Friday, May 31, 2013

Reminder : Mom & Baby Expo, Kuantan




Gigih aku wat entri nak remind pasal Mom&Baby Expo ni kat uolls especially mommies dan mom to be area berdekatan. Excited aku sebab first time nak pergi expo besaran camni. Selalu kat area KL mana la menyempat nak pergi. Laki aku pun tak kuasa nak melayan kalau jauh baby expo tu. Bazir duit minyak dan masa pula, ish.

Dan pada minggu expo ni dah bagitau kat asben tak nak balik kampung dan kemana-mana. Sanggup uolls!

Meh ramai2 serbu!
Kot-kot la terjumpa mommies kat expo tu nanti.
Nak set date dan time pun boleh, InsyaAllah kalau xdak aral.
Yang cam muka aku, jangan malu-malu nak tegur ye.
Maklum la aku bukan blogger yang famous amous, hehe




Next week ye!
Meh pakat terjah!

Wednesday, May 29, 2013

Alahai Zara..







Geram dengan budak kecil ni. Menangis nak tidur bukan main terpekik terlolong. Apalagi ibu pun buaikan la, aleh2 tidur setengah jam je. Tsk
Penat ibu tau, zikir kemain berlagu tapi awak tidur sekejap je.
Camtu la Zara hari2 kalau waktu siang, paling lama tidur pun 1 jam. sobs
Memang haruu ibu nak buat kerja dan masak, terkejar sana sini.
Sekarang dah makin banyak akal, nak ajak bermain je dia.
Kalau ditinggal mula la terjerit2.

Camne eh nak train anak tido lama waktu siang?



Eh Zara gigit jari kaki!
Alamak! hehe
Orang tua cakap kalau dah pandai gigit kaki maknanya nak dapat adik kan?
Zara dah nak jadi kak long?
Cepat sangat la sayang, tunggu Zara 2,3tahun baru ibu kasi adik ye, hehe
Ibu dan abah pun belum bersedia lagi nak tambah orang baru.
Tapi kalau dah rezeki Allah nak kasi kami terima.
Anak itu amanah Allah, insyaAllah kami akan jaga sebaik mungkin. Ameenn.

Tuesday, May 28, 2013

Jangan dihalang hobi suami...




Sebelum kahwin lagi suami dah pesan awal-awal jangan halang hobi dia. Kalau tak suka hobi dia sila cari lelaki lain. bahaha boleh cenggitu?
Hobi suami aku ialah mancing. Mancing ikan ye bukan mancing awek.
Hobi suami ni dah tahap kritikal, kalau tak buat dalam tempoh yang lama memang gian gila.
Aku pun support jela, pernah juga time preggy ikut g mancing, mula-mula memang bosan tapi bila je dapat ikan seronok yang amat.
Yang seronok boleh naik bot tengok-tengok sungai. So far aku tak pernah ikut suami pergi kelaut, bimbang mabuk laut katanya.


Time ni 5bulan preggy. semangat ikut suami.

Orang-orang tua cakap kalau suami suka mancing ketika isteri mengandung akan ada cacat cela pada anak yang dikandung. Wallahualam.
Alhamdulillah Zara xda cacat celanya. Itu semua kerja Tuhan. Mak pak pada baby tu harus sentiasa berdoa.
Mintak dijauhkan dari benda yang tak elok.
Tapi Zara punya mata hitam sangat besar, mak ayah aku cakap dah kenan mata ikan nih.
Tapi xpe ibu abah tetap sayang, hehe

Dan semalam suami ke laut lagi bersama ayah mertua dan adik ipar. 
Setelah hampir 7bulan tak ke laut.
Gian suami oi! 

Yang seronok hasil tangkapan semalam ikan besar-besar.
Ikan merah dan ikan kerapu.
Lauk free la kami minggu ni, untuk suami suka mancing.




Makan kari kepala ikan merah hari ni, yummeh!




Monday, May 27, 2013

Zara in vacation




Hai peep! 
Seminggu blog tak jalan, bercuti la sangat.
Hampir seminggu juga bercuti di Langkawi.
Dan for 1st time Zara berjalan jauh sampaikan si kecil itu demam+batuk+selsema.
soo pity!
Sepanjang bercuti, walaupun zara demam+batuk+selsema dia still behave.
Sometime je zara agak cranky ikut mood dia sebab cuaca kat Langkawi agak panas.
Jadi kami masih boleh berjalan, shopping seperti biasa, hehe
Thanks anak ibu!
Dan sekarang kami dah selamat sampai ke rumah dan zara pun dah beransur sembuh.
Alhamdulillah.
Meh layan picas Zara sepanjang disana,


time ni nangis je..nak outing tapi tak jadi.
so pity!

look her face, sobs!

moody je, dalam kedai makan pun menapak.

kain basah always at her head

sempat juga naik duck tour..
zara merasa naik cable car walaupun demam.

Kalau anak demam, tak sampai hati nak tengok. Nak je demam tu beralih kat aku. Sobs!
Sekarang Zara pun dah ok, dan weekend ni kita ke Sunway Lagoon ye anak.
Family Day company abah.
Hope Zara baik-baik je.

Monday, May 20, 2013

Panggilan interview + vacation!




Aku baru je habis interview kerja. Tak habis-habis interview tapi tak pernah nak dapat kerja kat aku. Siapa tak sedih kang? 
Sometime macam dah give up nak pergi interview pun ada, ish.
Tapi aku percaya pada rezeki Allah. Tuhan dah aturkan yang terbaik untuk hambaNya.

Interview kali ni aku tak berharap sangat. Kalau berharap, banyak sangat kecewanya nanti. Kalau rezeki ada meaning pjj la aku dan suami.
Takpe la moga ada rezeki untuk aku, anak dan suami.

Ok, lupakan pasal interview. Takmo bercakap lebih, nanti tak dapat sedih pulak aku.
Nak bercakap pasal vacation.
Now, aku & suami & in law sedang gerak ke Langkawi.
Holiday time!!

So tinggalkan sekejap masalah, lupakan sakit perit bersalin ritu.
Nak berenjoy seketika, hehe

Ok, ak mantok nak bantai tido jap.
tata!

*Doa kan kami sekeluarga selamat pergi dan pulang..aaminn!

Sunday, May 19, 2013

Tak tahu tajuk entri apa, tapi ada juga cerita.. :P




Sekarang bersiaran dari rumah mertua. Nak juga up entri kot ada yang tertunggu. Bajet ko retis kang mila? miahahaha..

Korang tengok tajuk entri kat atas, 1st time tajuk entri camtu, punyala xdak idea, hehe

Semalam majlis bertandang pakcik suami. Seharian memsibukkan (eh word apa ni?) diri dengan mengendong si kecil. Langsung tak jamah apa-apa kerja, untung ada si kecil, hehe.
Tapi ada sedikit sumbangan aku tang pelamin, tolong bikin paper wheel. Tolong juga kang?




Tadaa! Pelamin xda pula snap kat tab. Semua dalam dlsr sil termasuk gambar aku dan zara.
Next entri maybe, kalau rajin, hiks!

Oh ye, esok kami nak ke Langkawi. Pergi naik kereta aje with PIL.
Alamakk kebas bontot la nanti. Tapi xpe asalkan selamat perjalanan pergi dan balik sudaa.
Tak sabar!

So, harini misi aku..

-packing beg baju bajan laki bini & zara (tang ni malas tapi kena paksakan diri juga)
- bawa zara ke klinik (nak checkup untuk 4mo++ dan mintak ubat demam dll untuk standby berjalan jauh)
- membeli keperluan zara spt coolfever, wet tissue kecil dll
- pergi print resume (eh apa kaitan? nanti la story)
- dan perlu study serba sedikit (next entri story)

wahh ko punya misi mila macam nak bercuti kat obersea kang, haha
ok la nak lunaskan misi aku ni.
Jumpa next entri.
tata!

Eh, awal pulak aku bangun daa..awal ke?

Thursday, May 16, 2013

Review : Combi Stroller-Miracle Turn





Zara dah 4mon++, so far sangat suka dan behave duduk dalam stroller ni. Mana je kalau aku dan suami pergi mesti bawak this stroller. So far aku tak pernah lagi outing berdua dengan Zara. Tak berani, lol.
Sebelum review, layan picas Zara dan her stroller.
Kalau outing, wajib tido. Ibu abah heret kemanapun dia tetap bantai tido lena dalam this stroller

Kalau tak tido, Zara akan behave camni. Mata kiri kanan tgk surrounding.
 Behave sampai besar ye anak!!

Ibu sangat rajin tolak sroller, kalau malas baru kasi abah tolak

Combi stroller sangat comfy, light dan easy to open and fold. Recommended it!
Kalau letak dalam kereta memang tak ambil space yang banyak. Walhal kereta kecil, memang muat!
Berani cakap sebab suami dan aku sendiri hanya memakai kereta viva, dan kami tak pernah complain pasal this stroller kalau bawak masuk dalam kereta, hehe

This pic credit to Kina
Oh ye, Kina pun menggunakan Combi stroller but Well Comfort yang mana lebih ringan dari Combi Miracle Turn. Harga pasaran Miracle Turn RM1799 kalau tak silap.
Aku tak sure dengan harga sebab stroller yang Zara pakai kami tak beli.
Kawan mil yang kasi pinjam. Eh! tak tau kasi pinjam ke apa, tapi ownernya cakap engko pakai je so..hehe
Lagipun anak owner stroller ni dah besar dan dia memang ada banyak stroller, semuanya di kasi kat orang. Aku dan suami memang dah melasak sangat dengan this stroller. Ampunn tuan owner!

 Combi Stroller-Miracle Turn specification

The Miracle Turn is the most advanced stroller ever made and the top of the Combi stroller range. It’s a brilliant automatic wheel switching system that locks the back wheels and unlocks the front wheels whenever you reverse the handle.

  • Suitable from Newborn to 20 kgs.
  • Lightweight (6.35 kgs)
  • Easy open/fold
  • Double fold makes it super compact
  • Multiple seat recline
  • Reversible handle
  • Constant front steering
  • Orthopaedic seat cushion
  • Four-wheel suspension
  • Huge sunshade
  • Seat ventilation system 

Xdala nampak stylo, but i like!!
Reversible handle.
See! besarkan sunshadenya, boleh cover the all baby body.
After di lipat, belom di lipat habis.
Done fold! Right view macam beg kan? gedabak besar.
Boleh stand sendiri.
This brand at side handle
Suis to open/fold this stroller. Eh, called suis ke??

Sangat recommended!!
Tapi tang harga tu memang not bad laa. Tak salahkan invest banyak untuk anak sendiri, hehe
Anak selesa, ibu pun suka. eh!


Wednesday, May 15, 2013

Beruntung jadi cucu sulung...




Bertuah  menjadi cucu sulung.  Lagi-lagi kalau perempuan. Maka wan&aki nya sayang lebih la, hehe. Pulak tu mak mertua aku memang dah lama nak timang baby girl. Adanya Zara, bukan main seronok mereka. Suami aku anak sulung, maka jadilah Zara cucu dan cicit sulung dalam keluarga belah suami. Macam mak ayah aku dah ramai cucu, jadi setiap kali kehadiran cucu baru takda lah excited seperti mendapat cucu sulung, tapi layanan terhadap cucu-cucu adalah sama rata.

Semalam Zara dapat gelang dari mak mertua aku. Bukan kemain hepi suami aku sebab tak payah fikir nak keluar duit dah bab gelang.
Sebelum mak mertua aku belikan untuk Zara, kemain suami aku bodek mak dia suruh beli emas, kang harga emas turun dalam waktu terdekat ni.
Dah kata cucu sulung kang, hehe
Ketika mil aku beli minggu lepas, harga emas rm145 (1gram)
Kalau minggu ni taktau la dah berapa, harga emas kan berubah hari ke hari, memang tak tentu. Kalau nak murah elok beli kat kedai emas biasa atau kedai emas tersorok.




Maaf la anak, tok&toki sebelah ibu xdapat nak kasi kat kamu,  cucu ramai nanti tak adil pula bagi cucu yang lain. Tapi xpe ibu tak kisah dan tahu ketidakmampuan tok&toki. Asalkan kasih sayang tok& toki tak kurang pada cucu nya yang duk Kuantan ni, hehe
Tetiba rindu parents, sobs!

Buat wan&aki, Terima Kasih untuk gelang ini.
Abah, ibu dan Zara hargai sangat-sangat.

Semalam after dapat gelang, suami duk bodek maknya belikan rantai pula, haha
Kalau ada rezeki Zara, maka dapat la nanti, hehe

Tuesday, May 14, 2013

Rendah-rendah pun sayang..




Ini cerita bukan memburukkan suami tau!
Suami aku sangat laa kecik dan rendah. Kalau kategori lelaki memang rendah la.
Aku dan suami lebih kurang je tingginya.
Sama-sama sweet like candy giteww, eh perasan? lol
See!


Kalau aku memakai heel, memang ketara sangat la nengoknya.
Suami tak kisah aku memakai heel since dari bercouple dulu.
Kalau sebelum kahwin rasa segan juga sebab kelihatan aku lebih tinggi dari sang boyfreind (ketika itu). Macam janggalkan?
Tapi sekarang dah menjadi kebiasaan, suami pun sangat-sangat tak kisah kalau aku nak membeli heel.
Aku pulak lagi laa tak kisah.
Di kalangan kawan-kawan suami, macam-macam la panggilan/gelaran yang diberi kepada suami.
Suami jenis tak kisah, buat muka dunno je.
Aku pun tak kisah walau suami aku rendah dari aku sekalipun.
Suami rendah dari isteri lebih murah rezeki kan??
Eh betul ke?, itu orang-orang tua selalu duk cakap la.
Kalau betul Alhamdulillah. Setakat kami hidup bersama pun ada juga rezeki kami yang tak disangka-sangka.
  
Cerita sebulan lepas,

Suati hari, ketika suami temankan ayahnya survey untuk membeli kereta.
Time tu suami aku duk dukung Zara, aku dan mil duk sembang agaknya.
Datang seorang lelaki cina (SA barangkali) kat suami then tanya, "eh, ini anak siapa punya?"
Suami aku menjawab, "saya punya laa..."
Lelaki cina : "ooo..dah ada anak, u itu macam budak sekolah laa.."
Suami : "hahaha..itu untung orang kecik.

Aku nak tergelak ketika suami ceritakan semula. Haish, nampak kebudakan sangat suami aku.
Satu bonus untuk suami, lol

Aku bersyukur sangat dijodohkan dengan suami.
Seorang suami yang sangat bertanggungjawab.
Seorang anak yang baik kepada emaknya dan abang yang baik kepada adik-adiknya.
Dan tak kurang juga layanan suami terhadap parents dan keluarga aku sendiri.
Thanks Abang!!
Sayang abang ketat-ketat!!




Monday, May 13, 2013

Sekarang untuk anak je..Selamat Hari Ibu!!




Selamat Hari Ibu!! Untuk diri sendiri, mak, mak mertua dan mommies!!

motif??

Kerja rumah dah settle. Membasuh, menyapu, kemas rumah dan dapur, menjemur dll. Lega! Dan anak masih tido, maka dapat la aku beronline seketika. Yeahh!

Semalam hampir separuh hari berjalan. Mak aihh penatnya kaki. Hanya ke ECM (East Cost Mall) dan Berjaya Megamall. Kami laki bini memang suka window shopping. Pergi dengan takda tujuan dan hanya berjalan semata-mata. Kesian anak kami dapat mak pak yang hanya suka window shopping. haha
Tapi semalam ada jugak pekdahnya. Takda la pulang tangan kosong.

Dan semalam, sempena Hari Ibu kami makan-makan di Kenny Rogers.
Aku yang belanja suami. Eh, pelikkan? Dah terbalik pula.
Memang dah niat aku nak belanja suami makan Kenny Rogers.
Sesekali belanja suami tak salahkan? Lagipun dalam setahun ada la sekali aku belanja suami, haha
Cheapskate!! lol

 Eh ni aku punya, suami punya nampak pinggan je, aku memang tak reti kalau snap pic, lol


Tapi semalam ada juga membelinya, itupun untuk Zara je. See, sekarang semuanya untuk anak.
Kami laki bini sanggup tak bertukar baju, demi untuk mu anak. ishh!
Tapi untuk aku banyak membeli online kot, kekeke
Sampaikan suami dah hold transfer duit ke akaun aku, sobs!
Elok juga hubs buat gitu, aku tak marah. Sometime nafsu aku nak membeli online tak terkawal, lagi-lagi since dah ada m2u. Laju je tangan klik order sana sini, hehe

 Hasil rembatan baju untuk Zara,


Minggu depan nak berholiday ke Langkawi, maka tambah la baju sepasang dua untuk Zara.
Tapi kalau tak g holiday pun, ada je jugak baju si kecik yang terbeli, tak tahan wess!
Ini belum raya lagi, haish.


*Tak sabar nak ke Langkawi next week!!

Saturday, May 11, 2013

Mood on-off




Rambut gugur selepas bersalin, normalkan?
Rambut dah gugur macam pesakit tahap kronik. Stress aku!
Kalau Zara main tarik sikit2 pun dah berlambak jatuh.
Nak potong pendek suami tak kasi, tah kenapa, isk!

Mood aku pun tak ok sangat rini.
Tetiba perut sakit.
Peod dah start datang 2week ago.
Yang kecewa nya peod just datang 3 hari pastu xda tapi sakit senggugut still ada.
Macam tak lawas keluarnya, then last week datang lagi 4,5 hari.
Hormon dah tak betul after beranak.
Tak selesa sangat.

Mommies ada macam aku x?

Perut still on-of sakitnya, tak selesa pulak.
Ok la nak tido, suami ajak keluar tapi macam malas je.


**Rezeki Nuffnang, cek acc tengok BE bertambah, Alhamdulillah.

Wednesday, May 8, 2013

Wishlist Zara




Zara punya wishlist. Ibu yang over sebenarnya, haha

Memandangkan Zara dah 4bulan, jadi aku dah start survey blender untuk solid food dia.
Punya gigih ibu. Takkan nak campur aduk blender kan. Mau anak aku dapat tempias rasa cili nanti, ishh

Aku dah terberkenan dengan dua blender ni, hope dapat permission dari suami, huuu


Blender
Baby Bullet

Range harga 140-150 gitu.
Kalau xdapat baby bullet, mini Philips compact kat bawah ni pun dah ok, boleh ibu tumpang buat juice juga, hehe

mini blender Philips compact size


Harga 130++ kalau tak silap. 



Wardrobe

Nak cari yang plain je, xmo corak-corak camni.

So far baju Zara letak dalam bakul je. Seakarang baju Zara dah makin bertambah dan aku semakin pening camne nak susun atur.
Harga aku belum survey, plan nak beli dekat kedai perabut biasa je kot2 la boleh deal harga.



Mesin Jahit mini



 Eh..eh ini wishlist ibu Zara, hehe. Saja menumpang.
Tah kenapa tiba-tiba berkenan mini swing ni. Senang nak jahit baju atau seluar koyak.
Nak bawak balik kampung pun cam mudah je.

So far, ini je antara wishlist aku dan Zara. Gedik kan nak wishlist jugak, haha

Ok, nak pergi masak ni, tata ^_^


Tuesday, May 7, 2013

Hasya Nurzahra 4months




Suamiku workaholic sungguh. Hari ini cuti umum bagi Pahang iaitu Hari Hol, tapi suamiku tetap bekerja sampai malam pulak tu. Memerap kat rumah la aku dan zara, sobs!
1 Mei ritu pun suami kerja, xda istilah cuti kot bagi suamiku, uwaa..
Tapi xpe, lagi 2minggu kami akan bercuti ke Langkawi, yeaa tak sabar!
Eh melalut sekejap.





Oh ye, hari ni genap Hasya Nurzahra 4months.

"Happy 4mon sayang. Semoga membesar dengan sihat dan bijak. Juga moga menjadi anak solehah dan membanggakan ibu dan abah, aamiinn.."

 2mo to go for excelusive breastfeeding. Tak sabar nak bagi Zara makan.
Eh kalau intro awal solid food kat anak boleh?? Meaning 5mon or 5mo++...
Excited punya pasal!!


Monday, May 6, 2013

Weekend yang sibuk!




Weekend yang super duper sibuk. Jumaat malam pergi ke Pekan majlis nikah pakcik suami.
Sabtu pergi majlis sanding sebelah pihak perempuan juga kat Pekan.
Rushing u!

Habis majlis terus pecut balik ke Kuala Terengganu. Kesian suami sebab drive.
Nak balik mengundi punya pasal.
Aku 1st time nak mengundi, excited pun ada.
See! 1st time nak mengundi so muda lagi letteww..hiks perasan!

kami sedondon..comel tak kak ton??







Ahad pagi terpaksa p mengundi awal, seawal yang mungkin.
Terpaksa menapak sekejap jela kat rumah parents, sedihh.
Sebab after aku, turn suami pulak mengundi.
Bukan mengundi kat tempat aku tapi terpaksa pula pecut ke Paka, fuhh!
KT ke Paka makan masa 1 jam setengah juga.
Sampai di Paka around 3pm, untung pergi mengundi petang xpayah nak beratur panjang, fiuut! memang dah xda orang.

Then after maghrib semalam gerak balik ke Kuantan. Memang xdang nak spend masa lelama dengan family masing-masing. Memang niat balik nak pangkah je.
Dan Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kampung selamat.
Time mengundi ni peel perangai manusia takleh di duga, buatnya menggila kat jalanan memang haruu..
Selamat sampai kat rumah 11:30pm semalam.
Then lepak depan tv dengan suami tunggu result PRU, 1am xtau kesudahan pru terus masuk tidur, tak kuasa nak menunggu lagi.

Dan pagi ni, after subuh tak sambung tidur. Biasa kalau aku penat sangat aku akan bantai tido semula dengan anak, teman anak tido kata ko, hiks
Tapi mengenangkan rumah tunggang langgang abaikan je penat tu.
Time anak tido laa boleh buat semua kerja. Quality time!!
Bangun terus angkut baju kotor masuk washing machine. Then menyapu kat dapur, bilik, ruang tamu dan bagai.
After dah settle semua baru boleh bernafas lega. Rasa tenang.

Sekarang melepak depan tv sambil buaikan Zara, jap lagi nak mandi. ^_^

*psstt..uolls balik mengundi tak??

Saturday, May 4, 2013

Al-fatihah buat baby Aqil Hamzah




Aku sebak dan tetiba air mata menitis. Walaupun tak pernah bersua muka dan hanya kenal di alam maya tapi naluri keibuan tetap merasai kesedihan ini.
Mendapat perkhabaran dari group gojes blogger supermom&baby berita kematian baby Aqil Hamzah.

Di fahamkan baby Aqil Hamzah demam on off 2 minggu berturut dan berada di wad ICU HKL sebelum meninggal disebabkan demam coccus atau demam berdarah.

Aku masih sebak, xdapat nak menaip panjang.
Takziah buat mama Erina Asmawani sekeluarga.

Friday, May 3, 2013

Zara melaram..




Arini Zara over bermekap. Kecil-kecil dah melaram. Mengalahkan ibu tau.




Bukan mudah tau nak mekap budak sekecil ni. Mencabar okeh!
Percaya??

Gara-gara apps perfect 365, Zara boleh jadi secantik ini, hiks
Kesian kalau ada yang percaya Zara bermekap.
Aku tak sekejam itu ye nak mekapkan anak sekecil ini. haha

Gamaknya camni la cara seller nak lariskan produk jualan kecantikan mereka.
Dari tak lawa terus menjadi cantik dengan sekelip mata.
So kena berhati-hati dan pandai memilih.

Sekarang dah macam-macam apps untuk edit gambar.
Seronok pula bermain dengan apps ni o_O




Membasuh beras




Salam Jumaat!




Jom amalkan!
Sambil memasak sambil beramal, dapat pahala.

Aku pun kadang-kadang lupa nak baca, selalunya berselawat je.
Niatkan yang baik-baik untuk kasi suami dan anak-anak makan.

Kalau jenis yang lupa macam aku, ambil ni dan tampal kat dinding sinki.
Nak mula basuh je terus baca.
In sha Allah lama-lama akan ingat.
 
 



Thursday, May 2, 2013

Tak sabar nak bercuti!




Dah lama aku tak pergi bercuti sejak preggy last year. Dan tahun ni bodek jugak suami nak pergi bercuti.
Buat apa kerja kuat-kuat, simpan duit bagai then tak bawak anak bini pergi holiday. Ye dak?
Tak enjoy life cenggitu..hiks
Lagipun reward untuk aku setelah berehat panjang tempoh hari.

Setelah dibodek mahu jugak suami aku pergi. Takda laa ke obersea cuma Langkawi je.
Aku kan 1st time nak jejak Langkawi, sedih tak dengor? Jakun pun ye, haha
Suami aku dah 3,4 kali pergi before kahwin, aku pulak xpernah sampai ke sana.
Sebab kesian kan aku lah suami nak juga bawak aku.
Kami takkan pergi bertiga, tapi mertua akan ikut sama.
Sebab Zara masih kecil, then suami aku cakap perlu bimbingan orang tua kalau di sana.
Kot2 la Zara buat menangis kat sana kalau kami berdua takut tak terkawal pula.
First time Zara nak jalan jauh, baby kalau menangis lain macam tu tanda dia sakit atau takutkan sesuatu.
Itu yang aku risau.
Kalau menangis setakat nak tidur atau lapar aku masih boleh handle.

Kami rancang nak pergi 2 minggu selepas mengundi, biar keadaan demam mengundi reda.
Btw pergi dengan kereta dari Terengganu, xnaik flight pun.
Xpo janji selamat sampai ke Langkawi.
Lagipun driver dua orang, suami dan ayah mertua aku.

Dan aim aku ke sana xdala nak bershopping cuma nak jejak Langkawi je.
Jakun je bunyi..kesiann.
Tapi kalau ada yang berkenan sambil menyelam minum air. lol


Wednesday, May 1, 2013

WW#17 : Infinity Pool




One day kalau la aku dapat pergi ke tempat ni
Fuhh verangan!!
 
 
@Marina Bay Sands Singapore






**psst : suamiku workaholic, cuti pun kerja, berkurung kat rumah laa aku..sobs~