Monday, April 30, 2012

Sijil, Kad Nikah siap!




Salam dearest.

Setelah hampir 3 bulan, dapat juga kad nikah. Sangat lama. lol
Sebenarnya dah lama siap, tapi duk peram kat Pejabat Agama KT.
Semalam, sebelum balik Kuantan singgah ambil.



Semalam, time nak pergi kat park kereta Pejabat Agama, pak guard muda cakap "laa..dah kahwin rupanya"
maybe dia tengok sijil dan kad yang mila pegang time tu. haha
Mila senyum-senyum.
terdetik lam hati 'wahh aku tak nampak cam dah kawen, suke!' haha (dalam kepala duk teringat kat laki)
*perasan muda dan kiut


Masih tak caya dah ada sijil dan kad ni sendiri. Sebelom ni duk tengok yang akak-akak punye jek. lol
Orang cakap,
muka kami hampir sama? 

Mila tak perasan kat mana, tapi orang yang dapat menilai :)
Dah jodoh..Alhamdulillah..


Korean Dress Style (RM35-RM40)




Salam dearest.

Berminat dengan korean dress?
Mila ada jual korean dress dengan harga berpatutan.
Price only RM35-RM40.
*postage : RM6 (semenanjung)
                       RM9 (Sabah&Sarawak)


WD2389 Korea Fashion Maxi Dress 
Size : Free
Color : Yellow
Material : Cotton
Length : 147cm
Bust : 72cm ~ 112cm
Waist : 66cm ~ 100cm
Price : RM40 (exclude postage)
Available : 2




                                                WD2389 Korea Fashion Maxi Dress 
Size : Free
Color : Blue

Material : Cotton

Length : 147cm
Bust : 72cm ~ 112cm
Waist : 66cm ~ 100cm
Price : RM40 (exclude postage)

Available : 



WD2674 Layer Long Dress 
Size : Free
Color : Pink
Material : Cotton
Length : 123cm
Bust : 68cm ~ 104cm
Waist : 64cm ~ 98cm
Price : RM36 (exclude postage)
Available : 1




WD2445 Sequin U Neck Long Dress Blue
Size : Free
Color : Blue
Material : Ice Cotton
Length : 124cm
Bust : 74cm ~ 122cm
Waist : 80cm ~ 120cm
 Price : RM38 (exclude postage)
Available : 1




WD2070 Halter Neck Maxi Dress
Size : Free
Color : Blue
Material : Crystal Hemp
Length : 118cm
Bust : 80cm ~ 92cm
Price : RM38 (exclude postage)
Available : 1





                                                       WD2729 High Waist Maxi Dress
Size : Free
Color : Blue
Material : Ice Cotton
Length : 150cm 
Bust : 54cm ~ 98cm
Waist : 50cm ~ 108cm
Price : RM38 (exclude postage)
Available : 1





                                              WD2473 V Neck Dress
Size : Free
Material : Cotton
Shoulder : 39cm
Sleeves : 57cm
Length : 75cm
Bust : 90cm ~ 130cm
Waist : 80cm ~ 116cm
Hip : 76cm ~ 108cm
Price : RM34 (exclude postage)
Available : Black




Yang ni mila sendiri yang pakai.
Sesuai digayakan bersama cardigan or jaket.

Berminat??

*Do email me : damielgirls@gmail.com or add me at FB 







Weekend yang ohsem!




Salam dearest.

Monday blues. Sangat bermalasan-malasan kerana sorang-sorang kat rumah.
Lumrah hidup as a fulltime housewife. Bila kerja rumah dah habis buat. Bosan.
Please repeat weekend again. Mau berduaan with hubby :p



muka sendiri mesti mau ada..
drive alone balik rumah MIL at Paka, 
balik kerja hubby pick up on Friday evening then terus pecut balik rumah mak kat KT

Kat KT, aktiviti wajib tolong bisnes my parents.
Saya pernah cerita di entri ini

See!

Pulut Lepa. Sangat sedap!



Adik-adik memang selalu tolong parents. Saya?
Hanya berpeluang ketika balik kampung :(

Saya dan suami yang pasti banyak menyibok. LOL


Balik KT cuma 3 hari, tak pergi mana-mana just tolong parents je. Berbaloi!
tak puas..rasa cam sekejap je. huk
Hubby cakap, InsyaAllah weekend ni balik KT lagi. yeahh!

At the end jumpa kawan, berjaya beli ni..




VCO dah berbotol-botol di makan.
tapi 1st trying for collagen..mabeles! rasa sweet2 gitu.
Harga not bad. huhu

 1set VCO+collagen (RM90)

Ok, chow!

Thursday, April 26, 2012

Hadiah besday untuk suami..




Salam dearest!

Tak payah wish birthday untuk suami sendiri, boleh camtu?
Mesti la, sebab belum tiba waktunya. lol

Actually tengah mencari apa yang sesuai nak bagi kat hubby.
Hari lahir nya early July, excited dah nak usha.
Mesti la, first time nak wish dan raikan as a husband and wife.

Baju dah biasa sangat bagi, wallet pun pernah, yang hantaran haritu  pun elok lagi..ermm
Orang cakap bagi je kasih sayang..
yang tu memang hari-hari kasi. macam-macam bentuk kasih sayang..wink2!
Jika tak kasi hadiah seperti tak lengkap je. betul tak?

Walaupun suami tak mengharapkan apa-apa, mila tetap nak kasi.
Hari-hari biasa memang dah liat nak kasi, hehe

any idea? Buntu sangat.

p/s : tak payah cadangkan yang mahal-mahal ye, sebab mila belum kerja la dearest! 
T_T

Wednesday, April 25, 2012

Tanda-tanda awal..




Salam dearest!

Now, sakit perut. Ye, tanda-tanda awal nak datang bulan. 
Mean, rezeki belum berpihak nak dapat baby.
Pasrah tapi tetap teruskan usaha dan doa.
Mungkin bulan-bulan berikutnya.
Tawakal.

Moga Tuhan permudahkan segalanya.
Rezeki untuk dapat kerja.
Rezeki untuk dapat anak.
Rezeki untuk keluarga.
Allah tahu yan terbaik untuk umatNya.

Amin..mudah-mudahan.

Dress Cantik!




Salam dearest!

Ini bukan blog bisnes tau (coming soon maybe). Cuma nak share baju yang berkenan di hati dan akan di 'grab'.
Selepas kahwin, entah datang aura apa tetiba mila dah jadi hantu dress.
Sebelum ni jangan harap la nak pakai, tak suka sebab nampak ke'perempuanan' sangat.


Baju ni mila dah berjaya grab.

See! gaya pemakaian mila dengan cardigan.

ayu tak? (entri berkait)

lain-lain dress yang mila dah aim.

perasan tak dress ni? 
sejibik seperti lisa surihani pakai ketika post wedding nya. (here)






mahu yang ni..kena mintak permission dari hubby..lol


yang ni pun suka!



cantik kan jika digayakan dengan cardigan..pheww~~



yang electric blue ni berjaya digrab, dah booked siap2 dengan akak tu..haha
now, tunggu parcel sampai je..
tak sabar nak melaram..wehuu

Price untuk semua dress ni sangat berpatutan.
Mesti uolls nak tahu kat mana mila belikan?
tapi if shopping kat sini mesti 'FCFS' sebab stock kadang-kadang ada satu je.
'macam aku pulak yang bisnes' lol

mila shopping kat sis Diyang Azura
bride to be mesti ramai yang tahu sebab sis diyang juga custom made tudung, veil, and baju for nikah etc.

Harap membantu sesiapa yang mencari2 dress cantik.
T_T

Tuesday, April 24, 2012

Love new style!




Salam dearest!

Ehem..sekarang saya dah gila shopping. Shopping thru online. 
Zaman IT sekarang, semua di hujung jari, cuma sediakan pulus je. tak yah duk pening2 nak pergi heret laki pergi jelajah shopping mall tapi sometimes tu boleh la.
Bulan ni je dah grab dua dress thru fb. Aduh, kopak laki den,haha

Selepas kahwin mila suka sangat berfesyen, mekap dan cantik kan diri. lol
Buang tabiat ke hape? haha

Sebelum kahwin seriusly selekeh gila, eyeliner tak pernah ada, blusher tak penah ada, mascara lagi la..
Memang simple gilo!
Sekarang dah sedikit maju dalam ber'fesyen'.
my new style. like it!



see! sopan kan? comel tak? heh
Hubby suka, mak bapak suka, MIL suka, SIL suka.
Panjang kata semua orang berkenan la. (buktinya, ramai yang like kat photo fb) hehe

Ala untuk suami juga kan, dapat pahala tu.

Suka dress camni. Pakai ketika pregnant pun boleh. 2 in 1. that why la mila beli.
Sekali tengok, gaya cam dah pregnant kan? Amin..

Doakan ye!!

Sunday, April 22, 2012

Hari bersejarah, tak mahu diulang tapi dikenang..





Salam pembaca..

Alhamdulillah, seronok dengan kehidupan sekarang. Pejam celik sudah dua bulan lebih usia perkahwinan. Masih hangat dengan mood ber' bulan madu '. 

Alhamdulillah, majlis Februari lepas berjalan lancar dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai. Majlis yang serba sederhana tapi cukup bermakna bagi saya. Syukur dengan kehadiran keluarga baru. Ibu mertua yang banyak memberi nasihat dan sangat memahami. Thanks mak!

Ye sangat rindu moment itu. Tak mahu diulang tapi mahu dikenang sampai bila-bila..hanya gambar sebagai kenangan.

Ahh..kenapa dengan perasaan hari ini? Begitu blues..layan je.

Debaran sebelum nikah. Si ayah begitu berat untuk melepaskan si anak perempuannya.


Alhamdulillah..kenangan ijab dan kabul.


Pembatalan air sembahyang..hadiah pemberian suami.


ciuman suami tercinta..

membina masjid suatu yang cukup indah..


ramai yang kata "sama kecil sama padan" cutekan? heh


sesi outdoor..tak hire mana2 OP..cuma dua adik ipar sebagai photographer..jimat!


merasakan diri begitu cantik pada hari kejadian..*puji diri sendiri,heh



Tudung hasil DIY..ramai PM kat fb bertanyakan tudung ini..di mana beli? dimana sewa?
Baca SINI untuk tahu lebih lanjut.


Terlalu indah memori ini bagi saya. Hari bersejarah ini biarlah hanya sekali.
Ungkapan tiga perkataan, bukan "I Love U.."..bukan "I Miss U.." tetapi "Aku Terima Nikahnya.." akan dikenang hingga akhir hayat. InsyaAllah.

Saturday, April 21, 2012

Interview..




Salam readers.
Happy Saturday!

Today, saya tak happy sangat. Lagi cuak ada.
Sebabnya nak attend interview.

Walaupun sekadar walk in interview tapi memberi makna dan peluang bagi penganggur hebat cam saya.
Harap melekat dan ada rezeki kat sini.
Syarikat minyak dan gas (oil & gases), memang kena dengan bidang saya, iaitu engineering.





Tak mahu bual panjang.
Dengan lafaz Bismillah....



Dearest, doakan yang terbaik untuk mila ye. Amin..

*Ini adalah schedule post..

Friday, April 20, 2012

Weekend di kampung..




Salam Jumaat.

Now, mila kat umah mak..seronok! setelah hampir sebulan tak balik.
Sembang, gosip dengan mak, bak (panggilan for ayah), adik-adik sampai tak hengat laki. haha joke!
Hubby tetap dalam hati, kepala otak, urat saraf dan bagai *over disitu

Hubby kat Kuantan kena tinggal dek isteri. Kesian.(relate entri semalam)
Entah makan entah tak.
Mesti makan punye, kedai makan kan bersepah, tipu kalau tak makan, ye dak?
cuma terkilan tak dapat masak untuk hubby for few days..sobs..sobs..

Kalau balik KT mesti tolong parents buat bisnes dorang. Bisnes turun temurun dari arwah tok nenek.
Parents mila cuma bisnes sendiri.
Bisnes kecil-kecilan, Alhamdulillah rezeki bak(ayah) dan keluarga.
Sebelum ni kerja bawak lori barang, kesian, tinggalkan mak dan anak2(include saya) time tu, badan pun penat.
Alhamdulillah, hampir 15 tahun buat bisnes ni.
Kerja pun kat rumah, takde kena tinggalkan isteri dan anak2.
Banyak dapat spent masa sama2.
Cuma time nak beli barang je kena tinggalkan kejap, boleh camtu? :p

Ini la bisnes parents mila.

pulut lepa/panggang..ko hade?
Itu la my bak (ayah). Bisnes kat rumah dan pasar malam berhampiran.
Sedia menerima tempahan..cewahh.

sedap..sedap..rasa satu nak banyak..seriusly tak tipu! komen dari orang ramai la..
Nak try, sila2 la datang rumah..tapi kat KT la..mampu? haha

Ok, chill..nak mandi!
Mak dara mandi lambat, takpe sebab hubby takde :p

Thursday, April 19, 2012

Tinggalkan suami..




Salam pembaca.

Heh, berpisah dengan suami for few days pun nak kecoh. 
Orang lain berminggu-minggu, berbulan-bulan? ada kesah?
Sangat memahami isteri yang berpisah (sementera) dengan suaminya dalam tempoh yang lama, kebiasaan sebab urusan kerja. Tabik spring kat dorang sebab tabah hadapinya!
Boleh bayangkan perasaan diorang.

Saya bersyukur sebab takde jadi camtu.
Selepas kahwin, terus tinggal bersama sebumbung, sebilik dan sebantal lagi. hehe
Alhamdulillah syukur.

Tapi mulai hari ni kena tinggalkan hubby untuk 4 hari.
4 hari pun nak kecohkan? haha
Mesti la, tak pernah berpisah dengan hubby camni la lagaknya.
Arini balik rumah mak kat Kuala Terengganu. Bas 1.30pm, 3jam dari sekarang.
Hubby tak dapat balik sama sebab kerja..sobs..sobs..
Balik KT untuk 'walk-in interview' Sabtu ni. cuba nasib kot2 murah rezeki dapat kerja..amin

Ahad kita jumpa ye abang!
Tak dapat nak 'berbakti' untuk hubby for 4 days..sobs..sobs..*statement gedik


tata..doakan mila selamat sampai KT!

Wednesday, April 18, 2012

Rabu tanpa kata : Hasrat hati..




Salam pembaca..


Saya selalu doa nak seperti ni..




Mudah-mudahan termakbul doa..Amin..

Tuesday, April 17, 2012

Terpaksa Bertudung..




Salam readers..

Sekadar perkongsian bersama..


Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?

Ustaz Azhar Idrus : Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA...Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa..
Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNYA.


"Selamat Beramal"

Monday, April 16, 2012

Dapur Puan Mila : Ayam Masak Lemak Kuning Cili Api




Hai cantik dan kacak!

Arini masak apa?

Saya sometime buntu nak masak apa untuk suami. 
Selalu tanya kawan, ada cadangan nak masak lauk ape tak?
Arini eimy cadangkan masak asam pedas, kak wani pula ayam masak tomato.
Tapi semua tu tak jadi sebab tak cukup bahan.
Akhirnya jadi la ini..


mabeles!!

cukup simple..hanya 15minit dah boleh masak.

Bahan-bahan:

Ayam (saya guna 8ketul)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia (optional)
Kunyit hidup (sebesar ibu jari)
Serai - 1batang (ketuk)
Asam keping - 1keping
Cili api - 3biji (ikut suka, nak lebih pedas boleh tambah)
1/2 cawan santan
Garam

Mula masak dengan bismillah..

1) Kisar bawang besar, bawang putih, cili api, kunyit hidup dan halia
2) Satukan ayam, santan dan bahan kisar dalam periuk.
3) Masak hingga ayam empuk dan kacau untuk elakkan santan berketul
4) Masukkan serai dan asam keping. Garam sesedap rasa dan biar mendidih 2, 3 kali.
5) Siap!!


"Selamat Mencuba"

Hari yang tak mahu diulang tapi hanya mahu dikenang..




Salam pembaca..

Alhamdulillah, seronok dengan kehidupan sekarang. Pejam celik sudah dua bulan lebih usia perkahwinan. Masih hangat dengan mood ber' bulan madu '. 

Alhamdulillah, majlis Februari lepas berjalan lancar dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai. Majlis yang serba sederhana tapi cukup bermakna bagi saya. Syukur dengan kehadiran keluarga baru. Ibu mertua yang banyak memberi nasihat dan sangat memahami. Thanks mak!

Ye sangat rindu moment itu. Tak mahu diulang tapi mahu dikenang sampai bila-bila..hanya gambar sebagai kenangan.

Ahh..kenapa dengan perasaan hari ini? Begitu blues..layan je.

Debaran sebelum nikah. Si ayah begitu berat untuk melepaskan si anak perempuannya.


Alhamdulillah..kenangan ijab dan kabul.


Pembatalan air sembahyang..hadiah pemberian suami.


ciuman suami tercinta..

membina masjid suatu yang cukup indah..


ramai yang kata "sama kecil sama padan" cutekan? heh


sesi outdoor..tak hire mana2 OP..cuma dua adik ipar sebagai photographer..jimat!


merasakan diri begitu cantik pada hari kejadian..*puji diri sendiri,heh



Tudung hasil DIY..ramai PM kat fb bertanyakan tudung ini..di mana beli? dimana sewa?
Baca SINI untuk tahu lebih lanjut.


Terlalu indah memori ini bagi saya. Hari bersejarah ini biarlah hanya sekali.
Ungkapan tiga perkataan, bukan "I Love U.."..bukan "I Miss U.." tetapi "Aku Terima Nikahnya.." akan tersemat  dihati hingga akhir hayat. InsyaAllah.

Saturday, April 14, 2012

Misi mencari kerja..




Salam dearest.

Happy Saturday!
Week day korang buat apa je?
Mila stay kat rumah je, hubby kerja. sobs..sobs.
Mujur la ada lappy ni sebagai peneman. Kalau tak memang bosan tahap cipan la..

Tiap-tiap hari mila online, sebab mencari kerja.
Fb dan blog sampingan je. yeke sampingan? betol, jangan percaya!
mila kena teruskan misi mencari kerja.
seriusly..bosan sangat duk kat rumah.
kerja rumah dah habis buat so dah tak tahu nak buat apa.
nak menjahit, jari jemari tak berseni..aduyai..
ada cadangan lain? hehu..

hari-hari duk skodeng jobstreet, mudah.com, monster, job malaysia..bla..bla..
masih tak de yang melekat.
rezeki belum menyebelahi.
sabar ye Puan Mila.
itu je yang mila tahu..

Usaha, Doa, Tawakal dan Sabar..

InsyaAllah Tuhan bersama umat-umatNya yang sabar.
Doakan mila cepat-cepat dapat kerja!
Mudah-mudahan..amin..


Friday, April 13, 2012

mommy to be..




Salam Jumaat

Tengok tajuk post, mesti korang fikir something kan. Tajuk kasi gempak je, hehe
Idok lerr.. mila belum pregnant la. Belum ada rezeki.
InsyaAllah masih berusaha ^-^

Cuma sejak dua menjak ni mila suka pecut kat blog mommy to be..
Entah kenapa. Maybe excited sangat kot. hehe
Sabar mila..

Suka tengok perkembangan dan persiapan dorang.
Orang cakap ambil feel dulu. dan sebagai persiapan untuk diri sendiri. mudah-mudahan..

Teringin juga nak buat group mommy to be seperti group bride to be kat fb. boleh kenal-kenal.
Alhamdulillah, kerana group b2b kat fb kami jadi makin close.
tak kenal jadi kenal.
ye dak?

Kalau kat blog ni maklumkan sometime person yang komen pun mila terlepas pandang.
sori girls!

Ada yang sokong group mommy to be?
tak ada? 
ok, abaikan..hehe


Doakan mila pregnant!
chill!!