Friday, September 28, 2012

Nak beli baby tight n romper saiz apa? *confius..




Salam readers.

Mila pening, confius, belahbagi..aduyai! Nak beli romper dan baby tight online, mommies rasa ok tak?
Nak beli kat luar confirm mahal kan.
Mila ada berkenan romper dan baby tight yang safiyyah jual, eh bukan jual tapi dia beli borong so dapat la juga harga borong yang bagi mila sangat berpatutan.
romper carter's 5in1-Lengan pendek
 Harga : RM26/pack
saiz:
NB
3M
6M
9M
12M
18M


Baby tight 100% cotton 4in1
 Harga : RM25/pack
saiz:
0-3m
3-6m
6-12m


Sebenarnya mila confius tang nak pilih saiz baju baby.
Beli online so xdapat nak imagine baju tu besar mana. Mommies boleh tolong? Decidekan saiz mana yang sesuai untuk dipilih.

Nak beli newborn saiz macam rugi jek sebab baby cepat membesar then dapat pakai kejap je nanti.
Mommies yang beli romper and tight prefer saiz apa?? Share pleasee..




Thursday, September 27, 2012

Bedung Berzip..




Salam readers.

Mila duk usha-usha bedung kat online, tetiba jumpe bedung nih.
 

Bedung Berzip


Ololo..tak sampai hati nak zipkan anak sampai cenggini.
Kalau bedung cara biasa boleh lagi nak nengok nya. 
Kalau cam gini macam pelik je nengok rupa bedung tu. hehe
Dan kalau mila lebih prefer bedung anak dengan cara biasa.
Lain orang lain citarasa kan.
 
Kalau nakkan cara lebih praktikal, mudah dan cepat boleh la bedungkan anak dengan cara ni.
Ok, siapa yang berkenan boleh la usha-usha kat SINI
Mila just kongsikan aje..hiks!

 
Selamat menyhoping!! (apa bahasa daa..)



Wednesday, September 26, 2012

WW #11: Baby Rompers




Salam readers.


ololo cutenya..
sekarang geram tengok baju-baju baby.
dah start rambang mata, naik juling mata time nak pilih baju..hubby geleng kepala nengok.
alahai camni la perempuan eh..sabar ye asben-asben ^-^

Haish..rompers xbeli lagi neh...

Tuesday, September 25, 2012

Best ke jadi fully housewife?




Salam readers.

Jawapannya best sangat. Mila jenis yang xpernah bekerja mesti la seronok. Habis belajar terus kahwin camne nak berpengalaman kerja. Gatal disitu. hiks..

Sebenarnya sangat seronok menjadi surirumah sepenuh masa. Bagi yang biasa bekerja tentu bosan.
Kadangkala ada juga bosannya, sebab dah menjadi kebiasaan so bosan tu tolak tepi.
Yang seronoknya hari-hari dapat masak awal untuk suami, xda rasa penat lelah balik kerja nak fikir masak.
Rumah pun terkawal dan terkemas rapi sebab hari-hari spent masa kat rumah.
Hari-hari hanya fikir nak kemas rumah, basuh baju, masak dan lain-lain.
Part yang paling best hantar asben dan sambut asben balik dari kerja. (depan pintu rumah je)
Bagi yang dah ada anak lagi seronok sebab dapat uruskan anak-anak sendiri.
Macam mila masih tidak berpengalaman untuk uruskan anak sendiri.
Tahun depan insyaAllah..kalau masih menjadi seorang surirumah sepenuh masa..

Tapi dalam masa yang sama mila pun duk cari kerja. Bukan bosan tapi niat nak membantu parents dan suami.
Kalau diizinkan Allah lepas bersalin baru nak fikir cari kerja sungguh-sungguh.
Mila juga ada kelulusan so tak patut kalau tak digunakan sebaik mungkin kelulusan itu.
Time belajar bukan main duk perah otak nak jawab exam, presentation dan projek akhir bagai last-last tak kerja. Kesian parents sendiri kan. Selagi tak dapat berbakti dengan mak ayah hasil kerja sendiri selagi itu la mila tak rasa dapat menjadi anak yang sempurna. Lain orang lain pendapat kan.
Nak sangat dapat berbakti kat mak ayah. sobs..

Suami bukan tak mampu tapi kata orang apabila ada duit poket sendiri so kita perempuan ada kebebasan nak bantu family sendiri. ye dak??
Nak mengharapkan duit suami je kesian sebab suami pun kadangkala ada tangunggan sebelah keluarganya kan. Tak sama dengan kebebasan memegang duit sendiri.

Hopefully, lepas bersalin ni ada la rezeki mila untuk bekerja. Nak juga rasa menjadi wanita bekerjaya camne. hiks..

Alhamdulillah bersyukur sebab Tuhan permudahkan rezeki anak untuk mila dan suami ^_^

Monday, September 24, 2012

Kesian susu ini..




Salam readers.

Tin susu yang tak terusik. Terusik pun sebab mila nak snap pic. hehu
Kesian susu ni, dah la belinya mahal tapi terbiar macam tu jek. 56hengget u!!
Asben dah bising-bising bila nak minum susu ni.
Stop minum susu ni sebelum puasa. Sekarang dah habis raya. Bayangkan laa..camne asben xbising..




Walaupun perasanya coklat tapi tekak still tak dapat nak telan.
Muakk...tekak tolong la telan! sobs..
Luaknya tak sampai separuh. Time nak aritu paksa asben g beli malam hari macam la takde hari esoknya.
Sekarang asben duk perli-perli..haish
Nak jual la susu ni as a susu bundle..ada siapa-siapa nak beli? miahaha..

Stop minum sebab alahan teruk time 1st trimester aritu. Ecely susu ni sedap ala-ala susu coklat free yang dapat time kat sekolah rendah dulu-dulu. Masih ingat?

Lepas ni nak cuba minum semula susu ni, hope dapatlaa.
Kalau tak membazir oo..dah la mahalkan..haish.

Uolls yang preggy minum susu apa?

Saturday, September 22, 2012

Hepi Sabtu!




Salam readers.
 
Happy Saturday. Selamat bercuti!
Ada yang kerja ke? Kesian.

Kalau wifey yang PJJ ngan asben nya mesti duk tunggu hari Sabtu dan Ahad kan.
Ye faham-faham sangat. enjoy it!

Mila sekarang kat kampung,  rumah parents.
Entri pun auto post. Saje nak kasi blog berupdate. hiks!
So arini dan esok xdala ye entri mengarut, merapu dari mila.
Korang mesti rindukan? eh..eh..perasan baget ada yang rindu.



Ok, tata!


Friday, September 21, 2012

Niat di hati nak fully BF..




Salam readers.

Mommies mana yang xmau fully BF anaknya kan? Termasuk la mila sendiri. Niat memang nak cuba penuhi impian ni.

Badan sekecil mila cukup ke susu nak bagi anak. Bila pikir selalu duk risau.
Mampukan? Yakinkah?
Tu la persoalannya sekarang.
 
Yang penting nawaitu kita, InsyaAllah Tuhan permudahkan. Aamiin mudah-mudahan.

Kagum dengan sorang pilot TUDM ni, Siti Suraida yang dapat fully BF anaknya yang sekarang dah berusia setahun lebih. Kalau korang baca majalah PaMa keluaran September kisahnya ada dalam ruangan kisah mama. Perasan x? Mesti korang teruja time baca. Nak tahu panjang lebar baca sendiri ye, hehe

Kagum dengan dia nih, camne la dia bahagi masa nak mengepam dengan waktu kerjanya yang tak menentu.
Kalau difikir macam susahkan. Tapi niat dan usaha dia mila suka.
Sangat kuat dan gigih nak fully BF sampai anaknya 2 tahun.
Sanggup mengepam asal ada waktu lapang walaupun time kerja.
Layan picas empunya diri..
 

Ni la orangnya..kecil molek je..



bersama stok susunya sebelum fly lama..waa kagum! 


anaknya..comel sangat!!

Hebat kan? Kalau dia boleh takkan momies2 yang kerja biasa-biasa, surirumah dll tak mampu?
InsyaAllah i'll try.
Persediaan serta niat tu penting. ye dak?

Korang rasa bersemangat cam mila tak bila tahu kisah pilot nih. Teruja kan?
Atau mila sorang je yang over excited..haha

Apepun moga menjadi rujukan dan panduan buat momies untuk fully BF.
caiyokk momies!!

credit pic : Nor Aqilah thanks!!








Thursday, September 20, 2012

Perempuan bila dah kahwin...




Salam readers.



Setuju sangat!!

Seriusly, mila sebelum kahwin sangat-sangat-sangat tak pandai nak masak. Sebab malas pun ada.
Kalau masuk dapur je mula gelabah tak tahu nak buat apa.
Sampaikan mak cakap, camne la nak kasi suami makan kalau malas dan tak tahu masak camni..sobs
Tiap kali mak cakap gitu, mila menjawab, alaa dah kahwin nanti tahu la.

Alhamdulillah, berkat kata-kata mulut sendiri memang selepas kahwin automatik tahu dan rajin masak.
Malas tolak tepi sebab suami punya pasal.hehe
Dari tak tahu, mila belajar slow-slow.
Awal-awal kahwin ritu (macam dah lama kahwinkan) nak resepi call mak, ataupun google
Godek-godek, masak-masak Alhamdulillah menjadi.
Suami memang susah nak puji sedap, tapi kalau tengok nasi bertambah maknanya sedap la tu.hiks~
Sekarang kalau masak, campak-campak je ikut suka. Kalau  rasa ok maka sedap la untuk suami, hehe

Yang penting kita perempuan kena makesure dapur kat rumah selalu berasap mean rajin masak.
ye dak??

Ok wifey-wifey, no more malas-malas ye! ^-^

Wednesday, September 19, 2012

Hasil Checkup 6months..

Salam readers.

Pagi tadi, awal-awal dah keluar rumah. Nak g checkup untuk 6bulan kandungan. Keluar pukul 9am, xdala awal sangat pun. Macam biasa, asben yang temankan setiap kali checkup, xda asben mila xkan g checkup sorang-sorang, hehe..gedikkan! Sebelum ni pergi checkup malam hari jek tapi disebabkan asben kerja sampai malam arini so terpaksa pergi pagi. Sampai klinik 9:30am, serah buku putih (xda buku merah sebab mila follow up di klinik swasta, klinik panel asben) then pukul 10:30 siap!!

Ni ler rupa buku putih, xmerasa nak pakai buku merah :p

Hasil Checkup :

Hb = 11 (sebelum12.2)
Berat badan = 45.9 (sebelum 43.1)
Kedudukan uri = OK
Tekanan darah = OK

Alhamdulillah, semuanya Ok..yang kecewanya Hb dah turun, sobs..doc cakap normal kalau makin besar kandungan makin turun Hb tapi jangan turun sampai 9 kebawah.Bahaya oo. Hopefully next month increase la Hb aku nih..


Hasil scan 6bulan..

Doc cakap baby sangat la aktif,  time duk scan kejap-kejap  kepala duk bawah, scan lagi duk atas pulak.
Haish anak ibu ni..aktif sangat! tapi jangan nakal-nakal dan degil tau. Biar aktif macam ibu, rajin masak, rajin kemas rumah, dll..hehe

Doc dah kasitau gender..tapi rahsiakan dulu dari uolls..next month confirmkan semula dengan doc..jeng2! suprise!!

Hopefully betul apa yang doc bagitau..InsyaAllah mudah-mudahan tercapai hasrat MIL..aaminn..


p/s : usia kandungan berapa bulan eh doc kasi jadual untuk tick baby kick tu? mila doc xda kasi pun..
dan kalau terus follow checkup di klinik swasta sampai bersalin xpekan? mean xpergi klinik gov..Please tolong jawab m2b..

Tuesday, September 18, 2012

Nak pindah rumah..yeahh!




Salam readers.

Dua hari cuti lemau xupdate kan. Padahal mila bukannya bekerja pun. Disebabkan asben yang cuti jadinya masa hanya dilebihkan untuk suami. tettt.

Sabtu asben kerja, ahad dan isnin asben cuti xpergi memana lepak kat rumah jek.
Xda planning plus buget akhir bulan dah xstabil. minggu depan asben bergaji. hoho
Nak balik kampung malas, plan minggu ni baru nak balik KT rumah parents mila. yeahh!

Dua hari bercuti jadi misi mencari rumah sewa diteruskan. Ecely, hampir 8bulan kahwin mila masih menumpang rumah makcik asben. Sedih kan.
Kisahnya asben dah ada rumah sendiri tapi dibagi nya sewa kat orang, katanya xnak duk situ. sudahnya kami yang terpaksa berusaha mencari rumah sewa. Double sedih..sobs.

Semalam dah g tengok rumah sewa. Rumah kawan asben di Damansara. Damansara Kuantan ok, no..no KL. Rumah semi-D, monthly rent MYR500. Ada 4 bilik, 2 bilik air. Besar dan suka sangat!
Ok la kan dengan harga sewa tu. Kalau kat KL sapa nak bagi, habaq mai..
Rumah ni dalam pilihan kami, inysaAllah kalau xda aral awal bulan 11 nak pindah masuk.
Xdapat duk rumah sendiri, rumah sewa pun jadi la. Janji lebih privacy..aummm!

Yang harunya kalau jadi duk situ kami bakal berjiran dengan Chinese. 1st time nih berjiran dengan Chinese. Nasib yang jiran 1 lagi Melayu.
Xkisah pun actually berjiran dengan Chinese, yang jadik kisahnya Chinese tu bela dog. hoho
semalam kami duk tinjau-tinjau la kawasan rumah, dog tu boleh pulak menyalak tengok kami, pastu gaya cam nak melompat pagar. haishh kecut perut kami laki bini.
Tuan dog tu duk panggil2 nama dog tu dalam bahasa dorang, maybe chinese tu cakap jangan ganggu orang kot, hoho xfaham la den..
 
Kalau berpindah kat sini, minta-minta mila sekeluarga mendapat perlindunganNya..Aaminn.

Siapa ada pengalaman berjiran dengan Chinese yang bela dog?? hoho

Saturday, September 15, 2012

Baby Fair at Sogo..jeles okeh!!




Salam readers.

Jeles okeh! Nape la baby fair sebesar-besar camni tak pernah nak di buat kat Terengganu atau Kuantan.
Balik-balik KL jek manjang..
Time ni la rasa ohh bestnya kalau dapat duk KL, Selangor atau sedekat dengannya.haha
Sogo ada buat baby fair until 23th Sept nih, bakal mommies mesti excited nak pergikan.tak tau la besar mana fair tu sebab mila pun tak pergi, jauhh..sobs2..double jeles okeh!
best laa uolls yang dekat dapat pergi kan..
Selamat membeli-belah!!





Friday, September 14, 2012

Dinner...Maggie Ketam!




Salam readers.

Semalam punya cerita. 
Semalam mila tak masak, bukan malas tapi lauk-lauk mentah dah habis. Alasankan.
Kebetulan pulak, makcik hubby ajak makan kat luar dengan geng2 office dia. Hubby macam nak tak nak tapi mila ajak jugak alasan sebab tak masak. Hubby pasrah.

Lepas solat maghrib, berdesut keluar sebab nak singgah Tunas Manja beli barang dapur sikit.
Settle beli barang so gerak la ke lokasi tempat makan.
Lokasi kami Tanjung Lumpur, Kuantan.
Ingatkan beberapa kerat je kawan makcik rupanya hambek mau dekat 10 kereta.
Masuk kedai makan, camtum-camtum meja gedabak jadi panjang giler.

Time tu dah hampir pukul 9pm.
Kalau ramai ni nampaknya pukul 10pm belum tentu leh dapat makan. Bisik aku kat makcik.
Tunggu punya tunggu eh 15minit dah siap.
Sikit2 diorang mai antar makanan yang dipesan.
Yang jadi cepatnya sebab kami semua order ni je....


Maggi Ketam

Kalau order lain-lain makanan confirm 15-20minit xsiap lagi. Paling kurang 1jam. ye dak?
Rasa maggi ni, not bad laa..
sebab ingredients dia tak rasa asli macam maggi kari yang kita duk buat.
Kuah nya pekat-pekat masam gitu. Suami mila xgemar, katanya bukan taste dia.
Lain orang, lain tekaknya..

Mila suka magginya tapi kureng ketamnya. Sebab, ketam tu dia masak asing-asing ngan kuah maggie so xrasa la manis isinya. Rasa ketam yang direbus kosong gitu je..sadiss..
Bayar mahal u..15hengget satu kepala + air.
Kira lumsun terus kalau ada lebih or kurang.

Eh, mengandung elok maman maggie x? hehe ^_^

Thursday, September 13, 2012

Entri selingan..sampai hati mak aku :(




Salam readers.

Selamat Petang! wahh rajin bebenor hari ni up dua entri terus.
Kalau dang menyepi, betol-betol menyepi..haishh..

Tadi petang lebih kurang pukul 2:40, call mak kat kampung.
Ayah yang angkat call, cakap ngan ayah sekejap pastu terus passing kat mak.
Bila telefon bertukar tangan, mak cakap,
"eh la (panggilan mak tuk aku), mak duk tengok cerita indon nih, tengah sedih nih..lagi 20minit telefon balik.."
aku jawab " ok la mak.."

uwaaa..sampai hati mak..dilayannya cerita indonesia dari layan call anak sendiri.
tajuk apetah cerita tu, waktu siaran 2 sampai 3ptg kat TV3.
kalau dulu aku tahu la tajuknya..'Puteri yang ditukar'
tajuk cerita baru sekarang tak tahu pulak.

Mak aku memang taksub kalau duk tengok satu-satu cerita yang dia minat.
Kalau dang tengok, memang xleh kacau la. 
Panggil pun tak dibalas sahutnya, melainkan kalau orang datang rumah.
ishh mak-mak...

Ayah mila memang dah tahu time bila mak duk ralit tengok TV, sejak2 ada Astro ni la.
Dulu time muda dan anak kecik-kecik xdela pulak mak camni..bila anak-anak dah besar macam-macam pulak peel mak ngan ayah nih..hehe

Pernah satu hari tu mila berkompromi dengan ayah tak bagi mak tengok cerita dia kat dapur. saje nak tengok reaksi mak.
Terus dia merajuk bawa diri tengok TV sorang-sorang kat dalam rumah.
Yang kelakarnya mak tak tahu bukak TV lam rumah sebab time tu TV baru beli, haha
Mula la kecoh mak panggil adik suruh bukak TV cepat-cepat, sambil tu mak mengomel cakap "xsayang mak la, tengok dan pakai la sorang TV awak (dituju untuk ayah mila) kat dapur tu..bla..bla.."
mila ngan adik-adik time tu duk sengih je tengok gelagat mak.

Ecely tv kat rumah ada dua, satu kat dapur satu lagi dalam rumah.
Kalau time lepak-lepak memang best tengok kat dapur la.
Ayah mila suka kacau mak kalau dia duk syok tengok TV.
Tengah-tengah syok mak tengok, ayah boleh pulak main-main tutup TV tu.
Tak ke mengamuk orang tua tu..haha
Macam-mcam ragam bila dah tua kan..anak-anak yang tengok nih jadi terhibur..
Kelakar pulak bila diingat mak ngan ayah nih..

Baru je lepas call mak, tiba-tiba terputus pulak..
ouchh kredit habis rupanya..bercakap hampir 1/2 jam tapi tak puas..
xpela dah terubat rindu nih bila dengar suara mak ^_^

Ok, bye!

Tercapai hajat nak makan...




Salam readers.

Pagi tadi lepas hubby pergi kerja tetiba tekak rasa nak makan roti canai. Nak mintak hubby tolong beli tapi dia dah out pergi kerja. Time tu tekak dah terasa kesedapan roti canai biarpun diri masih duk terbungkam atas katil. Hajat nak sambung tido lepas hubby g kerja alehnya tak jadi. haha
Burukkan perangai.

Since preggy nih kalau xdapat makan apa yang dihajat mula la panas bontot. gelisah sana sini..
Text hubby tanya kedai roti canai yang sedap area Balok kat mana.
Nak yang sedap-sedap jekan..
Terus hubby reply call bagitau kedai tu kat sini bla..bla..bla..

Kebetulan hubby g kerja tak pakai kereta cenonet (viva) dia harini.
Ikut hati malas je nak keluar g cari roti canai nih tapi dah tekak kata nak, perut pun meminta-minta diisi.
Lawan la jugak penyakit malas nih.
Kul 9 lebih pergi mandi, 930 dah ready nak pergi cari roti canai.

Terus pecut kereta pergi tinjau kedai yang hubby duk cakapkan tu.
Dekat lar sangat kedai tu.
Sampai kedai terus order..2 roti canai pulak tu..ishh tamak.
Satu roti kosong..satu roti sardin.
Ikut kan nak melantak je kat kedai tu tapi sebab kan i'm alone so xda maknanya. 
xbest pulak makan sorang-sorang kat luar dengan perut memboyot camni.

Lepas tapau terus berdesut balik.
Gelojoh fikir nak balik makan je nih..
 Roti canai kosong + Roti sardin

Dah makan sikit baru nak snap pic. Haishh..
Makan-makan lastnya tak habis roti sardin tu..eh xbuang pun tapi simpan makan karang pulak.
Kiranya makan ni terus jemaah dengan tengahari la..hehe

Mila jarang masak tengahari sebab hubby xbalik makan.
Hubby balik kerja lewat petang atau lepas mahgrib.
So masak petang sekali harung dengan malam. Jimat tenaga.. :p

Alhamdulillah tercapai hajat nak makan roti canai.
Last makan sebelum puasa haritu. Mau xlama..patut la mengidam sangat..
Roti canai je pun..LOL

Wednesday, September 12, 2012

WW #10 : Yang mana paling best?





Salam readers.

Sapa yang xda facebook? Angkat ketiak! haha
Macam xlogik bloggers kalau xda fb kan..

Mila start ada akaun fb tahun 2008.
 Korang tahun bila?




Mila nak dan suka fb 2011!
Pernah la ada pengalaman wat camtu.hehe
Kalau diberi pilihan, fb yang mana korang nak dan paling best?


Ok, bye!

Tuesday, September 11, 2012

Senaman Ibu Mengandung




Salam readers.


Ibu mengandung pun di galakkan bersenam tau. Tapi seeloknya mengikut kemampuan dan berpada-pada.
Jangan terover bersenam sudah. 

Cara senaman mudah untuk ibu hamil..


Mila pun baru je nak praktikkan senaman ni.

Kelebihan bersenam semasa hamil?

  • Berasa lebih baik
  • Menghilangkan sakit pada punggung
  • Memperbaiki postur tubuh
  • Menguatkan dan menyihatkan otot punggung, pinggul dan peha
  • Mengurangkan sembelit
  • Membantu untuk tidur dengan lebih nyenyak dengan menghilangkan stres dan kegelisahan pada malam hari
  • Otot-otot yang kuat dan jantung yang baik akan memudahkan proses bersalin. InsyaAllah
  • Memiliki pengawalan pernafasan yang baik juga akan membantu anda mengatasi rasa sakit ketika kelahiran
  • Lebih cepat mengembalikan bentuk tubuh asal seperti sebelum kehamilan


Ibu preggy!! meh kita sama-sama pratikkan..
Selamat  Beramal!!

Saturday, September 8, 2012

Blogger Selamat Bersalin!




Salam readers.

Selamat bercuti! ada yang kerja ke? Kesian..
Takpe-takpe teruskan bekerja.

Eh dah ramai rakan-rakan blogger kita yang dah bersalin.
Rasa terlambat pulak buat entri ni, hehe
Anyway CONGRATES! untuk mommies2 semua.

Antara yang dah selamat bersalin..
Ekin (yang ni dah abis berpantang kot, hehe)
Iey (yang ni pun sama)
Kina (17 Ogos 2012)
Ctmah (same date wif kina)
Ardini (25 Ogos 2012)
Gadis (2 Sept 2012)
Intan (6 Sept 2012)
yang ni je dalam list i yang tahu dah bersalin..mommy to be lain not sure..
macam Puan Rara dah sarat, maybe dah bersalin kot sebab dah few days blog dia x berupdate.
Anggapan mila je la.hehe. Kalau belum moga Rara selamat bersalin..Aamiin..

Oh, can't wait early January next year.
Mila pulak xsabar nak deliver anak sendiri, hehe
Barang baby pun tak terbeli lagi ada hati dah nak beranak, haha

Moga Mila dipermudahkan oleh Nya..Aamiin..

Friday, September 7, 2012

Doa untuk Anak Cerdik & Pandai




Salam Jumaat readers.


Since kawen dan preggy banyak pula doa yang terkumpul. Best kan..
Untuk manfaat diri sendiri, suami dan juga anak.
Moga boleh dimanfaatkan untuk bakal dan ibu-ibu yang membaca juga. Amin..


Selamat Beramal ^_^

Thursday, September 6, 2012

Hb rendah semasa hamil, jangan pandang remeh..




Salam readers.

Hemoglobin (Hb) rendah semasa hamil/ anemia memang kebiasaan dialami oleh ibu mengandung.
Sebelum kahwin mila sendiri kerap mengalaminya.
 Sentiasa rasa nak pitam, pening kepala dan kelihatan pucat dan lesu.
 Alhamdulillah saat mengandung ni, Hb mila 12.2 last checkup ritu..ok la kan..mungkin faktor pemakanan berubah kot saat mengandung. Ayam langsung mila xmakan since alahan hingga sekarang, mila banyakkan makan daging, ikan dan buah-buahan.


Apa itu Anemia?
Anemia ialah kurang darah dimana kepekatan darah merah kurang drpd biasa. Seseorang yang menghidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9gm peratus Hb.

Punca kurang darah :
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
  • Kelihatan pucat
  • Sentiasa rasa letih dan lesu
  • Rasa mahu pitam bila bangun
  • Sentiasa rasa pening
  • Bengkak kaki dan muka
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Sebaik sahaja tahu yang diri mengandung, buat pemeriksaan awal ujian darah. Jika keputusan kepekatan darah merah kurang dari 9gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah.


Tahap serius anemia :
  • Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia
  • < 6.9 - Sangat teruk
  • 6.9 < 8.0 - Teruk
  • 8.0 < 9.5 - Sederhana
  • 9.5 < 10.5 - Ringan

Kesan bila dipandang remeh :
  •  Mungkin mengalami keguguran
  • Lahir anak tidak cukup bulan
  • Anak mati dalam perut
  • Lahir anak tidak cukup berat badan
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit
  • Keluaran susu badan berkurang
  • Mudah mengalami tumpah darah semasa bersalin

Cara Atasi :
  • Menjaga kebersihan diri
  • Makan makanan berzat setiap hari seperti sayuran hijau, buahan, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
  • Rehat dengan cukup
  • Dapatkan rawatan awal apabila mengalami tanda-tanda kurang darah
  • Makan ubat yang disarankan doktor


 Info online & Tips kesihatan dari mommyiskandar


Oh ye, semasa hamil teruskan memakan asid folic atau obimin ye..jangan liat-liat nak makan ubat yang doc kasi..heee..* diri sendiri kadang-kadang terlupa nak makan :p

Wednesday, September 5, 2012

Berkongsi Surah/Doa Amalan




Salam readers

Semasa pregnant digalakkan amal surah-surah tertentu rite?
 Dapat khatamkan 1 Al-Quran lagi bagus kan.
Tapi xramai kot ibu preggy nak khatamkan semua.
macam mila sendiri memang terus amalkan surah-surah ni sepanjang preggy.

Antara surah-surah/doa yang harus dibaca sepanjang hamil :



Doa menjelang bersalin :

Jika terasa sakit untuk bersalin digalakkan membaca banyak-banyak ayat ini agar dipermudah ketika bersalin, InsyaAllah..

1) Surah Al-Anbiya' ayat 87
2) Ayat Kursi
3) Al-A'raf ayat 54
4) Surah Al-Falaq
5) Surah An-Nas


Doa Selesai Bersalin Dengan Selamat :

Aku memohon perlindungan dengan kalimah Ilahi yang sempurna daripada semua syaitan dan binatang-binatang buas yang berbisa daripada pandangan mata jahat. Amin...InsyaAllah.



Moga berguna untuk bakal & ibu-ibu preggy ye.

Sharing is sexy..yauu!!

Monday, September 3, 2012

Dilema sungguh :(




Salam readers.

Perempuan preggy memang cepat sensitif ea..aduh xsuka persaan cenggini tapi tu la yang kerap dirasai sekarang. nak cengeng je kerjanya..sob..sob..

Suami marah sikit mula la nak keluor air mata.
Pastu time pas solat je pun rasa syahdu je, tiba2 tengah doa pun air mata menitik.
Korang pernah rasa camni tak?

pernah sekali suami tegur nape menangis pas solat, kita jawab entah tiba2 rasa sedih.
kadang-kadang xtahu perasaan sendiri..bukan ada makan hati dengan sesape pun..

tapi sekarang mila tengah dilema...dilema mencari kerja.
susah nya nak dapat kerja.
fresh graduate memang cenggini ea?

niat kita satu je, nak kerja sebab nak tolong parents dan suami.
kesian dengan mak ayah yang makin tua..kesian dengan suami yang selalu kerja overtime..sobs2..

tapi tetap bersyukur Tuhan permudahkan rezeki anak.
rezeki kerja je belum dapat rasai.
hope ada la rezeki kerja untuk anak ibu yang bakal lahir nanti..Amin

selain tu,ada dilema lain jugak..haishh banyak tol dilemanya..
dilema mencari rumah sewa..aduhh penatnya.
suami dah ada rumah tapi dibagi nya pulak sewa kat orang..tak ke pelik.
alasan asben xnak duk situ sebab dekat dengan tempat kerja..logik tak..haha
sekeh kang..sabar jela ngan asben sendiri..huhh

mila ngah cari rumah sewa sekitar Kuantan.
area Indera Mahkota, Beserah, Balok dan lain-lain.
ada siapa-siapa yang tahu?
Kalau tahu tolong inform ek atau tinggalkan no contact kat bawah  ^_^

TQ~

Saturday, September 1, 2012

My Little Baby Bump




Salam readers.
Hepi Merdeka! Belum terlambat kan. hehe
Takmo taip panjang, nak share my baby bump je. boleh?
Kecil kan? Alhamdulillah usia kandungan 5bulan lebih.
Baby alhamdulillah sihat.
Dah start main boxing dengan ibunya, hehe
Hai xsabarnya nak jumpa my little ibu.
4months to go..
Moga dipermudahkan semuanya..Amin..