Wednesday, February 27, 2013

Pengalaman bersalin..




Salam pembaca.

At last dapat jugak kongsikan pengalaman bersalin. Gila kentang!! Amek masa hampir dua bulan nak publishkan entri nih, hahah..Pengalaman yang biasa-biasa, xdala ngeri sangat, hehe..cewaahh cakap besau..Istigfar jap!

Alhamdulillah, selamat melahirkan Hasya Nurzahra secara normal pada 7 Jan 2013 bersamaan 24 Safar 1434H jam 4:47am di Pusat Perubatan Intan K.Terengganu.
Deliver 1 hari awal sebelum due date nya, hehe

Detik-detik sebelum kelahiran baby zara..


29 Dis 2012 ( Sabtu)

Petang, sekitar jam 3:30pm perut aku sakit seperti sakit sengugut plus sakit pinggang. Bagitau mak then mak aku suruh abang aku bawak g klinik yang akan aku deliver tu, tapi aku taknak. Sakit aku pun belum kritikal time tuh. Aku nak jugak tunggu suami balik, kebetulan suami aku akan sampai petang tu jugak. Lagipun firasat aku kuat mengatakan aku xkan bersalin tahun 2012. hehe.
Malam sekitar jam 10:20pm, sakit tadi berulang lagi. Suami dah ada kat rumah time tu. Aku dah cuak, xkan dah sampai masa kot. Aku pun ajak suami g klinik tempat aku akan bersalin tu. Klinik dengan rumah parents aku sangat la dekat, 10minit dah boleh sampai. Sampai jek terus cakap kat nurse yang jaga kaunter nak jumpa doc. Tunggu dalam 5minit, then nurse panggil masuk. Pastu btau doc masalah yang berlaku. Doc terus cakap ok masuk LR nak cek jalan. Berlaku la adegan seluk2. Xdala rasa sakit cuma ngilu je. Lepas seluk, doc cakap bukaan dah 2cm. Rumah dekat je so awak boleh balik rumah dulu. Sakit kerap setiap 5minit baru datang lagi. Hampehh. Cakap kat asben, boleh pulak asben cakap..kan betol xkan bersalin lagi, sebab abang xrasa excited pun..haish boleh pulak camtu..lol

30 Dis 2012 (Ahad)

Suami balik bekerja seperti biasa..kehidupan aku seperti biasa, tiada tanda-tanda sakit yang kerap. Kadang-kadang sakit cam senggugut je datang.

31 Dis 2012 - 5 Jan 2013

Sakit masih seperti biasa, sakit yang terkawal. Kejap2 je rasa sakit tu jadi aku biarkan je sebab doc pesan sakit yang berturutan setiap 5minit baru boleh datang. Hajat hati nak deliver kan anak ni 1st new year tapi tak kesampaian jugak. hehe. Time sarat waktu ni aku tak keluar g mana2 sebab suami tak kasi, huhu. so aku banyakkan berjalan dalam rumah dan buat kerja rumah je.

6 Jan 2013 (Siang)


Pagi, seperti biasa aku kemas rumah, kemas dapur, sapu sampah..sampaikan mak aku cakap aku ni seperti orang tak preggy. terlebih rajin sangat, hehe..aku sengaja rajinkan sebab nak kasi cepat bukaan dan mudah bersalin.
Petang, mak dan adik aku nak ke hypermarket beli barang dapur dan aku gedik2 nak ikut. minta izin asben, pujuk rayu nak ikut jugak sebab aku rasa masih larat nak berjalan. Jumpa kazen, dia cakap eh dah sarat pun masih berjalan lagi, xpe nanti cepat la tu bersalinnya. Masin mulut kazen aku malam tu bersalin! Dapat jugak pergi dan pulang dgn selamat, hehe.

6 Jan 2013 (Malam)

8: 45pm - Selepas Isyak, tetiba aku rasa seperti air tumpah keluar dari miss v. sampai tumpah ke lantai bilik. Tapi tak banyak. tanya mak, mak cakap air ketuban. Aku confius sebab macam cenonet pulak airnya. Aku steady je sebab lom rasa sakit. sempat basuh pinggan lagi, hehe. mak aku pulak yang cuak suruh cepat2 bersiap. Aku boleh cakap relax la mak, hehe

9:20pm - Sampai hospital. Tunggu turn untuk jumpa doktor lebih kurang 15minit. Kes aku bukan emergency sebab aku tak rasa sakit sangat.

9:40pm - Dapat jumpa doktor. Bagitau doc masalah yang berlaku terus doc suruh masuk LR nak cek jalan. After seluk lol baru 3cm. Doc cakap admit wad terus. Sempat pulak aku tanya doc, tak leh balik rumah dulu ke? kan baru 3cm. sengal. Doc tak kasi balik. Sebab doc risau maybe dah leakage ketuban then takut ada jangkitan pula. So stay la aku kat situ. Nurse masukkan ubat berak kat bontot. Maka terceri-beri laa aku banyak kali ulang masuk toilet. Nasib dalam bilik ada toilet sendiri.

10:00pm - Bermula la kontraksi. Sakit masih terkawal. Sempat call asben, siblings, parents in law pasal aku dah kena admit wad. Asben buat hal btau nak datang Subuh esok. Hampehh naik hangin jap aku. Dah la umah mertua nak ke hospital tu makan masa sejam lebih jugak.

11:00pm - Sakit yang makin kerap tapi masih boleh bertahan. Asben text cakap dia dah bertolak. Lega! Time tu mak aku temankan dan kasi can mak aku tidur. Aku memang takleh tido langsung sebab menahan sakit kontraksi yang makin kuat.

12:00am - 1:00am - Makin kerap sakit. Menggelupur aku sorang diri. Mak pulak tidur, tak kejutkan sebab kesian. 1am asben sampai. Hepi tengok muka asben. Aku sekejap baring sekejap bangun. Takleh baring lelama sakit pinggang ya amat. Asben tolong picit2 rasa lega sikit sakit tu.

2:30am - Nurse datang ajak masuk LR. Cek bukaan 6cm. Nurse pasang mesin ctg kat perut nak tengok kekerapan kontraksi. Aku time nih tak tentu hala dah xleh nak baring betol2, kejap merengkok badan kekiri, kejap kekanan. Then, nurse suruh balik semula ke bilik. Bilik aku dengan LR tak jauh. Nurse cakap kalau rasa nak berak bagitau.

3:15am - Dah tak tahan sakit sangat. Sampaikan aku suruh suami mintak epidural kat nurse. Sakit hanya Allah yang tahu. Lembik habis satu badan. Tapi nurse tak kasi sebab risau aku tertido ke apa lagipun bukaan dah besar. Time ni dah tak tahan rasa nak teran pun ada sampaikan tetiba suara aku terkeluar cam orang nak teran..ergghhhh..haa lebih kurang camtu laa.  (boleh imagine?)Last2, suami tolak masuk LR guna wheelchair xlarat nak jalan sendiri.

3:45am - Nurse cek bukaan 8cm, then hold sehingga bukaan sampai 10cm. Time ni xtau nak cakap apa. Rasa nak teran je baby nih, tak larat nak sakit kontraksi nih. Then, aku cakap kat nurse rasa nak teran.

4:00am - Dalam rasa sakit, aku sempat tengok nurse dan doc sibuk amek alat-alatnya. Suami time tu dah ada kat sisi aku. Then seisi teran-meneran bermula. Aku tak pandai meneran, huhu. Banyak kali aku teran baby xkeluar2. Suami kat sisi tak putus2 kasi semangat. At last, doc marah kat aku ketika duk meneran sebab aku teran keluar bunyi suara dan aku xpandai kawal nafas. Doc marah sebab takut baby lemas. Baby dah nampak kepala pastu masuk semula. Banyak kali camtu. Then aku dengar bunyi zappp! Doc dah gunting, tak sakit sebab sakit kontraksi lagi laa sakit. (Disebabkan seisi teran meneran yang banyak kali, atas kepala Zara sedikit benjol sampai sekarang, huhu..mak aku cakap benjol tu akan hilang sendiri mengikut perkembangan kepala Zara, mudah2an)

4:47am -  Zara dah selamat dilahirkan. Lega. Terus hilang rasa sakit tadi bila nampak anak sendiri. Alhamdulillah sempurna sifatnya.Kemudian seisi menjahit. Tak sakit sebab doctor dah kasi bius. Jahit pun sekejap je. Hampir pukul 6am aku dah dihantar ke bilik.

Untuk makluman, aku mengalami ketuban darah. Ketuban darah pedih yang amat berbanding ketuban air. Time aku kontraksi darah dah banyak keluar, huhu. Patot la rasa perit semacam je, huhu





Tuesday, February 26, 2013

Berat dah ideal!




Salam readers

Eh tetiba rajin buat 2 entri hari ni. Sementara Zara duk tido, taip lelaju.
Yeaah berat badan kembali ideal. Suka!

Berat before preggy - 45kg
Awal preggy - 42kg (susut sebab alahan teruk!)

Then setiap bulan naik sikit2 je. Makan dah banyak kot. alahai untung badan, hihi
Bestnya sepanjang preggy aku xperlu minum air gula. Doktor sporting, katanya xyah la minum air gula, berat cenonet je. lol
Alhamdulillah sepanjang preggy kan Zara aku xalami sebarang masalah yang sukar.
Syukur Allah permudahkan.

Bulan last preggy berat aku 51kg. Ringan?
Perut aku pun kecik je time kandung Zara, tapi Zara keluar besar boleh tahan.
Aku sendiri terkejut sebab xpadan dengan perut yang kandung.

Dan sekarang berat aku dah back to asal.
Timbang kat kk 45kg. 
Aku suka, suami pun suka, hehe
Tapi yang tak suka perut xleh back asal lagi. Bagi aku dah ok tapi sang suami meminta nak perut cam dolu. haish..boncit sikit je pun..lol
Akan ku cuba penuhi permintaan suami.

Perkembangan berat Zara..

masa lahir - 3kg
10hari - 3.2kg
20hari - 3.9kg
sebulan - 4.2kg

Sekarang taktau la brp, makin berat kot sebab kalau dokong lelama dah tak larat, hoho
Nasib Zara dapat ibu dan abah yang comel saiz badannya, hehe


Nak cari Minyak Kelapa Dara Tropika!




Salam readers.


Eh, Zara dah botak!

Sebab tu aku nak cari Minyak Kelapa Dara Tropika. Orang cakap elok. Nak sapu kat kepala Zara, nak kasi rambut tumbuh elok, xdala rambut makan dek bantal..

Siapa pernah pakai? Menjadi tak?

Banyak nya aku tengok minyak tu jual online, malas pula nak p transfer duit bayar order.
Nak pakai maybank 2U, cimb clicks tak reti, huuu
Sebab suami xda sama so susah nak bawa Zara kehulu kehilir, eh.

Ada jual kat farmasi tak?

Atau ada yang pernah taruk minyak lain kat kepala baby selain minyak tu?
Any suggestion!!


Monday, February 25, 2013

Jom Instagram!




Salam readers.

Sekarang dah femes pasal Instagram. Instagram aku dah lama wujud tapi hari ni baru tergerak hati nak share.
Mostly gambar Zara je kat situ. Gambar abah dan ibu Zara adala 1,2keping.hehe
Time xda kerja aku share la gambar Zara kat situ. Nak update kat blog hari-hari alahai. faham-faham kan aje.
Takleh dah hari-hari nak update kat sini macam dolu. Tak menyempat!

Meh folo Instagram aku, tak folo pun xpe ^_^




eh, aku nak wat review Breastpump yang aku guna..best!

next entri maybe, wait yee!

Thursday, February 21, 2013

Habis berpantang!




Salam olls!

Susah sangat nak update post sekarang. Online pakai tab so nak update tersangat la cerewet. haish..
Pejam celik dah habis tempoh berpantang. 45hari today. Tak sabar nak balik Kuantan. Yeahh! Nak bawa Zara jalan-jalan. 

Nak cerita pengalaman berpantang. Eh aku masih berhutang pengalaman bersalin??hehe
Sangat mencabar. Dugaan bertimpa datang ketika aku berpantang.
Yang mana kakak ipar aku meracau ketika aku berpantang.
Berubatpun dibuat kat rumah parents aku so lagi seram sejuk aku time tu.
Sekarang pun tak pulih sepenuhnya, huhu
Stress sangat. Menangis-nangis aku sebab takut maklum la badan tengah kotor time tu.
Takut dapat tempias ke apa, huuu
At last dalam 20hari berpantang suami aku angkut aku dan Zara p berpantang rumah maknya. Hampir dua minggu juga kot.
Ok, habis dugaan pasal ni.

Dugaan lain pula, kakak aku kematian anaknya di dlm kandungan. Usia kandungan 32w++.
Sedih sangat-sangat. Kematian kali ke-2.
Menangis lagi aku sebab terasa sangat2. Since dah ada anak sendiri.
Dan hampir stress sebab ada mulut-mulut suruh asingkan aku berpantang dengan kakak aku. mean xboleh berpantang sama2 dlm satu rumah. lagi haruu..
Sebab risau kakak aku menangis dan tertekan bila tengok anak aku.
Boleh meroyan nanti, nauzubillah mintak dijauhkan.
Dan sehingga sekarang akak aku pun dah makin pulih. dah boleh redha dengan apa yang berlaku.
Aku sendiri pun banyak bagi semangat dan berkongsi pengalaman berpantang.
Alhamdulillah dia dapat terima.

Ohh, tu je kot dugaan aku dalam berpantang.Dugaan yang mencabar bagi aku. huu
Eh Zara dah bunyi 'siren'nya..nak susu leteww..bye!


Sunday, February 17, 2013

Kasih seorang Ibu..







Salam readers,


Since dah ada anak perasaan keibuan membuak-buak. Setiap saat duk nak cium anak je. Macam aku sorang je yang ada anak. hehe. Hari ni dah 41 hari berpantang. Eh pejam celik kejap je kan masa berlalu. Sedar2 dah nak habis tempoh pantang. Yeaah! tak sabar nak balik Kuantan. Nak duk dekat2 dengan hubby dan nak bawa Zara jalan-jalan, hehe

Minggu depan asben datang ambil, stay rumah parents in law satu minggu then baru balik Kuantan. Since duk berkepit dengan Zara, blog sangat terabai. Sori olls!


Eh, aku masih berhutang entri pengalaman bersalin laa..dah nak habis berpantang nih..sshhhh~

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, February 7, 2013

Menangis baca text itu..




Salam readers.

Aku masih dalam mood sedih. Sedih kerana kisah kakak aku. Tidur pun tak lena. After menyusukan Zara 5:30am tadi sampai sekarang tak tidur. Terus terfikir nak wat entri.
Pakai tab so xsusah nak on ke apa macam laptop.

Kisah di entri semalam.
Sedih sangat-sangat. Semalam aku duk menangis sorang-sorang kenangkan kisah itu.

Semalam aku text akak aku, tanya camne keadaan dia..
tetiba dia balas text aku camni..

"Ani dan abang sedih la..beli baju dia comel-comel tapi xdang nak pakaikan..la ada anak, tapi Ani dah xda.."
(la panggilan akak untuk aku)

Ya Allah..menitik air mata aku ketika baca text tu. 
Tak tertahan rasanya walaupun yang laluinya adalah kakak aku.

Teringat ketika sama-sama preggy. Banyak perkara aku kongsikan bersama.
Perihal beli baju baby, perihal ilmu mengandung dll.
Sedih bila kenangkan.

Kalau pemergian anaknya yg sebelum ni aku tak terasa sangat sebab time tu aku belum kahwin.Tapi pemergian anak dia kali ke-2 ni memang aku cukup terasa kerana aku sendiri dah lalui jerit perih mengandung 9bulan. Secara automatik naluri keibuan itu menjadi kuat.

Ya Allah besarnya dugaan Mu pada kakak ku..

Moga akak aku lebih kuat untuk terima dan hadapi kehidupan mendatang.
Dan dipermudahkan rezeki untuk mendapat anak lagi..Aaminn.
In sha Allah..



*suami akak aku pernah bermimpi yang perut akak aku kosong (seperti tiada baby) ketika akak aku mengandung. petanda yang baby tu akan pergi meninggalkan mereka.Mimpi tu abg ipar aku bagitau mak semalam selepas doktor sahkan baby memang dah xda.
Sebelum ni abg ipar aku abaikan mimpi tu sebab di fikirkan mainan tidur.
Kuasa Allah..

Wednesday, February 6, 2013

Al-fatihah untuk anak kakak aku..




Salam readers

Al-fatihah untuk anak kakak aku. Moga anak itu membantu ibu dan ayahnya di Syurga nanti.
Aku sedih, simpati..nak menangis tapi air mata tak mampu keluar.

Anak kakak aku meninggal di dalam kandungan. Usia kandungan 32w++.
Semalam kakak aku checkup mcm biasa kat kk.
Doc scan 4,5 kali tengok jantung baby tak bergerak. Refer hospital doc pun scan ckp benda yang sama. Then result pagi ni doc sahkan memang anak tu dah meninggal dalam perut.
Sekarang dah masuk ubat tunggu proses nak keluarkan anak tu.

Aku sedih dan terkilan sangat2. Taktau nak describe camne.
Yang sedihnya sebab ni kandungan sulung dan kali kedua kakak aku kematian anak camni.
Kes sebelum ni berlaku tahun 2011.
Hopefully kakak aku kuat untuk hadapinya.

Terkilan sebab tak dapat bersama dengan family aku sebab aku masih berpantang kat rumah mertua.

Al-fatihah buat bayi itu...

Tuesday, February 5, 2013

Our 1st Anniversary




Salam readers.

Long time no update. Sibuk bermain dengan zara. Dah xkesah blog update ke tak, hehe
Esok zara genap sebulan. Alhamdulillah zara semakin memberat.
Berat masa lahir 3kg, after 10hari 3.2kg then after 20hari 3.9kg.
Nah 0.7kg mendadak naik. Alhamdulillah.Tunggu timbang untuk sebulan pulak.

Harini 5/2/13 kang?
Alhamdulillah our 1st Anniversary.
Bersyukur dengan kurniaan baby zara buat kami berdua.
Thanks Allah!