Tuesday, July 31, 2012

Pitam semasa di bazar Ramadhan

 
 
 
Salam dearest

Sejak berpuasa kemalasan up entri membuak-buak. Pening actually menghadap pc lama-lama.
Layan TV lagi best.
 
Berbalik pada tajuk entri.
Kalau kisah Kina pitam semasa terawih. Mila pulak pitam kat bazar Ramadhan.
Lemah lutut betul kalau time duk beli-membeli badan rase sejuk mengigil.

Kisahnya kat bazar Ramadhan Masjid Negeri, Kuantan.
Memang plan dengan hubby haritu nak berbuka kat padang sebelah Masjid Negeri tu.
Memang meriah babe berbuka kat situ, tak caya tanya orang Kuantan.
 
So keluar rumah around 5:30pm gitu. Jalan jem gila sesak dengan orang balik kerja.
Sampai situ dalam 6:15pm, cari parking sebelah masjid supaya senang after berbuka terus g solat kat masjid besar situ.

After parking, terus terjah masuk bazar. Memang tak leh tengok makanan kiri kanan kat bazar tu, sesak gila.
So tuju je tempat yang nak di beli. Nasib baik setiap gerai almost ada banner so dah tahu dorang jual apa.
Hubby terus g tuju makanan feveret dia kat situ, set Nasi Daging Salai. mabeles la sebab dapat pekena dengan ikan Pekasam. Lupa la nak snap pic.

Mila pula tak pikir nak makan lain, duk pikir nasi kerabu je. Plus sesak dengan orang so malas dah nak pilih-pilih makan.
Time duk jalan cari makan tu dah rasa lain macam, rasa sesak nafas dan sempuk gitu.
Tapi buat dono (tak tahu) je, sebab dah biasa rasa camtu sejak belum kahwin.
Time jalan memang tak lepas pegang hubby, sebab takut tercicir kat belakang.
Macam anak menurut pak nya.
Terus jalan cam biasa cari kuih pulak.
Mujur la nafsu tak menguasai semasa membeli, beli yang perlu je.

Lepas dah beli makanan, time tu air tak beli lagi. Badan dah rasa seram sejuk.
Mata berpinar-pinar, rasa macam muka ni putih xdak darah, haha
I need oxygen...help! (dalam hati jela)
Cakap kat hubby, sayang dah rasa pening lain macam ni, time tu pegang lengan hubby ketat2 sebab takut tumbang.
Tak nak la tumbang, malu babe dah la ramai orang.

Terus hubby heret bawak duduk kat padang sebelah.
Bila duduk je, fuhh lega. Rasa kebas tu berkurang.
Orang yang pernah pitam mesti tahu rasa camnekan?

Lepas je dapat duduk, terus hubby tinggal kan mila sesorang. Hubby continue beli air sebab takut tak dang nak berbuka.
Time tu xpela la nak tinggal sorang-sorang pun sebab dah leh duduk.
 
 
 see muka selamat dari tumbang.
kawan i cakap i makin kurus kering..sobs!
 
 
Seram kalau nak pergi bazar or mana tempat sorang2. Takut jadi camnila.
Since preggy makin menjadi2 nak pitam ni.
 
Sebenarnya kisah mila pun cam kina jugak, dah biasa pitam since sekolah rendah, menengah dan zaman U lagi.
Pitam time assembly sekolah dan pitam time kawad kaki. hehe
Tak leh berdiri if lelama sangat, kalau berdiri lama ada la kesan nya.
Orang tekanan darah rendah camni la gayo.

Ok tu je nak story.
Nak p masuk dapur pulak.
Bye!




Thursday, July 26, 2012

Zalora..baru nak jenguk!




Salam dearest.

Korang pernah dengar Zalora..Fashion Latest Destination.
Mila first time dengar dan jenguk web tu. jakun kan? haha
Jenguk web tu pun lepas tengok iklan kat tv.

Koleksi nya boleh tahan. Harga ada yang mampu milik dan yang mahal bagi mila. huhu
Koleksi untuk raya pun banyak.
Lelaki, perempuan dan untuk kanak-kanak pun ada. 






Ni antara koleksi-koleksi nya. Ni antara yang mila berkenan la tapi  tak mampu milik pun.
Harga semua 300++ above. huhu
Tapi banyak lagi koleksi yang berpatutan harganya.
Korang jenguk sendiri la. SINI

Daripada beli baju yang mahal2 better simpan tuk baby nanti. ye dak?? hehe

Wednesday, July 25, 2012

Dah beli "Diari Hamil"




Salam dearest.

Dah 2nd trimester baru tergedik-gedik nak beli. Sebenarnya dah lama cari tapi pergi kedai buku selalu jek habis. Apalagi order online la. mudah dan cepat. takyah nak keluar masuk kedai duk tanya.

Akhirnya dapat milik jugak buku ni.


Beli kat bukuonline2u
Order rabu lepas, khamis bank in duit kat dorang dan sabtu dah boleh dapat. sungguh cepat!
Harga mampu milik.
24.70 include postage 30.70

Mila dah baca lebih kurang separuh kandungannya. 
Lengkap panduan sebelum, semasa dan selepas kehamilan.
Lepas ni boleh la main tulis2 dalam  tu. hiks!

Kenapa nak sangat milik buku ni?

  • colour dia sangat la tertarik. colourful gitu. cam semangat jek nak membacanya. hiks!
  • lengkap sebelum, semasa dan selepas hamil. walaupun ringkas tapi padat!
  • dalam nya boleh tulis-tulis. cam diari gitu. namapun Diari Hamil kan? hak
  • penerangan yang cukup jelas. xda guna bahasa cam terbelit lidah ke hape.hiks!
Antara kandungannya..



Maaf la mila tak review banyak2 malas nak snap pic. hehe
mommy to be..cepat2 la belik!


Tuesday, July 24, 2012

Kuih Tradisional : Netbak..mau!!




Salam dearest.

Lately jarang update entri. Puasa2 ni malas pun ada. Tapi rindu tetap ada.
Oh Alhamdulillah, hampir 4 hari Ramadhan mila dapat berpuasa penuh dan berterawih.
Anak ibu sangat membantu. Thanks sayang!!
Moga mila terus kuat untuk berpuasa dan berterawih penuh Ramadhan tahun ini. Aminn..

Tiba-tiba kan kecur liur bila ingat kuih nih.

Netbak.

Sedapnyaa makan time sejuk-sejuk..
Kuih tradisional pantai timur. Paling femes kat Terengganu kot.
Orang ganu mesti tahu kan? Kalau tak tau jugak buang la kerakyatan tu..hahah
Kalau balik rumah mak mesti dah boleh dapat petang ni.
Ala kat Kuantan mana nak cari?

Mak!! nak!! sob...


Friday, July 20, 2012

Berpuasa bersama suami..




Assalamualaikum.

Salam Ramadhan untuk semua.
Alhamdulillah berpeluang bertemu Ramadhan lagi untuk tahun ini.
Ramadhan yang membawa sedikit perubahan untuk diri sendiri.

Buat pertama kalinya,
berpuasa bersama suami,
bersahur bersama suami,
dan juga berpuasa bersama anak..(pregnant)

Kalau sebelum kahwin bab sahur mak yang selalu hidangkan.
Kalau nak tolong time sahur memang liat la.
Bangun pun 15minit nak habis waktu imsak, haha

Tapi puasa kali ni no..no liat lagi.
mampus nak kena babab dek suami.
InsyaAllah cuba buat yang terbaik untuk suami.
Kan nak jadi isteri mithali..hehe

Kalau dulu time sahur cuma makan roti, biskut dan air milo jek.
Cukup untuk bekalan tenaga di siang hari.
Kalau nasi memang xlalu nak makan subuh-subuh.

Tapi sahur kali ini mesti makan nasi.
Kalau roti, biskut bimbang xcukup bekalan untuk anak dalam perut nanti.
Moga di beri kekuatan untuk berpuasa penuh tahun ni.Amin..




p/s : to olls mommy to be..apa makanan tambahan yang sesuai untuk ibu preggy ketika sahur?



Wednesday, July 18, 2012

Buffered Earning atau Metered Earning..apa tu?




Salam dearest.

Orang ada akaun Nuffnang, aku pun nak ada jugak..Actually, dah lama wujud akaun Nuffnang ni since mila letak ads Nuffnang kat blog. Tapi seriusly tak tahu guna..sob2..

Tapi baru-baru ni tergerak hati nak bukak akaun Nuffnang tu..Nasib la password masih ingat..
Tengok-tengok ada benda ni..




Dua campaign name..pastu ada 0.40..siap ada date lagi, tapi date dah due..haha
pebenda tu hah?
Apa Buffered Earning, apa Metered Earning??
Seriusly mila tak tahu wess..
Nuffnang tolongg.....!!

Sebelum blogging xde terfikir pun nak buat duit atau dapat duit ke hape.
cuma suka-suka untuk menulis jek..
tapi bila tengok benda nih macam 1 bonus pulak..hehe


blogger yang cerdik pandai tentang Nuffnangs boleh tolong tak? ^_^

Tuesday, July 17, 2012

Folic Acid..satu usaha untuk preggy..




Salam dearest.

Nak berkongsi sedikit pengalaman sendiri.
Mila bernikah awal Februari this year. 
Ketika nikah, time tu datang bulan dan berharap selepas abis tempoh period adala rezeki untuk bunting pelamin.
Tapi hampa, bulan seterusnya period seperti biasa.
Suami cakap xpe, kita usaha lagi. Suami pun teringin anak dalam waktu terdekat.

Bulan seterusnya selepas period, berharap lagi ada rezeki untuk pregnant.
Tapi masih kecewa.
Selepas 2 kali kecewa, mila ambil 1 usaha untuk cuba makan folic acid.
Itupun selepas ramai kawan cuba sarankan.
Mila start makan benda alah ni akhir bulan 3. 
Brand Folic Acid yang mila makan di Entri Ini.

Early bulan 4 period mila datang lagi seperti biasa.
Pasrah lagi. Xpela  rezeki belum berpihak.
Tiga minggu selepas tempoh period tu, tanda-tanda senggugut untuk datang bulan muncul lagi.
Terdetik dalam hati, "Ala nak period lagi bulan ni".. (time tu hampir ke bulan Mei)
Awal bulan 5 period xmuncul2 seperti biasa. Pelik.
Bagitau asben, dia cakap hormon kot kan duk amalkan folic acid.
So abaikan jela, mungkin betul cakap asben.
Tapi time duk tunggu period yang xmuncul2, dah rasa sedikit simpton-simpton pregnant.

1) Badan cepat penat dan rasa seram sejuk. Seperti demam.
2) Suka makan banyak sebab cepat lapar.
3) Rasa sedikit mual-mual
4) Rasa nak tidur jek time tu.

Hingga la pagi 12/5..period dah lewat 12 hari, ajak hubby buat UPT test sebab tak tahan sangat.
Duk tunggu period xdek jugak.

Alhamdulillah, test kit positive! 
Terkedu!
Gembira, tak percaya, nak nangis semua ada.

Gembira, usaha memakan folic acid berjaya hanya selepas 1 bulan.
Selain usaha 'bersama' suami..tettt!! 
Dan juga berkat doa kawan-kawan.

Usaha, Doa dan Tawakal! InsyaAllah..
Alhamdulillah usaha dan doa mila dipermudah olehNya hanya waktu sesingkat ini.

p/s: Moga ada rezeki juga untuk kawan-kawan lain..amin..




Monday, July 16, 2012

Time preggy memang best!




Salam dearest.

Hepi! semalam parents n siblings datang Kuantan dari KT.
Mari jenguk anaknya dan pakcik kat sini.
Yang sukanya mak bawak semua ni. 
Sonoknya bila time preggy kan..rase nak makan itu ini terus orang tersayang dapatkan. hiks!
(Gambar semua ihsan google, malas nak snap :P)


Pulut Lepa
Homemade by parents. Parents kita kan bisnes ni. (ENTRY INI)


Pelam muda
Tunggu asben balik kerja, nak buat jeruk sama2..nyummy!


Rambutan
Mampu je beli sendiri, tapi dengar je anak dia nak makan cepat2 mak p mintak jiran sebelah rumah.
Haish mak, untuk anak sanggup kan..


Keropok Lekor Terengganu
Tekak kita tak lalu nak makan keropok tempat lain. Nak original Terengganu jugak.
Memang sedap!
Bangun pagi, potong, goreng then terus melantak sorang2. hehe


Oh heaven nya bila dah tak loya dan muntah. Selera makan pun dah ok.
See dah boleh makan macam2. hiks!

Thanks mak!!

Saturday, July 14, 2012

Dera anak begini..nak kesian ke??




Salam dearest.

Sekarang banyak kes dera anak kan. Kesian. Nauzubillah.

Mila pun tak sabar nak dera anak sendiri. Kena tunggu awal next year la.
Eee tak sabar...mendera camni??






perlu kesian ke??
ololo comelnya...tengok lelama kasi kenan comel2 kat anak sendiri..hehe

Friday, July 13, 2012

Sakit gigi sebab anak rupanya..




Salam dearest.

Cerita minggu lepas. I sakit gigi. Tiga, empat hari jugak la sakitnya. Denyut-denyut.
Pelik gigi tak rosak tak lubang tapi sakit.
Mengadu kat asben, sakitt..tak tahan..nak g cabut la camni.
Asben cakap ok malam esok kita g klinik. 

Pagi esoknya try talk member kat fb.

Tanya la orang preggy leh cabut gigi tak?
Member cakap, "Jangan!!"

Tanya lagi, "Why??"
Takut bleeding katanya, bahaya!

Ala tak tahan la camni xkan kena tunggu sampai beranak..aduh!
Member cakap lagi, "Ala, sabar jela nak wat camne, u try minum banyak susu kot2 hilang sikit sakit tu"

Nak minum camne asyik muntah jek..ermm xpela tahan jela.

Terus text asben cakap "orang preggy xleh cabut gigi, bahaya boleh bleeding. Balik kerja beli susu choclate dutch lady eh"

Kalau susu choclate laju jek boleh telan, kalau plain erkk sori la. Seminggu  berturut aku minum susu tuh, eh Alhamdulillah gigi dah tak sakit sehingga this week. Lega.

Text member bagitahu, "eh, gigi aku dah tak sakit la lepas minum susu..thanks!"

Usha punya usha rupanya baru ku tahu sebab musabab sakit gigi. Sebab anak rupanya.
"Anak ibu amek kalsium ibu eh.." sambil gosok perut..

Patot la sakit sebab aku tak minum susu. Lepas topup dengan susu otomatik gigi tak sakit. Haha
Betapa ceteknya ilmu preggy aku. Jangan jadi macam saya ye mom to be. hehe

Just share pengalaman sendiri. ^_^

.Till then.



Thursday, July 12, 2012

Dapur Puan Mila : Resepi Kek Kukus Coklat Lembap




Salam dearest.

Nak share 1 resepi yang dah lapuk.
Kek Kukus Coklat Lembap.
Mila x suka baked, leceh..so kukus best. Tak hado kejadian kek hangus ke hape.
Resepi yang cukup simple dan mudah.

KEK COKLAT LEMBAP

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
100gm serbuk koko

Bahan (a)
200ml minyak jagung
150ml susu pekat manis
400ml susu cair
200gm gula kastor

B
ahan ayak bersama:
150gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:
1) Masakkan bahan (a) ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula hancur dengan api perlahan. Ketepikan dan biarkan sejuk.
2) Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.
3) Kemudian masukkan adunan telur ke dlm adunan (a) yang telah disejukkan. Kacau rata.
4) Masukkan serbuk koko dan bahan ayak bersama. Gaul dan kacau rata.
5) Kemudian masukkan ke dlm loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

Hasilnya....

Dari entry  sini.


Resepi copy dari majalah SAJI tahun 2008

Selamat Mencuba!!!

Wednesday, July 11, 2012

Tips atasi sickness pregnant!




Salam dearest.




Sickness pregnant? ohh lain orang lain ragamnya kan? Bersyukur pada mommy to be yang tiada sickness.
Mila sendiri dah alaminya time 1st trimester lepas. Memang teruk. Muntah je manjang tak kira waktu sampaikan selera makan nan hado. 1st checkup berat susut 46kg ke 42kg. Fuhh!


Now, kandungan 14w, muntah makin berkurang. For 1 week, muntah ada la 1 ke 2 kali.
Alhamdulillah, selera makan pun dah back to normal.
2nd checkup 18/7 next week, hopefully gain la sikit berat badanku.

Tips yang mila dapat ni dari pengalaman diri sendiri dan dari sedikit pembacaan.

  • Makan dengan schedule yang betul. means seawal 7 pagi kemudian selang 2, 3 jam untuk makan lagi.
  • Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap. Pengalaman sendiri, makan banyak then perut xdpt nak catchup lepas 15minit buwekkk!
  • Jangan lambatkan masa makan atau jangan biarkan sehingga perut betul2 lapar atau kosong baru nak makan. Bila perut dah masuk angin, time muntah memang sakit woo..
  • Elakkan makanan yang berminyak, pedas dan berlemak. Erkk kalau cam mila awal2 preggy lansung xleh bau minyak dan menumis. apa lagi nak makan. peningg..
  • Banyakkan minum air suam atau air kosong. Elak minum yang berkafein dan karbonat. 
  • Selalu bekalkan makanan sampingan seperti biskut, roti, dll yang berkhasiat.Takkan 2jam sekali nasi kot..
  • Ambil vitamin atau suppliment yang dibenarkan oleh doktor. Nak kasi up tenaga je..Mostly yang alami sickness preggy badan mesti lembik habis.
  • Rehat secukupnya  dan jangan stress..macam mila naseb tak kerja lagi so dapat la rehat, tido secukupnya. xde fikir nak amek mc or cuti ke hape..heheh

Serba sedikit perkongsian dari pengalaman mila sendiri. Lain orang lain alahan nya kot.
Harap dapat membantu preggy woman yang membaca.


_till then_


Monday, July 9, 2012

Moist Choc Cake untuk hubby!!




Salam dearest.

Short entri. Special entri tuk my husband. 
Walaupun tahu dia xkan baca post ni. Maybe.hehe

Selamat Hari Lahir Abang!
Doa sayang moga abang panjang umur, di murahkan rezeki dariNya, perkahwinan kita berkekalan bahagia hingga jannah dan zuriat kita sihat walafiat dalam rahim sayang hingga ke kelahirannya..
Thanks menjadi suami sayang!

Besday asben 3hari lepas tapi baru semalam sempat homemade moist choc cake untuk hubby.
Homemade is better than beli kan? hehe