Friday, November 30, 2012

Set tilam (baby) kekabu murah




Salam readers.

Nak share set tilam baby yang sangat murah. Kalau dengar jek murah mesti ramai yang suka. ye dak?
Aku beli kat Kelantan, memang murah dan berbaloi.
100% kekabu, tebal pulak tu.

Tapi haritu aku beli 1 set terus. macam kat bawah ni.

 *gambar ihsan google
Harga rm130. murah kan?


Tapi aku tahu ramai mommies moden tak suka sarung tilam dan bantal ropol-ropol camtu, ye dak?
Hahaha..aku layankan jek sebab murah.
At least, lain waktu aku boleh buat atau tempah sarung baru.

Serius tilam kekabu kat sana memang murah. Kalau tak nak beli satu set pun boleh, mommies2 boleh beli set tilam dan bantal tanpa sarung. *Eh gaya promote pulak* Sarung korang jahit la sendiri atau yang malas tempah jek. Senang cerita.
Harga set tilam kekabu tanpa sarung rm 20++. Tak lebih rm30 laa.
Kena pandai tawar menawar k.
Mana nak dapat harga camni wehh?? Cer ko google??

Yang ber'kenan' dengan harga murah tu, korang kena kerja keras sikit la.
Cari laa sedara mara, kawan-kawan or sesapa je nak balik Kelantan then kirim beli.
Kalau nak beli online korang boleh tengok sini
Tapi harga confirm beza kang..nama pun jual online ^_^

Akak aku dah 3 orang anaknya, still pakai tilam kekabu yang sama just tuko sarung jek.
Memang berbaloi lerr, harga murah dan tahan lama.
Aritu aku dah suggest beli kat sorang blogger, dia beli dapat rege rm23 set tilam tanpa sarung.
Untungnya dia sebab mak pak mertua dia orang Kelantan so dapat la p beli. hehe

Aku tengok set tilam plus sarung jual kat online rege semua 100++. Rege cecah 200++ pun ada kan?
Grrrrr...ketaq tangan duit nak transfer time bayar. haha

Tapi kalau yang mampu apa salahnya, demi anak, hehe

Thursday, November 29, 2012

Rupanya seronok jadi blogger...




Salam readers.

Sepatotnya last week aku dah publish entri ni tapi asyik tertangguh je dengan kerja-kerja lain.
Seronok rupanya jadi seorang blogger. Walaupun xhot dan femes tapi realitinya memang best.
Sebab ramai yang sudi membaca entri kita dan ada yang dalam diam jadi stalker.
Eh ada ke?
 
Aku nak cerita pasal fridge magnet yang aku dapat dari seorang blogger ni.
Aku appreciate sangat2 sebab tak sangka pun akan dapat.
Tuah aku untuk dapat fm tu setelah menjadi follower dia yang ke 200
Tut-tut dia email camni,
 

"Assalamualaikum,
sila emailkan nama penuh dan alamat rumah kamu..
kamu follower ke 200 blog saya..tahniah! "


ada yang pernah bertuah cam aku tak?
ke aku yang over? hahah..ada aku kesah!



ni haa FM yang aku dapat, dari Bangkok giteww.
Thanks Awin
Awin ni b2b, bakal jadik ex-b2b jugak.
Terjah la blog dia, kot-kot korang bertuah cam aku jugak, hehe 


Sebenarnya banyak entri tertangguh yang aku nak post, mostly pasal pregnancy laa.
Tapi bila dah perut makin membesar ni, nak setting perut duk diam-diam bukan senang.
Mana nak cari kedudukan yang selesa, nak cari port best dll.
Lagi-lagi my baby yang makin aktif..alahaii..
eh itupun nak amek hal ke?? hahah

Nak amek feeling wat entri bukan senang wehh..
Kadang malas pun ada, betol tak??


_stay tuned_





Tuesday, November 27, 2012

Checklist barang baby




Salam readers

Alhamdulillah, baby checklist dah hampir complete. Tak tau nak kasi berapa % dah settle. Pandai-pandai la korang tengok. hiks. Mendobi pun dah settle.
Ambil mood nak packing jek. Tunggu nak balik kampung mid of disember nanti so boleh la packing sekali harung. Aku akan bersalin dan berpantang kat kampung.
InsyaAllah hopefully dipermudahkanNya.


BABY CLOTHING

Long Sleeve/Pants (5pairs)
Short Sleeve/Pants (5pairs)
Rompers (5pcs)
Legging/Baby tight (4pcs)
Mittens & Booties (7pairs)
Barut (12pcs)
Topi (1pcs) - beli lagi!
Napkin/Lampin (10pcs)
*Baby bib
*Stocking

BABY NURSERY

Bedding Set (Kekabu)
Bumbee Bee Pillow (Bantal Karipap) (1pcs)
Blanket (2pcs)
Mosquito Net
*Baby Cot

BABY CARE/BATHING

Toiletries (Shampoo, Lotion, Baby bath, Powder)
Bath Towel (2pcs)
Small Towel/Sapu tangan (7pcs)
Cotton Buds (1pack)
Cotton Balls (2pack)
Wipes Tissue (1pack)
Bathtub/Basin
*Nasal Aspirator
*Minyak Yuyi/Minyak Telon/Vapor Balm
*Thermometer
*Nail Clipper

BABY DIAPERING

Newborn Diapers Momypoko (1pack-48pcs)
Changing Mat
*Diaper Rash Cream
*Tissue


BABY FEEDING

Feeding Bottle - Avent 4oz/9oz
Bottle & Teat Brush
*Breast Pump (manual) - tengah survey!
*Milk Storage Bottle
*Milk Storage Bag/Plastic

BABY TRAVELLING

Diaper Bag
 Nursing Cover
*Car Seat
*Stroller
*Baby Carrier
*Thermos


IBU CARE

Sweater/Jacket (Pakai yang dah ada)
Maternity Pad
Socks (Pakai yang dah ada)
Massage Oil
Slipper (Pakai yang dah ada)
Clothes (Kain Batik, Kemeja, Tuala etc)
 Girdle/Bengkung (Pinjam kakak)
 *Confinement Set/Set Berpantang - Shaklee & Nona Roguy (nak place order!)
*Disposable Panties
*Nipple Cream
*Nursing Bra
*Nursing Pad (washable)
*Nursing Pad (disposable)
*Nipple Cream
*Nursing Pillow 



Baby items xbanyak yang belom dibeli, yang penting/wajib semua dah dibeli dan ada yang gunapakai yang akak aku punya jek. Lega. Dah banyak yang settle!
Tapi list untuk aku belom complete semuanya. Masih banyak bertanda merah. InsyaAllah sempatla.
Items yang bertanda (*) keperluan yang perlu dibeli sebelum bersalin, insyaAllah masih sempat. Manakala items (*) keperluan yang aku consider boleh dibeli after bersalin. Sekarang beli yang mana penting jek. Itu nasihat suami aku. Ada betulnya kang? hehe. Items (*) aku abaikan. Mungkin tak beli kot tapi saja listkan kat sini kot-kot boleh wat rujukan untuk mommies to be lain.

Jimat cermat selagi mampu. Membeli ikut keperluan bukan kehendak dan nafsu. hehe
Setakat ni aku membeli tak sampai 500hengget. Jimat tak??

Oh ye, sesiapa nak checklist baby (complete) in Microsoft Excel boleh drop email kat komen ye.Aku pun amek dari Kina, malas nak list sendiri, hehe

Monday, November 26, 2012

Kenapa hampir seminggu aku tak update blog?




Salam readers.

Ada yang rindu aku tak? 
Mesti ada yang tertunggu cerita pasal pregnancy aku kang? *terperasan pula :p
Eh..eh aku belom beranak tau, kot-kot la ada yang pikir aku dah terberanak sebab lama menyepi.
Aku selalu pohon doa dariNya jangan percepatkan atau perlambatkan waktu bersalin aku.
Biar la ngam-ngam dengan due date nya. Tapi kalau awal seminggu or 2 minggu its normal kang?

Kenapa blog aku lama tak berupdate?
Jawapan nya sibuk k! Ala aku bukan dah ada anak kecik pun. Memang.
Aku sibuk kat kampung laa. Minggu lepas hampir seminggu duk kat kampung.
Suami tinggalkan..sobs2!!
eh..eh tipu!

Sebenarnya suami aku pun ikut sama balik kampung.
Sebabnya parents dia dah balik haji. Alhamdulillah PIL aku selamat sampai ke rumah.
Aku suka kalau orang terdekat dengan kita pergi haji atau umrah, sebabnya dapat gift dari dorang, hehe
Aku dan suami dapat jubah, tasbih, gelang, cincin dari dorang. Ada lagi tapi lupa.
Kurma, kismis, kekacang, choclate, buah zaitun toksah cakap ler, duk makan je kami.

Dah alang-alang balik kampung, aku pergi berurut bidan jugak.
Lega yang amat sebab for first time berurut seluruh badan.
Mak aku bawa g berurut, katanya nak baiki semua urat-urat sebelum bersalin. Macam nak ringankan badan kita la.
Lepas tu tukang urut rasa jugak perut aku, kepala baby dah kat bawah. Alhamdulillah.
Harap-harap baby kekalkan position camtu la.
Eh tapi yang buat aku confius, tukang urut cakap aku dah hampir cukup bulan sebab kepala baby memang dah kat bawah sangat-sangat. Terus cuak aku.
Pelik, tapi ikutkan due doctor lagi 6minggu ++.
Ermm aku tanya akak aku, boleh pakai ke kata-kata bidan tu??
Akak aku cakap, kalau dia ikut apa kata doctor.
Dia ikut date pada scanner doc, mean kalau kita scan baby kang selalu ada date juga.
Due date aku kat situ 8/1/2013. Tapi doctor cakap, keberangkalian untuk deliver awal mungkin ada.
Kalau deliver awal maka anak aku tak jadi la baby 2013, huhu

Aku jugak dah buat 1st checkup untuk 8bulan kat Pusat Perubatan Intan Terengganu.
Siapa-siapa orang Kuala Terengganu mesti tahu pusat bersalin swasta ni.
Aku dan asben plan nak bersalin kat sini. Company asben cover with ING. So laju la kami grab :p
So far semuanya ok kat sini, doktor pun ok.
Yang sukanya HB aku mencanak naik 14.9. Terkejut beruk deng, haha 
Petua nak kasi HB tinggi, banyakkan makan jambu batu, minum susu kambing dan air kelapa muda
InsyaAllah menjadi.
Lepas tu aku makan je macam biasa. Dan jangan skip makan obimin dan apa jek vitamin yang doktor kasi.


Eh apa lagi ye nak typing?
Oh semalam aku g tambah shopping barang baby.
Barang baby dah kira complete la. Mendobi pun dah settle. Suka!!

Okeh, lain entri la aku up baby items.
Karang berjela lak kang.

_Stay tune_

Friday, November 23, 2012

Dapat BE lagi...




Salam readers.

Lama kan aku tak up entri? Bila up je terus story pasal Nuffnang, hehe
Sebabnya, bukak-bukak akaun Nuffnang jek tengok bertempek satu BE baru.




BE DiGi Prepaid Smartplan
Ok la kang dari xdapat langsung. hehe

Lepas ni aku akan update lagi entri tentang my pregnancy.
Stay tune ^_^

Monday, November 19, 2012

Antara pilihan feeding bottle...




Salam readers.

Ohh! feeding bottle pun duk rambang mata nak pilih.
Kejap berkenan yang itu, kejap pulak berkenan yang ini. haish
Tapi dalam banyak-banyak brand, aku duk berkenan tiga brand ni jek.

1) The First Year
2) Tommie Tippee
3) Philips AVENT 
Kalau duk tengok review2 dari mommies yang pernah guna feeding bottle kat atas ni so far semua bagi feedback yang bagus.
Semua ada pro dan kontranya. Eh gitu pun ada?
Sebelum ni aku dan hubby dah decide nak beli starter set The First Year. Cam gini..
Harga pun murah rm70++


Yang berkenan nya sebab konsep breastflow nya.
 "baby hisap baru susu akan keluar, kalau tak hisap, susu takkan keluar"
Faham??
Selamat untuk baby dari tersedak susu.
Meh tengok gambar nya. sumber dari sini
 Air yang bertakung kat nipple. Kalau tak dipicit xkan keluar.

Tengok, kalau dipicit baru la airnya keluar.
Flownya pun xlaju.

Camtula konsepnya.
Botol ni menggunakan dua lapis puting.
Puting yang luar sangat lembut. Feedback mommies lain la :p


Kalau nak tahu review dari aku kena tunggu baby aku keluar la, hehe
Itu la antara sebab aku duk berkenan TFY ni.


Dan Tommee Tippee pun aku berkenan jugak.
Aku tak survey sangat pasal review botol ni sebab ramai yang mommies cakap ok.
So bagi aku memang OK sangat la kang, hehe
lagi-lagi botolnya cute gemok-gemok pendek gitu, haha
Dalam list aku jugak nih..kita tengok...


AVENT pulak suami aku yang duk berkenan. Aku ikutkan aje.
Tak ikut kang merajuk pulak, hehe
Review mommies lain untuk Avent bottle pun OK juga.
Jadi aku pun tak survey sangat la.

 So camne??
Haa kang dah pening..
Ish xkan nak beli ketiga-tiga brand ni kang. Kopak duit laki aku.

Sebenarnya dah ada solutionnya. Terjawab pun setelah aku duk tanya pasal feeding bottle dalam satu group ini.
Ramai mommies yang advise kat aku tak payah beli starter set feeding bottle.
Aku tanya la kenapa??
Kata mereka, sebab baby ni kadang-kadang memilih untuk feeding.
Tak semua botol dia akan nak.
Kalau baby nak terima semua nipple botol syukur la.
Kalau baby refuse camne?? agaga..gigit jari nanti.
Eh ada betul jugak tu.


Jadi solution aku, beli botol dengan loose item je. Rugi sikit xpela.
Dah cakap kat suami, dia pun setuju kan aje. 
Dah settle, lega..

Next week nak g beli feeding bottle.
Mungkin pilih 2 antara 3 brand kat atas.
The First Year dan TT
atau
The First Year dan Avent.
Nak jugak The First Year!! heheh
Tunggu aku review k!
^_^


Saturday, November 17, 2012

Dah kalau rezeki..




Salam readers.

Alhamdulillah, dah kalau Tuhan nak bagi rezeki kat situ maka dapat lah kang.
Tak expect pun akan dapat Grand Prize itu, hehe

Ni kisah semalam..aku, suami dan mak saudara suami attend wedding kawan adik ipar aku.
Majlis berlangsung kat De Rhu Beach Resort, Kuantan.
Adik ipar aku request reserve kan tempat lebih untuk kitaorg so dapat la join.
Yang excited nak pergi sebab pengantin lelaki abang kepada pelakon Lisdawati.
Bermakna ada la Lisdawati dan Fauzi Nawawi kang.
Maka dapat la kami jumpa mereka.

Kurus giler Lisdawati, bak kata orang kurus cekeding.
Tapi comel! dan tak sombong.
Dia laki bini pulak yang hulur tangan salam ngan kitaorang.

Ok layankan gambar jela..Nanti korang tak caya lak kang, hehe


dorang datang dekat meja kami..meja ke meja dorang pergi..


seisi bersalaman...


seisi bergambar.
mesra sungguh mereka berdua...


Eh! side nih aku nampak gemok!


Gambar sweet mereka dari jauh..
taknak berenggang walaupun sekejap.
duk pegang tangan je walaupun dalam hall.


Eh! nak tahu tak Grand Prize yang aku dapat??
Ohh dah tengok gambar buat-buat lupa ye.

Nombor bertuah 164 yang membolehkan kami dapat hadiah itu.
Memula aku dan suami buat donno jek time orang sebut nombor untuk cabutan bertuah.
Sebab kebiasaan memang tak pernah nak dapat kalau ada lucky draw apa-apa pun.
Tetiba nombor terakhir yang di panggil 164!!


Eh abang! nombor kita!


Terejut beruk aku. Terus suami ke depan ambil satu enveloped.
Hadiah nya bermalam kat resort tu 2D1N beserta sarapan untuk 2 orang. haha
Ok la kan dapat jugak merasa tidur kat resort tu.

Lawak pulak, tak disangka akan dapat, dekat pulak tu resort ni dengan rumah kitaorg.
Suami cakap kalau semata-mata nak g tido sana xmungkin sebab dekat sangat dalam 10minit je dah sampai.
Dah dapat kira ok la.
Alhamdulillah..

Itu lerr hadiah Grand Prize kami, heheh ^_^


Friday, November 16, 2012

BE Samsung Galaxy Note metered..




Salam readers.

Setelah hampir sebulan BE Samsung Galaxy Note duk bertapa kat akaun Nuffnang aku akhirnya dah menjadi metered.
Tak sampai rm6 pun. huks sadihh..
Nampak sangat blogger ni trafficnya rendah kang. haish
Takpe rezeki untuk BE tu kat situ je.
Duk berharap moga ada BE lain yang akan melekat lagi, hehe

Nuffang! nak BE baru!!

Pengalaman mengandung, dalam tak sabar ada nervous nya..




Salam readers.

        Sekarang kandungan aku dah 32weeks. Kejap je masa berlalu, aku rasa baru je pregnant dengan muntah-muntah, tak lalu makan, berat badan yang menyusut dan lain-lain. Kalau diberi pilihan aku takmau lalui trimester pertama. Bayangkan pada trimester pertama berat aku menyusut hampir 7kg. Berat asal 47kg. Kurus kering aku. Tak larat weh dengan muntah-muntah, badan lembik, mual dan tak berselera makan.  Tapi mana mungkinkan. Tu semua dugaan dariNya. Dalam kesakitan itula kita akan selalu beringat padaNya.

        Antara tarikh keramat yang tak dapat aku lupakan iaitu 12 Mei 2012. Iaitu tarikh aku dan suami membuat urine test sendiri. Pertama kali mencuba dan hasilnya POSITIF! Time tu bersyukur sangat Tuhan permudahkan zuriat untuk aku dan suami. Usia perkahwinan ketika itu mencecah 3bulan dan aku sendiri tidak percaya mengandung seawal itu. Alhamdulillah.

        Simpton-simpton yang aku lalui sebelum tahu mengandung..terasa sakit perut seperti nak datang bulan, lebih kurang cam sengugut laa, badan seram sejuk seperti nak demam, mual-mual dan bila makan lidah terasa pahit, badan lenguh-lenguh..lain orang lain simptonnya. Ada yang kerap nak terkucil sebelum tahu diri mengandung. Dan aku xda pulak simpton yang tu.

        Kalau ditanya waktu preggy yang paling best sudah tentu 2nd trimester. Time ni la aku dah mula berselera makan, berat badan bertambah, tiada muntah-muntah, badan kembali bertenaga dan paling best perut sudah memboyot tambah-tambah time tu dah dapat rasa tendangan dari baby. Ya Allah nikmatnya. Bersyukur sangat-sangat.

        Alhamdulillah sepanjang mengandung aku tidak alami sebarang kesukaran. Tiada mengidam yang bukan-bukan dan tak banyak susahkan suami. Trimester pertama dan kedua aku dapat lalui dengan sempurna. Tiada bleeding atau apa2 perkara yang membimbangkan aku dan suami. Kalau sakit pinggang, sakit kepala, badan cepat penat itu normal la kan? Sekarang aku pun dah dapat biasa kan diri dengan membawa perut yang makin membesar, kaki cramp dan tidur malam tak lena.

          Baby semakin aktif, sampaikan aku dah tahu time bila baby akan mula aktif. Kalau baby diam jek mula la aku risau. Pelan-pelan ketuk perut panggil baby. Kalau dapat respon dari baby fuhh hepi giler. Tapi kalau xda respon pula, aku akan aktifkan diri contoh berjalan dalam rumah. Orang cakap kalau kita malas bergerak baby pun turut sama jadi malas. Sebab tu kalau tido lama waktu siang aku mesti tak suka sebab baby takkan jadi aktif. Kadang tak tersengaja tido lama. Huhuuu. Ampunkan ibu sayang!

         Sekarang dah trimester ketiga. Tidur malam kerap terjaga. Dengan rasa nak terkucil, rasa lapar tengah malam, tendangan baby yang buatkan aku terjaga dan sakit pinggang. Itu sudah menjadi kebiasaan.  Kalau tidur aku mesti banyak nak mengiring kekiri, kesian hubby selalu dibelakangkan. Tapi dah minta izin tau, Alhamdulillah suami memahami.

         Dah tak lama nak jumpa my little baby. Suka! Excited! Tak sabar! Banyaknya tak sabar la. Dalam pada tu nervous jugak, bersediakah aku untuk bersalin? Mampukah aku untuk menjaga baby kecil? InsyaAllah hopefully dipermudahkanNya. Diri sendiri berdoa moga aku bersalin normal kelak. Kawan-kawan doakan aku juga ye.

Eh terpanjang pulak entri. Hope ada yang sudi baca. Hikhik ^_^

Salam Jumaat!!

Wednesday, November 14, 2012

Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun..




Salam readers.


Dah baca doa penutup/akhir tahun 1433H? Masih belom terlambat nih.
Yokss baca sama-sama!

Doa akhir tahun dibaca selepas asar dan seeloknya beberapa minit sebelum waktu maghrib hari ini dan doa awal tahun pula dibaca selepas maghrib.
Mana yang tak ingat doa tu search jek. Aku pun tak ingat sebab panjang juga doanya.
Setiap doa baca 3kali ye.

Semoga termakbul doa-doa kita. Aaminn.

Selamat Beramal dan Salam Maal Hijrah!!

Sunday, November 11, 2012

Tips Memilih Pakaian Bayi




*post berjadual!

Salam readers.

Tips ni aku kongsikan dari fb Kak Engku Bidan Bersalin.
Pada mommies to be yang masih duk pening-pening nak pilih baju baby, meh stop kejap baca nih.
Nasib la aku dah beli so xdala nak pening-pening lagi. Eh dah siap basuh tau! :p


Antara tipsnya :-


~ Pilih yang besar, melainkan kalau bayi itu pramatang.

~ Cari pakaian yang merencat api untuk keselamatan bayi.


~ Pilih pakaian yang mempunyai butang katup / zip bagi memudahkan anda menyarung dan menanggalkan pakaian bayi.


~ Pastikan bukaan pakaian pada leher, tangan dan kaki tidak terlalu ketat.

~ Sentiasa memeriksa pakaian bayi anda berada dalam keadaan baik - tiada butang tertanggal atau tali / reben panjang yang boleh membuatkan bayi tercekik.

~ Beli pakaian bayi ketika ada jualan murah kerana ia lebih menjimatkan.


~ Basuh semua baju, cadar, tuala dan kain bayi sebelum kelahiran bayi.
 
 
*Baju baby murah takpe asalkan materialnya berkualiti, tips dari aku sendiri..hehe
Jadi kena bijak memilih dan membeli!
 
 
 

Saturday, November 10, 2012

Settle mendobi baju baby..




Salam readers.

Nak share jugak, yeaah!! Part mendobi baju baby dah selesai. Alhamdulillah, lega.
Takde la rasa kalut dan kelam kabut sangat nanti.
 Sekarang dah 32weeks.
Sebenarnya risau kot2 ter'deliver' awal, tapi mintak2 dielakkan.

Jenuh dan agak penat basuh baju si kecil ni sebab semuanya cenonet-cenonet jek.
Lagi2 mitten n booties.
Tapi aku just rendam kejap dan sental sikit2 je, bukan baju kotor pun.
Cuma nak hilangkan baju dari bau kedai (bau baju baru).
 
 
 

Semua baju, cadar, tuala dan kain bayi seeloknya dibasuh dahulu sebelum kelahiran bayi.
Sebabnya bimbang kulit bayi sensitif dengan pakaian yang tak dibasuh.
Kulit bayi kan lembut, lain la kita yang dah tua bangka nih.
 
Eh, aku basuh tau sebelum pakai baju yang baru dibeli. perlu ke mention? haha
 
Tapikan, ada je mommies yang tak basuh baju anaknya sebelum kelahiran.
Contoh, akak ipar aku, huhu 
Kesian anaknya pakai baju baru yang keras kejong.
 
Sampaikan mak aku tegur (time tu dalam pantang), eh A (contoh nama) xbasuh ke baju baby sebelum dipakaikan?
 Abang aku selamba jawab, ala macam mak tak kenal si A ni..
 
Nasib baik la anak dorang xda sensitif atau alergic apa2..ish..ish..
Bukan nak mengaibkan akak ipar aku tau!
 
 
Moral of story : Mommies to be jangan malas2 ye..kesian anak sendiri kelak..huhu
 

Friday, November 9, 2012

Makan Kurma asli dari pokok..




Salam petang Jumaat.

Sekarang duk makan kurma asli. Sedap! Sejuk-sejuk basah gitu dan manis2 buah.
Sejuk sebab baru je keluarkan dari fridge.
Eh bukan baru dipetik dari pokok tau, kat Malaysia ni mana la aku tahu kat mana pokok kurma ni.
Eh kat Malaysia ada ke?

Sebenarnya kurma asli ni kawan asben yang kasi dari Qatar.
Dipetik dari pokok kat sana ye.
Time mula-mula dapat tempoh hari cam muda lagi buahnya, so rasa kelat pahit gitu.
Aku biar jela duk terperam dalam fridge dan tengok-tengok tadi dah jadi masak dan basah2 isinya.
 
 
 
Then try makan, eh lebih sedap dari haritu. Pastu makan dan makan lagi..
Nyum..nyum..sedap!
 



Asben first time tengok kurma asli camni. Katanya ingatkan kurma dari pokok tu dah siap2 kering cam jual kat kedai tuh. LOL
Aku dah second time makan dan nengok so xdala jakun sangat. hehe
 

Uolls pun 1st time tengok cam asben aku ke? ^_^

Thursday, November 8, 2012

Perineal Massage




Salam readers.

Apa itu Perineal Massage?
Dah tentu mommies or mommies to be tahu tentang massage ni.
Eh ke ada yang masih tak tahu?

"Perineal Massage ialah urutan permukaan faraj sebelum bersalin"

Aku sejak awal preggy dah tahu massage ni melalui pembacaan tapi tak pernah pula mencuba.
Perineal Massage ni boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan suami.
Apa kata guna pakai bantuan suami korang, boleh mengeratkan kemesraan dan kasih sayang antara korang suami isteri. Ecehh..

Kenapa perlunya Perineal Massage?
Kebarangkalian koyakan pada Perineal dapat dikurangkan.
Kerana antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.


Bagaimana melakukan Perineal Massage?
Menggunakan 1 atau 2 jari.
Lakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu tarikh jangka bersalin.


Risiko pada kandungan?
Tidak ada.
Tidak menyakitkan.


Tatacara Perineal 'Massage'
Mom to be boleh ke link Hernyzar Helmizan
 Ada cara dan gambar yang jelas lagi detail. Aku macam segan nak post gambar ituuu. hiks


p/s : Hope membantu M2B!!


Wednesday, November 7, 2012

WW #12 : Breastfeeding




Salam readers.

Bergayakan? Bekerja sambil mengepam. Anda mampu? hehe 




Syoknya kalau dapat yang Medela Freestyle.
Tapi harga? erkk tak mampu milik.

Tapi sekarang dah boleh buat installment kan?
Eh yeke?

Tuesday, November 6, 2012

Nak try Bedak Arab ..




Salam readers.

Korang pernah dengar pasal bedak arab. Ok tak? Best tak pakai?
Aku first time nak cuba.
Mahal jugak rupanya bedak ni. Nengok orang jual kat fb rm55++.
Haish mahal nokk.


ni la ngupe bedak arab..

Tapi yang best nya aku tak beli tapi dapat free, hehe
Itu yang excited nak cuba.
Kawan asben yang kasi kebetulan dia balik cuti ke Malaysia
Dia beli kat Qatar, rupanya rega bedak ni kat sana 12riyal bersamaan 15hengget duit sini.
Murahkan?
Yang jadi mahal kat sini sebab ongkos nak bawak dari sana. Berpatutan la kang?


Ramai yang cakap pakai bedak ni boleh nampak cantik lain dari lain. Flawless giteww.
Entah, aku tak cuba lagi.
Cara nak pakai just basahkan span je, tak perlu nak pakai foundation.
Nanti la malam-malam sikit aku cuba, kot2 gedik nak melaram tu datang.


Since preggy nak melaram pun malas. Tempek bedak sikit, pakai vaseline no gincu. Ok dah.
Simple yang amat, huhuu

Uolls yang preggy suka melaram tak??


Saturday, November 3, 2012

Camne nak tahu air ketuban?




Salam readers.


Tetiba aku jadi risau pasal air ketuban. Camne ye nak tahu air ketuban tu?
Risau sebab keputihan menjadi-jadi since bertambah usia kandungan ni.
Panties memang kerap kali kena tukar sebab tak selesa.
Kadang after dah basuh dan tukar sekejap pastu dah basah balik.
Mommies to be lain ada macam aku x?
Sampaikan terfikir eh air ketuban ke ni?
Tapi tak logik sebab masih awal.


Nak tanya mommies atau yang berpengalaman.
Air ketuban warna apa? 
Air ketuban tak berbau kan?

Bukan apa, nak buat persediaan kot2 la air ketuban pecah sebelum masanya.
Risau aku sebab siang hari sorang-sorang kat rumah kot2 panik nanti.
Nauzubillah mintak2 xdala deliver sebelum masanya.
Moga dipermudahkan olehNya..aaminn.

Friday, November 2, 2012

Baby items so far..




Salam readers.

Usia kandungan dah 30w tapi baru sekarang nak update baby items. 
Sebenarnya segan nak berkongsi sebab baru sedikit keperluan baby yang aku beli. Lambatkan?
Tapi takpe slow and steady.
Beli sikit2 lama2 berlambak la kan, hehe
Lagipun aku hanya beli mengikut keperluan bukan kemahuan.
Kalau nak ikut kemahuan memang botak la laki aku.
Hanya beli mengikut keutamaan dahulu seperti,

Set tilam dan bakul bayi

pic dari google
Aku punya pun sebiji dengan gambar ni yang beza cuma warna dan kartunnya.
Beli dengan harga rm130 kat Kelantan. Murahkan?
Tilam kekabu tau! Tebal sangat!


Long Pants&Sleeve

Baju untuk pakai malam. 
Dah beli 3 pasang. Memang kena tambah lagi.
Short Pants&Sleeve
Baju pakai siang. 
Dah beli 5 pasang. Macam nak tambah lagi sebab aku baru perasan kesemua yg aku dan asben beli xda lengan. lol
Mitten&Booties

Yang ni dah ada 7pasang. Macam dah banyak. Perlu tambah ke?
Tapi kalau masuk kedai then tengok yang berkenan aku rembat je :p


Lampin, Selimut & Barut

 Selimut dah beli 1. Nak tambah lagi 1@2.
Lampin aku beli 1pek/10helai dapat harga rm25. Yang ni plain je, macam nak tambah yang printed 1pek :p
Barut beli yang siap je. Tak sempat nak cari orang yang jahitkan. Dah ada 4 helai, nak tambah 8helai lagi.
1pek barut tu ada 2helai. rm6/1pek.


A-B-D Pureen

Yang ni aku beli rm19.90.
Tak tahu mahal or murah?? Rembat je.

Ok, so far barang-barang ni je yang aku beli. Memang banyak lagi perlu dibeli. InsyaAllah sempat la.
Misi hujung minggu ni nak beli tuala baby, baby toiletries, diapers bag, newborn pampers dan botol susu.

Bagi aku baby cot, breast pump, stroller boleh di beli kemudian after bersalin.
Baby cot aku sendiri tak prefer sangat sebab bimbang tak pakai lama. Contoh dah ada, macam abang aku, beli eksited bukan main last2 pakainya sekejap je. Anak dia lebih suka tidur buai.

Breastpump pula kena tengok production susu selepas bersalin camne. Lagipun takat ni aku kan housewife so insyaAllah xda masalah nak bf kat anak nanti. Hopefully aku dapat fully bf. Semangat nih!!

Stroller pun pikir kemudian. Suami aku cakap beli yang penting je dulu.
Baik abang! Isteri mu menurut perintah.

Ok, itu je yang dapat aku kongsi. Lain-lain aku up kemudian ye.
Till then!

Thursday, November 1, 2012

Aaron Aziz masuk mimpi..




Salam readers.

Akibat tidur selepas subuh, boleh pulak Aaron Aziz masuk join dalam mimpi aku. bahahaha.
Sebenarnya takmo tidur tapi camne la boleh bantai tertidur pulak lepas makan roti plus obimin.
Tak sia-sia gak tidur, kalau tak melepas nak mimpi bersama Aaron. haha. Nauzubillah.

Yang jadi bestnya mimpi aku ni, Aaron Aziz caring gila kat aku.
Aku dalam mimpi ni merangkap adik angkat atau kekasih Aaron. Aku sendiri confius dengan status aku lam mimpi nih. Suami aku sah-sah memang tak wujud dalam mimpi aku. kecian.
 
Kisahnya, mimpi aku ni berlaku kat pusat pemulihan akhlak. Kiranya aku dan Aaron penghuni kat situ la. haha mengarut je. Kat tempat tu penghuninya nakal sangat2. Dalam mimpi tu, aku dan Aaron pernah ada sejarah hitam sendiri. Macam aku ada kes pertuduhan membunuh sebab tu terpaksa menghuni kat pusat ni.
Aaron pulak aku tak tahu. Aku kat pusat pemulihan ni sangat la popular di kalangan penghuni lelaki.
Setiap masa ada je lelaki nak kacau dan mengorat aku. Yang jadi kelakarnya Aaron la pelindung aku.
Siapa yang kacau aku siap Aaron nak p tumbuk lagi
Bugdet cam artis lak, haha. Seperti sedang berlakon pun ada :p
 
Aku dan Aaron lam mimpi ni tak pernah berenggang. Pergi mana2 je Aaron duk pegang jek tangan aku.
Memang care gila la kat aku. Kan best kalau suami aku yang wujud lam mimpi aku.
 
Time paling sedih ketika seisi melawat dari orang luar kat pusat pemulihan tu.
Time ni aku nampak dari jauh ramai kawan-kawan aku yang datang melawat. Aku dah start menangis time ni sebab malu dengan keadaan aku yang menghuni kat situ.
Tetiba Aaron datang kat aku then pegang tangan aku.
 
Aaron boleh pulak cakap, "Sabar ye sayang, kalau kita tak jadi camni mungkin kita dah kahwin sekarang. I janji lepas selesai semua ni kita akan kahwin ye".
Bahahaha..lawak gila.

Tetiba nama aku di panggil sebab ada tetamu nak jumpa. Yang kelakarnya tetamu tu ialah Kina dan Pudin.
Kina boleh pulak tanya aku, awak ni Mila aka Damiel Hola (nama fb aku) aka mom to be kan?

Tetiba lepas Kina tanya tu, aku pun tersedar dari tido. Nengok jam 9:30am time tu.
Selepas tersedar tu, istifar panjang aku dan sengih sengsorang. haha
Teruk punya mimpi.
 
Sebenarnya banyak lagi babak antara aku dan Aaron dalam mimpi ni tapi aku ingat2 lupa.
 So tak tahu nak olah camne. Ni pun antara yang aku dapat ingat jek.
Tula kekurangan aku, apabila bermimpi apa-apa je nak story semula memang failed, haha


p/s : Kan best kalau mimpi jumpa Rasulullah SAW..