aku mintak kat mak semua yang bersantan. Faveret ni, tak kisah bukan selalu pun makan kann.
 Senang sangat nak wat tupat sotong ni. (gaya orang terengganu bercakap)
Tanak pulut, pastu sumbat dalam sotong mentah. Depend la, ada yang letak pulut mentah dulu dalam sotong then baru masak sampai masak. Aku tak suka gitu sebab risau pulut tak masak elok.
Letak santan, bawang merah, halia, halba dan perasakan. Kacau2 bagi mengelegak then siap.
Mudah sangat!

Tetiba cerita pasal menu, ampunn.
Kot2 la korang rasa nak masak benda ni wat berbuka karang, tehehe
Hepi fasting!!


*notaaku : gambar menu tu ihsan google je, aku takde snap pic time nak berbuka ritu, tehehe

Wednesday, July 24, 2013

Tema 1st raya, mustard kepada purple..


Kalau entri aku yang lepas, beria aku nak tema raya pertama warna mustard. Suami pun setuju asalkan bukan warna pink. Maka start la kami laki bini mencari baju mustard readymade. Baju laki tak kisah, berlambak baju melayu dah siap untuk warna mustard.
Tapi baju si isteri alahai susah bebenor nak cari design color mustard yang berkenan dihati. Jumpa dah warna tapi design out. Aku tak kisah jubah/kurung moden/kebaya asalkan yang simple dan nampak terletak kat badan. Takmo nampak besar sangat atau terlalu fit kat badan.
Punya la cari kat dua mall Kuantan ni tapi tetap nan hado berkenan dihati.
Dah jumpa jubah mustard tapi suami pula tak berkenan designnya, kalau suami dah tak berkenan memang xleh nak watpe. Sebab isteri berhias untuk suami, cewahhhh

Dan tetiba kat Megamall Kuantan, aku terpandang model patung memakai kebaya pendek. Wahh nampak cun dengan simple kerawang. Dalam hati ahh dah berkenan.
Tanya hubby, tapi hubby buat muka dengan nak cakap lawa atau tak. Ahh sudah, aku dah berkenan ni. Tanya la kat seller warna apa yang ada, warna yang ada hanya merah, ungu dan kelabu untuk kebaya ni. Aduhh kuciwa warna mustard xda tapi aku dah berkenan habis. Dang2 time tu jugak aku ajak hubby tukar tema first raya, ungu pleaseee.
Suami time tu macam nak taknak. Aku dah berkenan giler kebaya ungu tu. Bukan dark/soft purple. Entah tapi bagi aku sweet warna purple tu.
Maka suami pasrah terpaksa ikut kehendak bininya on time, hehe
Sekejap je tema first raya dah bertukar, bahaha
Aahh puas hati, baju raya dah jumpa.
Lepas ni misi nak cari baju melayu hubby (hope adala ungu yang match dengan baju aku) dan Zara aku nak beli kain, dan suruh wan dia jahitkan baju kurung untuknya.
Sempat la kot siap, baju kurung si kecil cenonet je.



Berbatik daku dipagi raya nanti, ala tradisional giteww.
Puasa baru je half ramadhan ko dah sibuk dengan baju raya, phewww~

Tema Mustard raya tahun depan ye bang!

Tuesday, July 23, 2013

Nuffnang dah boleh cashoutN


Cerita pasal Nuffnang. Alhamdulillah Nuffnang aku dah boleh cashout.
Walaupun amount tak meriah tapi tetap bersyukur.
Anggaplah rezeki untuk anak.
For 1st time aku nak cashout tau. Tapi tunggu la lepas-lepas raya aku cashout.
Kasi lagi meriah amount tu, tehee




Hasil berblogging selama 2 tahun lebih baru nak merasa duit nuffnang. pheww giler lama. Act blogging je dah lama tapi accont nuff aku baru je wujud bulan 9 tahun lepas, hehe, ok la kan?


Owh dah 14 Ramadhan hari ni, sekejap je masa berlalu.
Selamat berpuasa!

Friday, July 19, 2013

Zara cirit-birit ke??


Assalamualaikum.
 
Aku risau ni, Zara dari semalam kerap poopoo.
Hari ni pun still poopoo tapi poopoo dia sikit-sikit je dan kerap. Pagi ni dah masuk 3kali. Patot risau tak?
Aku suspek sebab makan bubur kurma, kurma kang manis.
Aku sempat kasi 2hari je bubur+kurma, tak ikut 4day rules tu. Suami suruh stop kasi kurma sebab start semalam dia poopoo je. 5, 6 kali jugak kot.
Dua hari lepas 1st poo2 after makan bubur+kurma, hasil poo2 dia macam ada lendir darah sikit.
Selepas tu takda dah darah tapi zara poo2 acap kali.
Kesian aku tengok sampai merah-merah bontot dia. Dah tak lawa vontott tu.
Yang peliknya zara takda nangis meragam sakit perut ke apa.
Dia boleh senyum sengih walaupun kerap poopoo.

Dan sekarang aku hold bagi makan apa-apa, risau nak bagi makan sebab dia asyik poopoo je.
Boleh ke aku wat camtu??
Aku just bagi SI je.
Arghh buntu.
Ada mommies pernah lalui macam aku tak?
Camne nak handle ye?

Zara tak menangis, so patot bawak ke klinik tak?

Wednesday, July 17, 2013

Senarai Onlineshop Nursing Inner


Assalamualaikum.
Semalam aku ada up entri pasal nursing inner
Rupa-rupa ada juga yang tak tahu kewujudan nursing inner. Macam aku la awal-awal ada anak memang tak ambil port langsung pasal nursing inner ni. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari.
Ada yang komen menyokong pemakaian nursing inner, penting untuk cover perut dan badan dari terdedah. Kalau perut berlapis lemak err lagi la malu kalau ada yang nampak.
Dengan pemakaian nursing inner maka terpelihara aurat perut tu, hehe

Semalam dah alang-alang keluar, aku try cari kat mall, kedai-kedai yang jual maternity dan nursing wear. 
Tapi nan hado. Kuciwa! Maka terpaksa la aku ushar online.
Kat luar sana, mungkin masih ramai tak tahu adanya nursing inner ni.
Sebab tula seller kat luar ramai yang takda jual.
Bagi aku tersangat lah penting untuk directfeeding.

Godek punya godek terjumpa la online shop yang jual menda alah ni.
Aku dah grab dua, nak pakai raya gituu..haha

Ok, korang yang masih duk mencari, boleh beli kat sini.

Tuesday, July 16, 2013

Nursing inner satu keperluan untuk directfeeding..


Alhamdulillah, selepas 6bulan berjaya juga bf sepenuhnya Zara.
Moga-moga diberi rezeki untuk terus bf kan Zara sampai 2tahun, Amiinn.

After 6bulan, baru sekarang aku duk sibuk mencari nursing singlet (sleeveless).
Sebelum ni hanya duk tahu ada nursing inner (longsleeve) dan nursing bra je, haha
Dang-dang nak raya baru terasa arghh pentingnya nursing singlet.
Nak nursing singlet!!
Nak sangat singlet ni sebab nak pakai dengan baju raya kurung moden.
Sebelum ni tak rasa satu keperluan sebab pakai baju semua yang friendly bf.
Nak pakai nursing inner (longsleeve) sangat tak sesuai sebab baju aku tak jarang.
Tak sesuai kot nak pakai 2 lapis dengan cuaca Malaysia yang hot gituu.
Nanti naik rimas aku time df.

Nak pakai singlet sebab baju raya aku tak friendly bf. Takda butang dan zip sorok kat depan. sobs
Maka kalau nak df terpaksa la selak baju, kalau ada nursing singlet maka terpelihara la badan dan perut aku dari dilihat orang. Aurat tu!!
Aku tak reti nak guna nursing cover sebab Zara ganaih bebenor time df.
Kaki dan tangan dia dah macam nak bersilat.
Lagi pulak zara cepat berpeluh, mendatangkan ketidakselesaan pada dia nanti.


Longsleeve

sleeveless
Bukan main susah nak cari seller nursing inner (sleeveless) ni.
Agak-agak dekat kedai-kedai luar ada jual tak?
Kalau xda terpaksa la usaha untuk beli online.

Wednesday, July 10, 2013

WW #18 : Cikgu yang over..


Jumpa ni dalam fb, gelekek aku baca.
 Cikgu pun sama naik kena kan budak, haha




Cikgu tu orang terengganu gamaknya.

 Korang kalau nak gelak xyah lebih-lebih, kering tekak tu nanti.
Kang tak pasal ada yang haus, baru setengah hari puasa ni.

Harap badan aku tak lemau, ibu bf besar kan cabaran time puasa?
Think positif, hope aku kuat dan murah rezeki susu badan untuk Zara.

Selamat Berpuasa!!

Berpuasa sebagai seorang Ibu..


Salam Ramadhan!!

Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan tahun ini.
Moga diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa penuh.
Mampu kah?? Miss P dah start datang ketika zara 3mon+ lagi. Takdanya dapat berpuasa penuh tahun ni.
Tahun lepas best tak berganti puasa sebab preggy. Untung la preggy ketika puasa.

For 2nd time akan berpuasa as a wife and for 1st time as a mother.
Semoga diberi khudrat untuk meyusukan Zara.
Zara still bf, dalam kepala risau juga production susu terganggu.
Risau susu kering dan anak aku meraung.
Flow susu lambat pun zara tunjuk sign marah.

"Ya Allah permudahkan lah  perjalanan penyusuan anakku sepanjang  Ramadhan ini.
Semoga susu yang sedikit menjadi banyak dan cukup untuk anakku,
semoga anakku Hasya Nurzahra kenyang setiap kali menyusu. Aameenn"

Petikan dari Tanyalah Ustazah :

Perempuan hamil atau menyusukan anak jika berbuka kerana anak kena qada dan membayar fidyah..jika berbuka kerana diri sendiri sangat tak larat atau dikhuatiri susu kering hendaklah qada sahaja..

Monday, July 8, 2013

Sakit hati!


Aarrggh sakit hati!
Panjang aku taip stori pasal besday suami, save dalam draft then tetiba hilang cenggitu je. Meroyan jap.
Mood dah kelaut, kalau rajin ada la entri khas untuk suami.

Ok, bye!

Thursday, July 4, 2013

Contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com



Kawan-kawan! Jom join contest!
Contest bermula 12.6.2013 hingga 7.7.2013.
 Peraturan contest :

1.contest terbuka kepada semua golongan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.


2. Semua lapisan umur boleh join.


3. Anda cuma perlu submit gambar baby anda dalam mood yang ceria. Tak kisah samaada baby tu anak sendiri,anak saudara, atau cucu.


4. Jika anda tiada blog,anda boleh submit gambar melalui facebook. 


5. Add facebook personal saya. (Ada di sidebar). Jangan add acc fan pages saya ye..


6.Create 1album khas dengan nama "contest baby ceria by barangbabymurah.blogspot.com"


7. Di dalam album tersebut,anda diwajibkan letak banner contest(refer gambar diatas).


8. Kemudian,anda upload gambar baby anda dalam mood yang ceria dan HARUS TAG FACEBOOK saya.

9. Description gambar haruslah letak point2 berikut :-


"Jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot com"


10. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.



List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI DI RUANGAN CAPTION GAMBAR BABY ANDA. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH YANG ANDA PILIH JIKA ANDA MENJADI PEMENANG.



1. Rocker fishes price newborn to todder(biru).

2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)

3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)

4. Toys storage(pooh,cars,princess)

5. Playmat mothercare(pink, lion)

6. Toilet train toddler

7. Elc purple with hanging toys



Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.

11. Jika anda nak join melalui entry blog,  anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com


12. Anda harus masukkan gambar banner contest.


13. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.


14. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"


15. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.



List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.


1. Rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4. Toys storage(pooh,cars,princess)
5. Playmat mothercare(pink, lion)
6. Toilet train toddler 
7. Elc purple with hanging toys




Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.



16. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen di blog sweetlikekisses.blogspot.com.


17. Sama ada join melalui facebook atau blog, anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.


18. Hanya akan ada 2 pemenang dan 8 orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.


19. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.


19. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.


20. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).


21. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.


22. Dibawah gambar banner samaada difacebook atau di blog,sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.


23. LETAK SEKALI TARIKH MULA CONTEST DAN TARIKH TUTUP CONTEST YE.



____________________________________________________________________________


Mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1 barang di blog


Hadiah-hadiah yang piya tawarkan memang best!!
 Antaranya :
 
1. Rocker fishes price newborn to todder(biru).


2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)


3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)


4. Toys storage(pooh,cars,princess)

5. Playmat mothercare(pink, lion)
6. Toilet train toddler 
7. Elc purple with hanging toys

Haishh rambang mata nak pilih hadiah. Kalau Zara diberi peluang untuk menang, ibunya mestila nak "Toys storage (princess)"

Anak : Hasya Nurzahra binti Hasrol
Ibu : Hazmila binti Ismail

Eh, contest lagi 3 hari akan berakhir.
Cepat mommies masih berpeluang ni!! 
Tarikh tutup contest 7/7/2013
Good luck pada yang join!

Zara bertemu Shahadah Chinta


Minggu lepas Kina datang rumah aku. Kina datang sebab nak ambil bedak tanaka.
Kalau tak kerana bedak tanaka tu, mungkin takda jodohla untuk kami berjumpa.
First time jumpa Kina dan first time bertemu blogger. (Eh tipu! sebelum ni dah pernah jumpa blogger Hana di Giant Kuantan, tapi tak pula buat entri tu, bahaha) Pertama kali nak jumpa gugup juga aku, tapi buat-buat kental je, kahkah, apakah??

Kina orangnya ayu giteww. Bercakap pun lemah lembut dan sopan santun je.
Tak macam aku. 
Suara serak-serak basah cam Ella. Kadang-kadang garau pun ada. Kawan-kawan dan cikgu kat sekolah dulu gelar aku camtu. Sebab tu aku fail nak conduct kawad kaki sebab suara tak besar, kahkah
Tak tahu la kot korang yang baru dengar suara aku cakap cam Ramli Sarip. Itu melampau laa, bahahaha

Geram aku nengok Shahadah Chinta anak Kina. Masuk je rumah aku dah buat muka senyum-senyum sengih-sengih. Kalau budak lain ada je yang melalak kalau tak kenal orang.
Shahadah masuk terus tunjuk minat nak main playgym Zara, aku biarkan je.
Lepas tu nak terkam Zara, geram gamaknya. Nak berkasih sayang, di cuit-cuit nak pegang Zara.
Shahadah gaya dah boleh jadi kak long, mama Kina cepat-cepat la proses adik bagi kat Shahadah. kahkah
Eh auntie geram kat kamu Shahadah Chinta! Raya nanti jemput lagi datang rumah auntie ye.

Gambar aku dan Kina takda. Shy-shy kucing gituu kekdahnya.
Kina je yang duk snap gambar Shahadah dan aku yang duk ribakan Zara.
Zara tak berbaju, baru bangun tidur time ni. Muka pun moody je, terkejut tengok tetamu baru gamaknya.






Next time kita jumpa lagi k!
Yokk mommies Kuantan kita bergathering.

Wednesday, July 3, 2013

Dah kalau tekak Melayu..

Seperti yang sedia maklum Zara dah mula makanan pejalnya. Aku mula dengan puree pear.
Last week aku mula bagi, tapi feedback dia macam tak suka sangat puree.
Banyak yang dibuang dari makan. Selepas puree pear, aku try juga puree lobak merah.
Pun sama, dia buat muka dan gaya mulut macam nak muntah.
Pandai betul anak ibu.

Maka aku stop dulu bagi puree, dah 6bulan+ nanti aku akan cuba lagi untuk puree.
Dan semalam aku cuba bagi bubur nasi campur susu ibu.
Eh elok pula dimakannya. Takda buat muka, takda buat gaya nak muntah.
Elok je dia telan.
Hai anak, tekak Melayu rupanya kamu.

Elok je Zara telan, digigit pula sudu tu.


Ishh sampaikan kembang kempis lubang hidung tu.
Sedap sangat gamaknya.

Pendek benor entri hari ni. Dah katanya hari rabu kurang kata kan, eh?

Tuesday, July 2, 2013

Baju baby mahal oitt..



Aduhh sentap mak kalau nak cerita pasal membeli baju anak.
Harga dah lebih kurang baju mak paknya.
Tapi takpe untuk anak kekdahnya, apapun sanggup, cewahh
Tu baru bab baju, belum aksesori lain.
Dah kalau anak gegirl macam-macam nak dibeli dari rambut sampai kaki.

Weekend ritu mak pak Zara ni pergi la beli baju raya untuknya.
Beli awal-awal xdala nak bersesak bulan puasa. Tak kuasa nak bersesak.
Dapat la beli 3 pasang baju brand Poney dan Baby Kiko.
Itupun berjam-jam memilih. Aku kalau memilih memang cerewet, bab kata suami.
Bukan cerewet, rambang mata kekdahnya dah baju baby gegirl lawo bebenor.
3pasang pun dah 200++. Nasib baik paknya yang bayar.

Nak kata aku membeli brand memahal xda juga. Usual brand yang selalu baby pakai je.
Tapi Kuantan susah nak sale giler-giler wess. Sedih aku.
Sales takat 10%-30% je. Sales takat tu berapa la sangat kurangnya,ishh
Idok ler aku nak ke Sogo, KL yang sales gegiler 50-70% semata-mata nak shopping baju anak. Suami tak koser melayan.
Minyak, tol, makan minum, tenaga, masa..dah membazir kat situ.
Takpe la mahal sikitpun kat sini, ayat sedapkan hati,hehe

Misi nak tambah 2,3 pasang lagi untuk Zara.
Cukup la untuk kamu nak, ibu abah pun xdak baju raya lagi, tak kesian ke?


Nah teaser sepasang baju raya Zara, jangan ko cakap sama dengan anak ko dahla.
Selalu je dengar, eh baju anak kita sama! Aduhh pesen baju baby ni gi sana sini mostly memang banyak sama. Takpela sama pun.

Kalau aku time kat belajar dulu jumpa je orang pakai baju kurung sama terus xpakai. Pakai kat tempat lain bolehh. hehe

Harga emas turun lagi, moh pakat tambah aksesori untuk anak..
Semalam abah Zara dah grab gelang kaki untuk Zara.
Sakan ko beraya ye nak, complete satu badan, ish!