Tuesday, August 28, 2012

Raya dah habis ke?




Salam readers.

Eh..eh..raya sebulan kan? So belum terlambat mila nak wishing raya. Maklum la raya sakan so baru sekarang sempat nak update blog.

Selamat Hari Raya!!
Maaf Zahir & Batin..

For 1st time, raya pertama beraya dengan keluarga suami.
Time malam raya perasaan sedih pun ada sebab pertama beraya tanpa keluarga sendiri.
Adik beradik mila ramai so time malam raya memang kecoh la rumah parents.
Berbeza dengan siblings suami cuma 4 orang. Memang ketara sangat rasa time malam raya tu.
Mujur la takde nangis kaw2 depan suami.
Adat berumahtangga la kan..hehe

Ok, layan pic jela sepanjang beraya as a wifey..

in laws...

beraya rumah atok suami..

pic laki bini mesti ada.. :p

Selamat Hari Raya!!




Friday, August 17, 2012

Entri sebelum raya..Selamat Hari Raya!!




Salam readers.

Kesian blog, kejap2je terusik..Entri pendek sebelum raya..next entri mungkin selepas raya.
Sekarang kat rumah mertua, pertama kali 1st raya tanpa family sendiri..sobs2.
tapi raya ke2 dah boleh jumpa family..yeaa
dah berpakat dengan asben..dah ada 2 family mesti la berlaku adilkan..hehe
so xdala gaduh2 masing2 dapat beraya rumah family sendiri.
korang raya kat mana?

misi siang tadi tolong adik ipar buat ni..

bunga durian..

esok tolong mak mertua masak nasi impit, buat rendang, sate goreng..apa lagi tah..
xsabar nak raya pun ada sebab 1st time raya as a wifey..tapi sayang nak tinggalkan Ramadhan pun ada..harap tahun depan masih berpeluang sambut Ramadhan..amin..

yeaa..alhamdulillah tahun ni puasa penuh :)

Selamat Hari Raya semua!!

Sunday, August 12, 2012

Nak mula dengan apa?




Salam dearest.

Minggu ni kandungan mila dah masuk 5 bulan. Baby semakin aktif menendang. Geli perut mak nok..
Perut dah makin memboyot, tapi 1 benda pun belum beli.
Blurr la tak tahu nak start beli apa. Ada yang macam mila tak?
Yang ada pengalaman preggy,
Bila eh boleh start beli? Sekarang ni tak terlalu awal ke?
Kang nak beli last minute takut makin tak larat pulak.
Sekarang outing kejap2 pun pinggang dah sakit. mengalahkan warga emas..haishh

Sekarang kalau outing atau pergi mana2 mesti nak ada hubby.
Takut2 insiden pitam terjadi lagi. Kalau asben, boleh la dia kendong atau melekat ngan kita je.
Kalau outing dengan orang lain, xnak la pulak susahkan sesape.
Dan-dan yang tak tahu kita camne cakap kita ni manja atau buat-buat je.
Orang lain pun mengandung jugak..hishh yang tu tak enak didengar..

Entri pendek di hari Ahad, hope tak jemu membaca. hehe
Ok, hari ni nak balik berbuka kat rumah mertua.
Bye..




Saturday, August 11, 2012

Nostalgia kad raya...ada lagi ke?




Salam readers.

Zaman berutus kad raya, relevan lagi tak?
Rindu wes saat dolu-dolu.
Tiap-tiap kali raya menjelang mesti mat posto duk bising hon motor nak bagi kad raya.
Sekarang ni dah xdakan tradisi tu? 
Sedihnyaa..

Yang paling syok bila dapat kad raya yang ada muzik..mahal oo time tuh.
bila dapat bangga jek tunjuk kat orang..haha
Bila baca je isi kad raya mesti ada tulis camni..
 
'Pecah kaca pecah gelas'
'Sudah baca harap balas'
 
Korang pernah dapat camtu?
Nampak sangat harapkan pembalasan kan.haha
Tapi xkisah pun, yang tu jadi meriahnya..boleh bertukar2 kad.
Kata kat orang, diri sendiri pun selalu tulis camtu.
Zaman budak-budak apa la sangat.
Kenangan manis pulak bila dapat kad raya dari bf, abang angkat atau dari tersayang.
fuhh feeling bunga-bunga gitu time tu.
Siapa tak pernah rasa tipu la..ye dak?

Bila dah dapat banyak, mula la kumpul dan pilih yang cantik-cantik wat gantung kat dinding.
Bising mak-mak rumahnya penuh kad raya gantung.
Zaman sekarang ada ke nak wat camtu? 
Terpulang pada individu tu sendiri...

Tak de ke yang nak bagi kad raya kat mila?hehe

Friday, August 10, 2012

Yeahh..ada baju raya!




Salam Jumaat!

Korang dah ada baju raya? Sekarang berlambak jual yang ready made kan..
Mila dan asben beli yang dah siap jek.
Malas nak fikir tempah, hehe

Plan asal nak pakai baju nikah je first raya tapi sebab diriku yang dah membuyung awal so cancel je niat tu.
Last-last mila beli jubah siap kat First Lady. murah. harap2 xdela baju raya yang sama dengan kita ni, hehe
Hubby pun terpaksa beli baju melayu lain yang sedondon warna.
Tema kita Hijau tau!
ada yang sama tak?

Jubah kita simple dan biasa-biasa je. Nak view pun segan. 
Tunggu pic raya la, boleh view 'baby bump' juga. First time nak tunjuk nih.hehe
 
Second raya kita pakai ready made kurung moden. Warna peace.
Hubby pulak maybe kemeja putih time hantaran kahwin ritu.
Macam lari tema jek tapi bantai jek. Kalau bugdet cukup baru cari lain.hehe
Cukup la dua, dah besar panjang xdanya nak baju raya banyak2 pasang.
So raya ketiga dan seterusnya pakai jela mana yang ada.
Bukan kedekut tu tapi jimat cermat, hehe

Tunggu next year ada baby baru raya sakan lagi.
Tapi next year mesti dah lebih pada baby kan?
Memang tu gaya mak pak bila ada anak..

Pertama kali beraya as husband and wife..excited pun ada. Dan for 1st time, raya first tak raya dengan parents n family sendiri, raya rumah mertua, 2nd raya baru balik rumah parents..sob2..
Korang raya kat mana?
 


Thursday, August 9, 2012

Baby dah start kicking!!




Salam dearest.
Sekarang setiap minggu dapat up satu entri je. Lemau betul la.
Mood selalu je kelaut. Ampun ye kawan2.
Bila dah stat menulis mula la nak merapu itu ini.

Ok, nak cakap yang baby i dah start kicking!
Ya Allah sukanya xdapat nak gambarkan.
Geli perut mak nok..
Baby start kicking this week. Isnin kalau tak silap.
Isnin petang dah ase sikit tapi slow motion gitu.
Cakap kat hubby dia xnak caya, katanya kalau nampak tapak kaki baru nak caya.
Gila almost 5bulan nak nampak tapak kaki cam gini.


Haha lawak my hubby nih..
malam tu time nak tido baby kicking makin kuat, banyak kali pulak tu.
cakap kat asben, abang cepat dengar nih..
terus laju-laju tekup telinga dia kat perut kita.
bila dengar 3, 4 kali baru dia nak caya.
"aah la sayang..memang betol la"
adoi sabar jela asben daku nih..

Lepas dengar baby kicking tu terus asben bagi nasihat membina untuk baby, mila biarkan je.
Syahdu pulak dengar time asben bagi advice kat baby.
Asben baca doa dan hembus2 kat perut.
Nak nangis pun ada ibu nih..haha cengeng betol.

Lately, baby makin kuat mengeras. nak tido terlentang memang xdapat ler.
Tido selalu je nak mengiring ke kiri, selesa yang amat..kesian asben selalu di belakangkan, sampai majuk2 hubby..tapi dah permission awal-awal la..hehe
Normal eh kalau tido nak mengiring ke kiri jek?