Friday, December 28, 2012

Jumaat terakhir 2012




Salam jumaat.

Lagi bersiaran dari kampung. Macam biasa belum terberanak lagi. Tanda-tanda pun belum ada. Minta dipermudahkanNya. Aamiin.

Jumaat terakhir untuk 2012. Sedih.
Kejap je masa berlalu. Terasa baru je naik pelamin awal tahun ritu tup2 dah akhir tahun dengan perut yang memboyot. Eh, betul ke aku dah nak jadi ibu? hehe

Sebenarnya aku dah blur nak buat entri apa.
Dalam kepala macam banyak benda nak share tapi entoh ler benda tu macam dah kelaut.huk
Mungkin lemau sebab musim banjir kot. Eh, xda kaitan pun.

Rutin harian aku kat kampung, hari-hari duk berjalan dalam rumah, haha.
Nak berjalan atau ronda2 kat luar suami tak kasi aku drive. Kat umah parents, aku dan ayah je tahu bawak kereta, manual pulak tu.  Nak heret ayah g ronda2 tak sampai hati, kesian.

Kalau berjalan pulak lagak seperti orang tak mengandung. Serius walaupun sarat dah sampai masa. Sampaikan mak aku cakap berjalan macam orang tak bawak perut.
Perut aku kecik wess. Last checkup ritu berat baby dah 2.5kg++. Ok la kan, padan la dengan aku yang kecik cenonet ni. hihi
Berat badan tak banyak naik pun sepanjang preggy. Nak merasa berat cecah 60kg tapi tak kesampaian. Yang dapat pun 50kg++ je. 

Haila, makan dah banyak tapi berat tetap takmo naik banyak. Ramai yang tanya apa tips aku badan maintain kurus walaupun preggy? takda tips pun. badan aku memang jenis camni. tapi xpe aku dan baby alhamdulillah sihat walafiat :)

Eh, tatau nak wat entri apa sebenarnya sebab tu merapu meraban camni.
Tapi nak share 1 bad news. Rumah abang aku kat Kemaman, Terengganu teruk kena banjir, dah 3hari banjir, air beransur surut tapi surutnya pelan-pelan.
Mostly semua benda tak sempat nak diselamatkan.
1st time bencana besar camni berlaku kat dalam family aku. Ujian dari Allah.
Tak jangka pun banjir area situ jadi sebesar tu.Abang aku panik so tak sempat nak selamatkan apa-apa. 

Kereta dia separuh tenggelam sempat ditunda lari, kalau tak tatau laa.
Last2 abang aku bawak anak bini dia balik umah parents aku.
Tak sanggup nak bersesak dengan 3000 org di pusat pemindahan.




Gambar yang dipost kat fb aku. Area kawasan rumah abang aku.
so sadd..ada hikmah disebalik ujian ni.

Wednesday, December 26, 2012

WW#14 : Perut dah jatuh!




Salam readers.
Sekarang 38w++. Tunggu masa je. Bila baby nak keluar ni? hehe



Comel tak bump kita?? :p
Ramai yang tegur perut aku dah turun. Hiks..bila-bila masa je baby boleh keluar ni.
Tunggu abah balik next week ye sayang!
Baby tahun baru!!..Hopefully!! Aaminn.

Tuesday, December 25, 2012

10 tips mudah untuk bersalin




Salam readers.

Sejak balik kampung, online pun dah jarang sangat. Ya ampunn.
Sekarang menghitung hari untuk bersalin. Bila-bila masa je aku boleh bersalin.
Tapi suami takda kat sini, masih dengan tuntutan kerjanya. Tahun baru ni suami balik sini, hopefully adalah tanda-tanda untuk aku bersalin time suami kat sini. Aamiinn.

Dalam pada duk online, aku duk usha jugak pengalaman mommies lain bersalin. Pengalaman sendiri belum ada jadi cari pengalaman orang jela.
Macam-macam pengalaman. Seram time membaca, hehe
Harap, saat aku nanti dipermudahkanNya.

Aku nak share tips untuk mudah bersalin.
Tips ini aku ambil dari fb.
 

  1. Amalkan bacaan ayat-ayat Al Quran , selawat dan zikir. Selepas solat, amalkan baca doa-doa berkaitan pregnancy, bersalin dan nak dapatkan anak soleh seperti surah Al A’raaf (128), surah At Taubah, surah Yunus (31), surah Yusuf (68), surah Al Hijr (97-99), surah An Nahl (78), surah As Sajdah (7-9), surah Maryam dan surah Yaasin. Selain itu, amalkan baca Al fatihah, 3 qul, Ayat Kursi dan selawat syifa’ sebelum tidur dan sapu ke perut dari atas ke bawah. 
  2. Minum air kelapa muda. Selain memudahkan proses bersalin, ia membersihkan kepala bayi yang keluar dari pintu rahim. Kulit pun cantik dan rambut sihat.
  3. Banyakkan ‘aktiviti’ bersama suami. Pilih posisi yang sesuai bila bersama..Kalau rasa malas & tak bernafsu..ingatlah ini hanya satu usaha utk memudahkan anda bersalin. Selebihnya tawakal.
  4. Meminta maaf sekerap mungkin terutama kepada suami & ibu bapa
  5. Makan kurma 3 atau 7 biji sehari
  6. Tidur yang Mencukupi.
  7. Jangan Tahan Kencing. Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses kelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.
  8. Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan
  9. Kerap Berjalan-jalan. Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses kelahiran. Jangka masa proses kelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses kelahiran.
  10. Tarik Nafas Panjang. Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses kelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang.


**Tapi ingat ini hanyalah ikhtiar dan keberkesanannya atas izin Allah SWT sahaja. Setiap kelahiran itu berbeza sakitnya dan hanya Allah yang menentukannya.


Saturday, December 22, 2012

Spontan Saturday's




Salam readers.
 
 
"Mother's Love"




Thursday, December 20, 2012

Sudah berada di kampung...




Salam readers.

Macam lama je tak update blog, rupanya baru seminggu. 
Ada yang rindu tak? hehe

Aku sekarang dah berada kat kampung. Eh aku belum ber'anak' tau! Cuma balik 3minggu awal sebelum due bersalin. Takmo terberanak kat Kuantan. Suami dan aku nak baby jadi kerakyatan Terengganu macam mak paknya jugak. Terengganu sokmo! hehe

Heavennya balik kampung!
Sebelum tiba waktu bersalin, semua benda aku gasak makan.
Dapat makan masakan mak even masakan simple pun, Ya Allah nikmat teramat.
Alhamdulillah.
Pulut durian, nasi kerabu, ikan singgang semua dah selamat kat dalam perut.
Siap jadik bahan kumuh lagi, hehe
Mak cakap makan puas-puas sebelum deliver, dah berpantang nanti hadap la ikan panggang kunyit hari-hari. huhu..uwaaa

Mak aku dah siap pesan awal-awal.
Berpantang jangan main-main.
Makan minum semua kena jaga. 
Termasuk berurut, bertungku, bersalai, berbengkung. fuhh..baik mak!
Heee tak sabar pulak rasanya nak lalui semua tu ^-^

Nak body macam mak.
Walaupun beranak 13 orang, tapi body maintain slim. Berat maintain sama dari muda ke tua, hehe
Perut tak buncit, urat-urat biru tak timbul. Salute laa makk!!


...........................................................................................

Oh ye, aritu aku ada bagitau nak guna yes time kat kampung kan? Entri ini.
Sekarang aku beronline pakai yes la. Yang blog jadi tak berupdate tu sebab malas, hehe.
Kalau dah kat kampung camtu lerr jadiknya.

Setakat ni aku pakai speed nya sangat la ok. Sebelum uolls nak bertukar pada yes, cek dulu coverage kat tempat uolls. Time suami aku daftarkan yes ni, SA nya cakap, kalau tempat tu ada sekolah mean ada la tu coverage nya sebab semua sekolah mostly pakai yes
 Ok, tu je aku dapat share.



See uolls later!!

Thursday, December 13, 2012

Giveaway BlogCikIyfahJo




Salam readers.

Dah lama tak join GA. Seriously!
Tetiba berminat nak join GA BlogCikIyfahJo.
Nak join sebab berminat tang hadiahnya.
Iyfah, i nak hadiah ireland fridge magnet boleh? hiks
Ataupun eiffel tower replica^_^

Actually sekarang tengah kumpulkan fridge magnet. Nak tambahkan koleksi.
Maklum la after bersalin nak masuk rumah baru. Rumah sewa je pon. lol
Fridge pun mesti la yang baru so semangat nak tampalkan kat fridge, hiks!

Uolls nak join leh la terjah blog Iyfah.

Syarat-syarat??
-nan hado! Sesape boleh join!

Iyfah, ok tak entri i? hehe
Hopefully me lucky!!

I takde tag siapa-siapa tau! -_-


Minyak zaitun & Bio Oil ketika hamil..




Salam readers.

Dua minyak ni kerap aku gunakan time pregnant sekarang.
Boleh dikatakan setiap hari (dua kali) aku akan sapu dua minyak ni dekat bahagian sensitif itu. 
 
 
 
 
Perut part sensitif apa?? hiks.
Untuk Bio Oil aku guna tang perut, persediaan untuk elakkan stretch mark.
Sekarang ni memang la tak nampak sebab perut tengah menegang, tapi kesannya banyak akan nampak after bersalin. Jadi langkah awal yang aku ambil, ketika kandungan 16w++ aku dah start sapu.
Walaupun kekadang malas yang amat sebab macam cerewet je, tapi aku paksa jugak tangan ni untuk sapu.

Mommies nak ke jadi cmni??


erkk...takmo!
 
 
Minyak zaitun pula aku sapu kat nipple.
Sebab nak elakkan dari crack. Satu langkah berjaga-jaga.
Takut dan ngeri aku dengar bila ada mommies yang cakap sakit sangat kalau time nipple crack.
Nak direct feeding untuk anak memang tak dapat ler kalau dah keadaan camtu. Kesian kan?

Setakat ni part aku yang tu memang takda masalah lagi.
Hopefully semuanya ok after aku bersalin nanti.

Minyak zaitun ni aku buat sapu kat kaki jugak. Sebab kadang-kadang kulit jadi kering lagi-lagi part tumit.
Lepas sapu rasa ok la sikit, moist giteww.
Aku juga guna untuk rambut. Best sebab minyak zaitun safi ni wangi.
Eh, banyak pulak kegunaannya kang?? Harga pun murah!


Time pregnant ni la kita banyak nak manjakan diri dengan segala minyak dan ubat. Betul tak?
Takmo la disebabkan pregnant, diri sendiri jadi selekeh semacam jek. 
 
Ketika berpantang lagi la kena berpantang betul-betul. Itu la pesan mak aku.




Tuesday, December 11, 2012

Susu kambing yang diminum...




Salam readers.

Aku dah start minum susu kambing ni masa kandungan 28weeks++.
Hajatnya nak minum susu kambing yang betul-betul asli tapi sampai ke sudah tak jumpa-jumpa.
Tak bersungguh-sungguh carik, camtu la gamaknya, heh..*salahkan suami!

*Camne eh rasa susu kambing fresh?? Nak jugak mencuba..

At last aku minum susu kambing dalam sachet je.
Cap Yusmira.


 
Best!!
Time memula minum, erkk rasa apa ni?
Bila lelama, eh best pulak susu ni, rasa ala-ala milkshake giteww. Sumpah sedap!
Nak-nak kalau diminum panas-panas or suam-suam kuku.
 
Aku just amalkan 1sachet/day.
Itupun minum betul-betul sebelum tidur. Lepas minum sendawa kuat-kuat depan hubby, haha
Minum pagi-pagi  tak dapat nak terima der, dah try ritu last-last dimuntahkan. Membazir 1 sachet.
 
Ramai yang dah tahu minum susu kambing banyak pekdah nya kang.
Salah satu nak elakkan anak baru lahir terkena jaundis, ye idok??
 
Yang lain-lain banyak lagi pekdahnya.
Uolls google la sendiri, kalau aku taip pun mesti sebijik sejiban dengan sumber asal.
Memang berlambak kalau uolls search khasiat susu kambing untuk ibu hamil. *ceh, siap ajar tu..mana lagi nak cari kawan blogger cam aku?? haha
 
Ok, nak p masak! bye!


Monday, December 10, 2012

Eh! dh 36weeks laa..




Salam readers.

Tengok pregnancy sticker kat atas, dah 36weeks..ohh hanya menghitung minggu je sekarang ni.
Sekejap je masa berlalu.

Nervous?? Excited?? Dua-dua perasaan tu ada. Tapi yang banyaknya excited kot.
Ya Allah tak sabarnya nak peluk-peluk, cium-cium my baby.

Tahu tak betapa tak sabarnya ibu nak jumpa kamu?? ohh my son..
*cakap sorang-sorang :P


Aku ada story neh, eh harap ada yang sudi membaca, hehe
Tiga malam lepas, pukul 1pagi hingga hampir ke Subuh, perut aku sakit sangat-sangat. Sakit cam senggugut gitu.
Sekali dengan sakit pinggang. Sampaikan menangis-nangis.

Kejutkan asben, boleh pulak asben tanya, "dah tu, abang nak wat pe?"
Hampeh, rasa nak kasi smackdown je time tu.huhu

Aku pun bertahan laa sebab x expect pun akan beranak lagi, boleh camtu?haha
Sebab time tu baru 35w ++, kalau boleh xmoh la beranak time baby usia ni, nanti jadi baby pramatang pula.
Dalam duk tahan sakit, hubby duk pesan jugak banyakkan istifar dan berselawat.

Mulut aku pun tak henti-henti baca itu ini. Sambil tu pelan-pelan cakap kat baby, anak ibu jangan keluar lagi ye, belum masa nya sayang.
Tengok hubby pun dah mamai time tu.
Kesian jugak kat dia sebab esoknya kerja.

Alhamdulillah, dalam duk tahan sakit. aku terlelap jugak  kejap-kejap.

Eh, sakit apa camtu? haha

Tup..tup..sedar tak sedar dah hampir subuh.
Time tu still rasa sakit kat bawah perut dan pinggang belakang.
Ambil minyak gamat sapu-sapu kat pinggang belakang, nak letak kat perut tak berani pula.
Then try bangun, eh rasa dah lega sikit.

Eh, apesal semalam aku tak terpikir nak sapu minyak gamat??
*berapa banyak eh daa..:P

zasss!..terus bangun g toilet mandi dan ambil wuduk.
Takmo baring-baring daa time tu sebab aku takut tertido.
Hubby bukan main dengan dengkurnya, huh! siap ko esok suami!..*berani cakap je :P

Lepas dah siap mandi rasa lega sangat-sangat.
Sakit pun dah beransur hilang.
Mujarab sungguh minyak gamat yang mak bagi. Cap apa entah.

Alhamdulillah, sakit aku berakhir kat situ je.
Lega sebab duk terpikir nak terberanak je time sakit tu.

Anak ibu acah ibu ye??

Kalau dah 38weeks boleh laa pelan-pelan pujuk baby suruh keluar kang?? 
Tapi..tapi..hopefully my baby keluar laa tahun baru, date 1 Jan 2013 ke? hehe
Lagipun EDD aku 7/8 Jan je..Dah hampir-hampir tu :P

Friday, December 7, 2012

Di kala bosan...




Salam readers.

Dah petang hari baru duk terhegeh-hegeh nak update entri.
Nampak sangat malas di situ.

Tadi aku duk layan movie je.
Masak pun tak hari ni. Suami balik kerja malam jadi solutionnya beli kat luar je.
Kadang-kadang kalau berdua alahai malasnya nak masak. Makan pun tak seberapa.
Dua-dua laki bini kecik, jenis tak kuat makan pulok, hehe

Alahai bosannya kalau tak kerja.
Selagi my little caliph tak keluar, cenggini laa bosannya.
Kalau dah ada anak, tentu tak nyempat nak update blog, ye dak?

Xpela selagi baby tak keluar, spent masa untuk betol2 rest.
Layan movie, layan tv, layan blog n etc.
Itu kalau semua kerja rumah dah settle la.
Camni laa rupenya surirumah sepenuh masa ye.

Lepas habis belajar awal tahun ritu aku tak pernah kerja.
Serius, pengalaman kerja memang zero.
Pengalaman kerja time praktikal tu adala. Tapi tak seberapa pun. Hanya 3 bulan. Memang cetek.
Nak jugak merasa kerja, tapi tunggu la lepas habis pantang nanti.
Dapat jugak nolong hubby dan parents kat kampung.

Eh, apa aku nak cerita nih?? entah apa-apa..
 
Sebenarnya aku baru habis layan movie Istanbul Aku Datang.
Uolls dah tengok??
Boleh tahan ceritanya. Aku tengok online jek.
Kala bosan dan sorang-sorang kat rumah itula kerja aku. Dah tak tahu nak buat apa.

Aku layan tengok kat sini.
Semua movie/drama terbaru akan diupdate kat sini.
Cerita lama-lama pun ada, pandai-pandai la godek.

Eh dah maghrib laa...
Chow ye ^_^

Thursday, December 6, 2012

Suami belikan yes..




Salam readers.

Kalau yes, uolls mesti fikirkan year end sale, betol tak? termasuk la aku sendiri.
Dah akhir tahun semua duk nak yes je, hehe

Yes yang aku maksudkan ini,


uolls yang duk pakai mesti tahu benda ni.
aku first time tengok dan akan guna. jakun sangat..haha
beli last week time tengah promotion, belom try pasang lagi. bayar rm50 je dapat ni.

suami yang beria nak beli, katanya senang nak pakai kat kampung time berpantang nanti.
eh, ni bukan antara items untuk aku berpantang tau, kot2 la ada yang tak tahu dan salah faham, haha

ohh prihatin betol suamiku, nak jugak bini nya ber'online' time kat kampung nanti.
nak aku update gambar baby letteww..

yes ni macam moderm streamyx jugak.
tapi speed nya tak sehebat streamyx kot, entah sebab aku belom try pasang dan pakai lagi.
tunggu la hubby godek-godek nanti.

suami ambil pakej yang rm68 sebulan.
ecely, ada 4 pakej kot dari serendah rm48 hingga 100++. Aku ingat-ingat lupa laa.

Boleh la kan, sebab harganya takde la semahal  nak daftar streamyx.
Itu yang suami beria nak belikan untuk aku pakai nanti.
Lepas ni kalau speednya slow ke apa boleh la nak terminate pun sebab rasa tak terkilan sangat dengan harga rm50 benda tu, hehe

Terima kasih suami sebab prihatin kat bini mu.
Rumah parents aku kat kampung memang xda tenet bagai, jadi lepas ni boleh ber'online' sepuasnya.

Jadi, blog aku pun takda la terabai sangat nanti. Itu yang penting! hehe



Wednesday, December 5, 2012

WW #13 : My bump 35++ weeks




Salam readers.

Dah lama tak post pic diri sendiri kan?
Snap picas untuk memori sendiri, baby to be dan suami.
Gambar 2hari lepas sebelum nak g checkup.



my bump.
Bulat macam bola kang?
Ramai yang cakap camtu ^-^


Tuesday, December 4, 2012

Checkup 35 weeks




Salam readers.

5 more weeks. Pejam celik dah 35 weeks. Kejap je masa berlalu.
Semalam pergi checkup, hasilnya.


Berat Badan : 50.3kg
Tekanan Darah : 113/60
Hb : Tak cek, 2minggu lepas dah cek.
Tinggi rahim : 29
Berat baby : 2.144kg
Air Ketuban : OK
Kedudukan baby : Mengiring (Doc cakap ked yang bagus, kepala sudah di bawah)
Injection : Kancing gigi (Done 2 dos)


Alhamdulillah result semuanya baik-baik. Lega.
Injection semalam for the 2nd time. Serius aku rasa sakit tak macam sebelum ni.
Kebas tak hilang lagi dan semalam tak dapat tidur lena sebab injection tu. Lenguh sebelah badan. Hubby bukan main berdengkur tidurnya. haishh..


 Baby position in 35weeks.

Dan hasil checkup semalam, masalah keputihan aku terjawab.
Jangkitan bakteria..fuhh!
Mommies to be, beware! pasal masalah keputihan.
Jangan dibiarkan berlarutan.
Sangat bahaya. Aku tanya doktor apa effect pada baby kalau masalah keputihan yang teruk?

Doc cakap, "baby boleh terkena penyakit radang hati/paru-paru"

Seriau aku dengar. Takut pun ada. Nauzubillah, minta dijauhkan dari anak aku.

Akibat keputihan tu, doc masukkan ubat kat miss V.
Perghh rasa ngilu giteww.
For 1st time kena buka dan kangkang depan doc, malu woo..kangkang pun macam nak tak nak jek, hehe

Cakap kat asben, malu nya kena tunjuk depan-depan kat doc.
Asben balas, ala nak beranak nanti lagi teruk dari tu.
Errkk..layann.


Can't wait to see my lil caliph!!


Monday, December 3, 2012

Breast Pump settle!!





Assalamualaikum.

Alhamdulillah settle bab breastpump. Aku beli yang manual jek.
Tak mampu lagi nak beli yang elektrik. Boleh? hehe

Eh, aku dah place order tapi lom wat payment, insyaAllah dalam minggu ni settle payment.
Minggu depan boleh la dapat dan boleh try pakai, eh??

Aku beli breastpump manual jenis Unimom Mezzo.
(Jangan ada yang komen bgtau Medela Freesytle lain terbaik! yang tu memang tak dinafi. Harga pun gempak!)
Yang ni murah, less than 100. 
Ini je aku mampu, tak nak bebankan suami sebab aku tak kerja.





Aku dah review dari banyak pengguna breastpump ni.
Feedback tiptop!
Ramai mommies yang dah guna cakap best then berbaloi dengan harganya yang murah.
Bukan murah sekadar murah. Eh, faham??


Antara maklum balas yang dah guna breastpump ni,
- suctionnya lembut dan tak sakit
- bunyi tak kuat. Aku pun tak pasti bunyi camne.
- Ada sorang mommies cakap, kalau guna bp ni susu tak malu2 nak keluar. Faham?


Aku pun takleh nak review banyak-banyak sebab aku lom pakai bp ni.
Tunggu aku dah pakai eh? Itu pun kalau aku rajin nak review, hehe


Aku beli online kat Yusra's Closet.
Murah to compared web lain. Kalau ada yang lagi murah aku taktau lerr.
Aku beli jugak dua nursing bra kat situ so dapat la free postage untuk tang tu sebab beli sekali dengan bp ni.


Banyak juga baby stuff yang jual kat situ.
Korang p terjah la sendiri.


Mostly readers aku kat blog nih bakal mommies or ex-bride kan??
Hopefully dengan perkongsian ni boleh membantu korang yang duk pening mencari breastpump murah!!




Saturday, December 1, 2012

addicted...




Salam readers.

Sejak mengandung 3rd trimester ni aku ketagih sangat dengan benda alah ni.




Perghh kalau dapat minum yang panas2 nikmatnya.
 Yang best kalau buat sendiri.
Dapat pulak cicah dengan biskut jagung Hup Seng. Biskut feberet tuu..

Kalau minum atau makan kat luar takdanya aku nak order.
Laki aku bukan nak kasi sangat.

Yang aku tahu air nescafe, teh banyak kandungan kafein.
Yang boleh buatkan badan kita tambah berangin.
Saat minum memang best, tapi kesan lepas minum memang tak selesa.
Nak sendawa pun rasa tak lepas, mula la rasa se'eh dada.
Tapi dah ketagih maka tak dapat lerr nak halang.
Bahaya tak eh untuk baby??

Dalam sehari takde la kerap kali aku minumnya.
Just 1 kali sehari dah cukup memadai.
Lepas tu aku balance kan togok air masak banyak-banyak.
Kira aci tak??
Dah kembali neutral kan?
Haha..teori sendiri.

Tapi ada je benda tak best kalau kerap minum air nescafe nih,
- air kencing berbau
- mudah kena sembelit
- badan cepat berangin

aduhh tu yang tak tahannya..
tapi aku minum jek, hehe

kalau dalam pantang nanti tak dapat lerr..
kena sembelit mau naya aku, eee tak sanggup..